Promosi Guna Landing Page Percuma

Promosi Guna Landing Page Percuma…Mrhanafi pernah menjadi Internet Marketer yang tidak begitu berjaya.Namun begitu pengalaman sebagai Internet Marketer telah mendedahkan mrhanafi terhadap Landing Page atau mini website serta mesin penjawab email seperti Autoresponder,Aweber dan Emailmatik.Itu kisah dulu.Pernah dilalui suka dan suka.

landing page

Seriusnya menjadi blogger lebih seronok.Ada feel yang hanya blogger sahaja faham dan tahu  perasaan tersebut.Kerana itulah mrhanafi tetap tabah menulis blog tanpa lemah semangat walaupun tiada penjanaan income yang lebat.Bayangkan menulis blog setiap hari namun pendapatan tak pulak setiap hari.Ikut perkiraan bisnes memang tak untung pun.Apatah lagi balik modal terutama modal masa.

Walau apapun alasannya seorang blogger yang tulen akan sama pendapat dengan mrhanafi.Blogger akan mencipta jenama sedikit demi sedikit.Jenama blog atau nama sendiri sudah semestinya.Seorang blogger dengan rela hati menulis info,perasaan dan pengalaman untuk dimanfaatkan pembaca.Sedikit sebanyak ada pembaca yang terhibur dengan rentak penulisan seorang blogger yang tidak obses dengan info bisnes semata-mata.

Dengan alasan ini mrhanafi mengambil keputusan untuk membina satu blog baru yang ala-ala menyerupai landing page.Apa yang menariknya ia percuma kerana dihoskan pada platform blogspot yang juga percuma.Mrhanafi tidak perlu ada kos lain.Mrhanafi cuma perlu kemaskini info yang berkaitan.Dalam masa yang sama tidak perlu mengulangkan perkara yang boleh diulang-ulang.Jimat masa kerana cuma perlu sertakan link ke Landing Page tersebut di >>>>[ SINI ]

Mrhanafi rasa bersalah jika asyik menyumbat info bisnes dalam blog.Benda yang sama namun diulang-ulang memang bosan juga membaca.Sudah pasti mrhanafi ingin kongsikan artikel yang segar bugar setiap hari.Sekali sekala boleh juga diselitkan kerana bisnes adalah cara untuk mencapai impian mrhananfi yang besar gedabak tu.

In Sha Allah mrhanafi akan melakukan pembetulan ke atas link-link yang tidak diperlukan.Secara praktikalnya link ini akan alihkan ke Landing Page bisnes telco mrhanafi yang terlajak baharu di pasaran.Kerja lebih mudah dan proses promosi secara auto melalui carian Google.Taklah asyik ‘bom’ status wall media sosial dengan ayat promosi setiap hari.Orang baca pun hilang mood.Silap-silap unfriend terus.

(Visited 8 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Promosi Guna Landing Page Percuma”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge