Punca Pengurusan Masa Kurang Efektif

Punca Pengurusan Masa Kurang Efektif…Sebetulnya tajuk entri kali agak kurang panas.Sifatnya menjurus kepada ilmiah.Ia bagaikan kertas kerja yang dibentangkan oleh para ilmuan dan yang pakar dalam bidang mereka.Hakikatnya ia adalah hasil penelitian  dan pemerhatian seorang blogger picisan ke atas kehidupan sendiri.

Pengurusan Masa

Mrhanafi akur bahawa kita kini sudah berada pada minggu kedua dalam bulan Januari 2016.Mrhanafi cuba untuk imbas kembali pencapaian setakat ini.Nampaknya masih belum memuaskan hati.Banyak kurang dari yang lebih.

Pencapaian yang perlu difokuskan ialah kepada pengurusan masa.Mrhanafi masih belum menguruskan masa sepenuhnya.Mahu peruntukkan masa yang lebih  untuk menulis artikel blog.

Senang cerita.Mrhanafi banyak memperuntukkan masa untuk mengurus aktiviti rutin seperti memasak dan mengemas rumah.Ini tidak bermakna mrhanafi perlu abaikan aspek ini.Mrhanafi masih leka dan kurang cekap.

Selain itu mrhanafi asyik berkepit dengan telefon bimbit.Malu juga dengan umur sebegini kerana mengalahkan anak muda yang belia dan remaja.

Tarikan media sosial sangat kuat melalui gajet pintar yang kita milki.Dengan sibuk melayan Facebook dan Whatsapp dah cukup menunjukkan mrhanafi kurang menghargai masa.Bukan tidak boleh.Cuma masa yang berlebihan itu lebih bagus untuk digunakan berlatih ilmu Hipnosis dan menulis blog Buku Online.

Setidak tidaknya dalam bulan Februari nanti mrhanafi sudah dapat sesuatu yang berharga setelah berlalunya bulan Januari.

Dalam pada itu,mrhanafi turut membuang masa dengan melayan perasaan yang bukan-bukan,Maaf tak boleh cakap lebih.Sekadar itu sahaja kerana terlalu bersifat peribadi.

Masa itu sepatutnya digunakan untuk memikirkan kaedah terbaik dalam membangun jenama Hero Borneo.

{sekilas pandang}

Tentunya mrhanafi suka untuk berkongsikan cara mengatasi punca pengurusan masa kurang efektif.

Sungguhpun begitu mrhanafi kongsikan secara ringkas sahaja.Cara yang  santai dan bersahaja.Memang itu stail penulisan blog ini.

Antaranya mrhanafi sedar dan akui kesilapan sendiri.Bila sedar mesti terus berubah.Jangan tangguh-tangguh lagi.

Sikap bertangguh tidak akan membawa ke mana-mana.Rugi lagi ada.Sebab itu kita mesti serius dan sungguh sungguh untuk berubah.

Rancang strategi dan teknik baru.Abaikan kaedah lama yang kurang efisien.Kalau boleh tinggalkan terus.Selamat mencuba.

p/s Open-mouthed smile>>>>>>Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

(Visited 55 times, 1 visits today)

16 thoughts on “Punca Pengurusan Masa Kurang Efektif”

  1. Macam saya kerana terlalu ingin fikirkan kesempurnaan sangat2 tue yg kadang2 pengurusan masa tidak berapa baik….siapa yang tidak mahukan yang terbaik kan…

    tapi kagum dengan bro kerana berjaya mengurus lebih dari 1 blog dengan baik…tanpa pengurusan masa yang betul pasti tidak mampu bro buat sebegini baik kan…tahniah2 bro!

  2. aku pun sama, kadang xda idea, kadang terfikir dah minggu kedua ni, apa yang aku buat dan apa pencapaiannya sebab masa hujung tahun target nak lebih baik dari tahun lalu

    1. siapa yang memahami Islam ..amat mudah untuk cipta kejayaan ..segala ilmu dan akhlak sudah ada kata sana..tunggu nak aplikasi sahaja lagi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge