Selamat Bergembira Untuk Penganut Kristian

Selamat Bergembira Untuk Penganut Kristian…Hari ini mereka sambut Hari Natal sempena kelahiran Nabi Isa.Mrhanafi tak ulas dengan panjang lebar kerana perkara tersebut agak panas dan sensitif.Adalah molek mrhanafi nak ungkapkan selamat bergembira kepada mereka.

Sebagai penduduk yang tinggal di negeri yang bilang bangsa,agama dan budaya sudah tentu mrhanafi dituntut menjaga sensitiviti perasaan penganut agama lain.

Kita hidup bermasyarakat.Kita berkongsi tanahair dan negara bangsa.Namun ada perkara yang tiada kompromi iaitu berkaitan akidah dan iman.Harap anda semua faham dan mrhanafi tetap dengan pendirian yang kukuh,utuh dan padu hingga ke akhir hayat.

Semasa musim perayaan begini semoga semuanya gembira dan saling memahami.Tunjukkan kasih sayang sesama insan tanpa berpaksi dengan amalan agama.Ia jalan selamat untuk hati dan perasaan.

penganut kristian

{sekilas pandang}

Sebagai penduduk Sarawak,mrhanafi bercampur dan bergaul dengan rakan-rakan yang bukan beragama Islam setiap hari.Tak kira ditempat kerja maupun jiran tetangga.

Oleh sebab itu mrhanafi amat faham bahawa persoalan agama yang berbeza tidak boleh diperbesarkan.Kita  dituntut untuk memberi imej yang hebat dan akhlak yang terpuji terhadap mereka.

Sungguhpun tiada kompromi dalam soal akidah namun soal kemanusiaan jangan sesekali diabaikan.

Selamat bergembira dan bercuti semua.

 

p/s : Jika nak tahu hukum orang Islam mengucapkan Merry Chrismas kepada penganut bukan Islam,mrhanafi ajak anda baca blog Sayidahnapisah.com

(Visited 4 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Selamat Bergembira Untuk Penganut Kristian

  1. masa kecik dulu tinggal di sibu. kem askar di batu 10 Oya

    selain hari raya, gawai ke krismas ke mesti pergi raya jugak sekali haha
    makan la biskut ka air oren botol ke hehe lepas tu dapat angpau hehe

  2. Betul tue tuan! Hidup dalam masyarakat majmuk kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain…Kita saling memerlukan antara satu sama lain dalam hidup bermasyarakat.

    Macam tuan bukan setakat hanya ada 3 bangsa utama, malah lebih dari itu…semoga tuan gembira dalam komuniti ditempat tuan… 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge