Percayalah Buat Baik Dibalas Baik

Percayalah Buat Baik Dibalas Baik …Mrhanafi sangat mengakuinya.Memang betul dan tepat.Anda tak silap membacanya.Anda dan mrhanafi pasti bersependapat.Buat baik pasti dibalas baik.

Untuk menambah keyakinan tersebut,izinkan mrhanafi berkongsikan satu ayat 7 hingga 8 surah az-Zalzalah yang berbunyi :

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia dapat melihat (balasan)Nya .Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya’’

Daripada ayat tersebut bertambah keyakinan mrhanafi bahawa sesiapa yang buat baik akan dibalas baik.Begitulah juga dalam Hukum Tarikan.Kita yang berbuat kebaikan akan mendapat balasan yang baik,positif dan bagus.

buat baik

Namun jangan pula tergesa-gesa.Hari ini membuat kebaikan maka kita berharap agar balasan itu untuk esok hari.Ia juga tidak mustahil kerana Allah itu Maha Berkuasa mendatangkan apa jua kebaikan menurut aturanNya.

Bayangkan kalau kita berbuat kejahatan.Ditakdirkan juga kejahatan itu dibayar tunai.Mesti ramai yang tak nak buat jahat sekiranya akal mereka dapat memahami hukum alam tersebut.Sayugia diingatkan bahawa Allah SWT sangat menyayangi makhlukNya.Lebih-lebih orang beriman.

Alangkah elok mrhanafi ceritakan apa yang berlaku sebelum entri ini ditulis sebentar tadi.Lagipun mrhanafi tengah berada dalam segmen Sukses Ketiga.Memang ada kaitannya.Mari mrhanafi kongsikan untuk anda semua.

Selesai sahaja mrhanafi  solat subuh, ada pesanan dari anak mrhanafi untuk membersihkan najis kucing liar.Menurutnya ada kucing bergaduh sehingga terberak-berak diperkarangan rumah.Baunya terus menusuk rumah dan menjadi ujian hidung kami pagi tersebut.

Mrhanafi yang tengah mengimplimentasi Hukum Tarikan mengelak untuk mengeluh atau naik angin.Mrhanafi bersangka baik bahawa inilah peluang untuk berbuat kebaikan.Dalam masa yang sama mrhanafi memaafkan sahaja kelakuan kucing liar tersebut.Tak berbaloi untuk sakit hati.Lagipun mrhanafi nak jadi orang yang optimis dengan segala cabaran yang mendatang.

Berbalik untuk  menghayati konsep buat baik mrhanafi nak ajak pembaca semua berbakti kepada kedua ibubapa.Mereka telah berbuat baik dengan kita sebelum kita lahir lagi dengan penuh kasih sayang yang sangat ikhlas.Persoalannya dapatkah kita membalas kebaikan yang mereka curah itu.Jawapannya pasti tidak

Sungguhpun begitu kita wajib berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka hidup senang setelah kita berjaya dalam hidup ini.Hadiahkan mereka rumah terbaik.pakaian terbaik dan makanan yang terbaik.Layanan dan perhatian istimewa sebab tanpa mereka siapalah kita.Jika rasa tak mampu kewangan, wajar untuk mrhanafi berkongsi cara untuk menjana pendpatan di pautan Wang Tambahan

{Sekilas pandang}

Buat baik bukan untuk orang terdekat sahaja.Buat baik untuk semua orang tanpa mengenal siapa.In shaa Allah kesan dari buat baik besar balasan untuk diri sendiri.

Hebatkan Hukum Tarikan untuk kehidupan ini.Hanya mereka yang faham dan akur dengan keajaibannya akan kagum.Mrhanafi percaya dan yakin.Cuma kekaguman mrhanafi dilebihkan kepada si PenciptaNya iaitu Allah SWT.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 22 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Percayalah Buat Baik Dibalas Baik

  1. buatlah baik secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.. In Shaa Allah, kenikmatannya akan dpt kita rasai pada kemudian hari..

Leave a Comment

CommentLuv badge