Selamat Hari Pekerja Buat Semua

Selamat Hari Pekerja Buat Semua…Tanggal 1 Mei  memang kita sedia maklum  adalah hari pekerja.Hari yang dikhususnya khas buat semua para pekerja di Malaysia.Tak kira anda bekerja di sektor awam atau swasta.Bekerja sendiri maupun sebagai surirumah sepenuh masa adalah pekerja.Cuma tak termasuk yang belum bekerja la ye.

hari pekerja 2016

Untuk menyambut hari pekerja tak perlulah beli kek dan pasang lilin.Sekadar cuti sehari untuk luangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang  sudah memadai.Jika ada yang terpaksa bertugas jangan bersedih.Anda layak dibayar ‘double pay’.Manalah tahukan bila dah duit lebih tu jomlah gunakan untuk buat bisnes kecil-kecilan.

Platform Promosi Terbaik >>>>KLIK SINI.

Hari pekerja bagi mrhanafi bekerja macam biasa.Tiada peluang bercuti.Apatah lagi bekerja dengan dibayar dua kali ganda.Apa yang mrhanafi dapat ialah cuti gantian yang boleh ditebus pada hari biasa.Agak-agak ada tak yang sama situasi dengan mrhanafi ?Kalau ada kita geng.

Namun mrhanafi tidak perlu untuk bersedih.Sebab mrhanafi faham jika semua bercuti dan tidak bekerja secara serentak hari ini maka lumpuhlah ekonomi negara.Aktiviti seperti bisnes makanan atau minuman mesti dilakukan setiap hari.Logiknya setiap hari manusia akan makan dan minum.Satu hati pun tak pernah ponteng dalam soal begini.Betul tak?

Hari ini mrhanafi tiada program hebat.Yang hebatnya mrhanafi telah merancang sesuatu untuk blog ini iaitu bermula dengan Hari Pekerja.Jika nak tahu perkembangan tersebut terus ‘follow’ dengan likes page atau melanggan email.Ada ruangan untuk email telah mrhanafi sediakan.

{sekilas pandang}

Hari Pekerja adalah hari yang diraikan untuk memperingati jasa pekerja yang telah bertungkus lumus membangunkan ekonomi negara.Jasa dan pengorbanan golongan ini tidak mampu diungkap dengan ucapan terima kasih semata-mata,

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 118 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Selamat Hari Pekerja Buat Semua”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge