Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Selamat bercuti sempena Hari Malaysia.Ramai yang seronok hari ini.Tak kerja.Duduk rumah.Ada yang nak keluar jalan-jalan bawa keluarga bersiar-siar.Nasihat saya lebih afdal duduk dirumah.Rehat sambil mengemas rumah.Kat luar kan ada jerebu.

Setiap tahun yang jatuhnya pada 16 September maka negara ini akan sambut Hari Malaysia.Segala pejabat kerajaan atau swasta akan ditutup .Sebaliknya segala premis perniagaan utama akan dibuka seluas-luasnya.Ramai akan membeli belah.Membelanja wang untuk keperluan dan kehendak.

Hari Malaysia

Saya tak cuti.Kerjaya saya memerlukan saya bekerja pada hari cuti umum dan hujung minggu.Tanpa pekerja seperti saya maka segala premis perniagaan akan tutup dan segala aktiviti ekonomi berhenti.Maaf.Bukan saya seorang.Ramai lagi.

Sebab itu dalam diari hidup saya agak berbeza.Ketika ibu bapa yang lain membawa anak-anak berjalan maka pada saat itu juga saya bekerja macam biasa.Ada tugas rutin.Orang cuti dan saya bekerja.Kita berbeza masa tetapi masih dalam kehidupan yang sama.

Sambil bekerja maka saya terfikir sesuatu.Majikan saya bercuti sambil menikmati kehidupan yang indah.Saya bekerja sambil menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.Saya korbankan nikmat kehidupan.Saya layan cabaran hidup sebagai pekerja.Bukan saya seorang.Ramai lagi.

Jauh dalam lubuk hati saya tertanya tanya apalah maknanya Hari Malaysia dan hari cuti jika saya tetap bekerja macam biasa.Senario ini bukan salah siapa.Bukan salah ibu mengandung.Jauh sekali salah ayah yang bersusah payah.

Itu adalah salah saya yang tetap memilih kehidupan dengan bekerja dalam bidang yang  saya ceburi sekarang ini.Inilah harga kehidupan yang kita bayar jika tak nak belajar Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan

Jika bukan sekarang maka bila lagi.Pada ketika itu negara kita tetap menyambut Hari Malaysia macam biasa.Kita pula macam biasa untuk berada pada kehidupan ditakuk lama.Tahun berganti tahun.Nilai kehidupan ada yang turun dan ada yang naik.

Nilai kehidupan akan naik jika mereka  bijak.Sebabnya mereka telah mengetahui Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan .

Dalam pada itu juga ada  yang kurang bijak.Mereka terus bergelut,mengeluh dan menunding jari.Mereka ligat mencari kesalahan orang lain sebagai alasan.

{sekilas pandang}

Kehidupan ini ada pilihan.Selagi masih ada akal yang waras mengapa takut untuk berubah.Ayuh berubah supaya boleh menikmati kehidupan yang indah dengan bercuti sempena Hari Malaysia.

Bebelan ini untuk saya sendiri.Mungkin juga untuk para pembaca yang senasib dengan saya.Bukan salah nasib tetapi salah diri sendiri yang tidak kuat untuk berubah.

(Visited 14 times, 1 visits today)

24 thoughts on “Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia”

  1. saya bercuti di Hari Malaysia. Alhamdulillah. Baru-baru ni je ada Hari Malaysia, pentadbiran sebelum ni takde pun istilah ni. boleh berubah ke arah kebaikan…itu pilihan kita

  2. tempat kerja sy, x nmpk spt menyambut hari Malaysia, mungkin belum diberi kefahaman yang jelas akn tujuan Hari MAlaysia diwujudkan.
    apa yg difahamkan 16 sept cuti

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge