Rahsia Kejayaan Pengasas Agensi Nur Ikhwan

Rahsia Kejayaan Pengasas Agensi Nur Ikhwan…Mrhanafi sangat beruntung.Bertuah kerana Allah telah izinkan mrhanafi untuk berjumpa dan berguru dengan Tuan Ahwan Haji Wahab.Beliau ialah pengasas dan pemilik Agensi Nur Ikhwan yang kini menjalankan bisnes takaful di  EtiQa Takaful Berhad Wilayah Sarawak yang berpejabat di Kota Samarahan.

Agensi Nur Ikhwan

Sejujurnya mrhanafi sangat menghargai rahsia kejayaan yang dititipkan oleh beliau.Ternyata apa yang mrhanafi harapkan dalam minda separa sedar sebelum ini benar-benar terjadi.Mrhanafi mesti duplikasi tabiat,cara berkerja dan cara berfikir Tuan Ahwan Haji Wahab dalam mencipta kejayaan demi kejayaan sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.Menang benar hukum tarikan yang mrhanafi fahami.Apa sahaja yang kita fikir,rasa dan alami secara terus meneruskan akan menjadi kenyataan.

Untuk makluman pembaca, mrhanafi tersangat ingin belajar bersama mentor dan guru dalam mencipta kejayaan.Keinginan untuk mencipta kejayaan bukan hanya pada waktu sekarang.Mrhanafi sudah merancang dan melaksana jejak-jejak kejayaan semenjak 20 tahun yang lepas.Bayangkan selama dua dekad keinginan untuk berjaya,kaya dan bahagia tidak pernah padam malah sentiasa menyala bagaikan sinar bintang kejora.

Alamak panjang pulak mukadimahnya.Bila lagi la nak ceritakan rahsia kejayaan dari pengasas Agensi Nur Ikhwan nie.Sabar la ye.Untuk berjaya, kesabaran adalah intipati yang selari dengan usaha,strategi dan kesungguhan yang tidak bertepi bagaikan lautan yang tiada dasarnya.

Mrhanafi kenal Tuan Ahwan Haji Wahab dah lama.Sejak zaman bujang lagi.Sekarang mrhanafi dah ada dua satu isteri dan tiga cahaya mata.Maksudnya di sini hubungan mrhanafi dengan beliau panjang ceritanya.Namun penulisan artikel ini bukan kepada cerita kenal lama atau tidak.Mrhanafi nak kongsikan tips kejayaan beliau sebagai usahawan takaful yang berjaya di Sarawak.

IMG-20170206-WA0000

Kejayaan yang ketara untuk Tuan Haji Ahwan Haji Wahab sekarang ini memegang gelaran tertinggi dalam hierarki bisnes takaful iaitu Pengarah Agensi Kumpulan yakni Agensi Nur Ikhwan Wilayah Sarawak untuk EtiQa Takaful Berhad.

Beliau sudah mempunyai pejabat agensi sendiri untuk beroperasi di Kota Samarahan.Baru-baru ini  melancong ke Beijing China atas trip anjuran pihak Etiqa Takaful.Malah beliau mempunyai puluhan wakil takaful serta Pengarah Agensi.

Antara Pengarah Agensi yang paling menyerlah bawah seliaan beliau adalah saudara Faizal Bin Fauzi yang kini beroperasi di Miri Sarawak iaitu Faizal Takaful Specialist Agency.

FB_IMG_14863213043088346

Tuan Ahwan Haji Wahab dengan tegas menyatakan pada mrhanafi bahawa jangan kepupusan prospek.Dapatkan prospek seramai yang boleh.Lumrah seorang perunding takaful akan merasakan prospek bagaikan nasi yang mesti ada setiap hari.Dengan adanya prospek kita akan ada aktiviti seperti temujanji dan seterusnya akan berjumpa pelanggan yang sesuai untuk menyertai pakej takaful.

Dalam proses berjumpa prospek atau  pelanggan beliau mengakui dirinya seorang yang tiada kenal putus asa, muka tebal dan telinga tebal untuk menerima apa jua tohmahan  yang bersifat negatif.

Sekiranya belum berhasil beliau akan positifkan diri dengan perasaan redha.Jika kita redha maka kita tidak akan kecewa,Beliau akan muhasabah diri untuk menilai semula kesilapan  dan berusaha membaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Kesabaran beliau usah ditanya dalam mencipta kejayaan.Beliau sangat komited dalam bidang takaful dan akan menolong bersungguh-sungguh para perunding takaful seliaanya sehingga berjaya.Rahsia beliau ialah berusaha sehingga dapat apa yang diingini tanpa kenal apa itu berputus asa.

Ujar beliau perunding takaful mesti ada inisiatif untuk terus belajar dan belajar.Proses menuntut ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber.Yang penting terus belajar dan terus belajar.Dari situ mrhanafi faham ramuan kejayaan adalah ilmu.Tak kira ilmu pemasaran,psikologi manusia dan sebagainya.

Sebelum mrhanafi mengakhiri penulisan ini,mrhanafi cuba sematkan pesanan dan amanat beliau.Katanya bidang takaful akan berdepan dengan penolakan demi penolakan oleh prospek.Secara dasarnya manusia suka membelanjakan duit dan berhutang.Mereka sukar untuk menyimpan duit apatah lagi untuk tempoh yang sangat panjang.

Namun perunding  takaful ada peranan dan amanah yang mesti dipikul iaitu mendidik masyarakat supaya bijak pengurusan wang,memahami takaful dan konsep hibah dalam mekanisma kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Mrhanafi juga sempat untuk menghadam pesanan terakhir beliau iaitu berpakaian sesuai dan profesional dalam menjalankan aktitiviti takaful.Gunalah baju yang berwarna cerah dan ceria.Bakal pelanggan akan mendapatkan kepercayaan pertama melalui cara berpakaian.

Dalam pada itu pantang sekali-kali perunding takaful untuk menggunakan perkataan boleh tak dalam butir bicara mereka.Mrhanafi cukup faham kerana mrhanafi adalah bekas usahawan Multi Level Marketing yang telah melibatkan diri semenjak berusia 20 tahun lagi.

[nota mrhanafi]

Sengnaja mrhanafi tulis semua rahsia kejayaan pengasas Agensi Nur Ikhwan dalam blog ini dan bukan dalam buku nota semata mata sebagai perkongsian ikhlas kepada semua perunding takaful.Mrhanafi nak niatkan semua rahsia kejayaan tersebut sebagai pahala berterusan  untuk dicurahkan kepada Tuan Ahwan Haji Wahab dan keluarganya.

Semoga rahsia ini boleh dibaca dan dihadam oleh perunding takaful sama ada bawah seliaan Agensi Nur Ikhwan atau sesiapa sahaja yang ingin mencipta kejayaan.Anggap sahaja jerih payah penulisan ini sebagai sedekah daripada mrhanafi agar dimudahkan urusan meraih kejayaan bersama Etiqa Takaful Berhad.Aamiin.

Untuk itu mrhanafi berharap sesiapa sahaja diluar sana yang berhasrat untuk menjadi perunding takaful boleh menghubungi Tuan Ahwan Haji Wahab di talian +6012-8227741.In shaa Allah anda akan dibimbing oleh mentor yang hebat dan dikuasakan oleh team Agensi Nur Ikhwan

IMG-20161029-WA0051

Sekian.Salam sayang dan jumpa lagi.

(Visited 149 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Rahsia Kejayaan Pengasas Agensi Nur Ikhwan”

  1. Anak murid macam bro berguru pulak dengan sifoo hebat semakin menampakkan kejayaan… 🙂

    InshaALLAH bro mesti boleh punya dan mampu lebih baik lagi…ameen

    p/s: Ooo..masuk kampeni etiqa rupanya…macam isteri saya punya kawan punya isteri kat area saya nie…nampak seronok pulak sebut “2” isteri nie heh… 😀

  2. Kecil betul dunia ni kan..

    Faizal Bin Fauzi adalah bekas pelajar saya semasa saya dan isteri mengajar di Politeknik Mukah Sarawak…

    Sesama zaman belajar dulu beliau sangat dikenali sebagai pelajar yang bijak/pandai bercakap dan mudah menarik perhatian orang..

    Itu kelebihan yang ada pada diri beliau… Dengan kelebihan yang beliau miliki tidak mustahil beliau boleh berjaya dalam bidang Takaful…

    Kalau tuan ada kesempatan berjumpa dengan beliau lagi… Jangan lupa sampaikan salam saya kepada beliau….
    Anuar recently posted…Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajarMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge