Senarai Prospek Sudah Siap Dikemaskini

Senarai Prospek Sudah Siap Dikemaskini…Dalam bidang perniagaan takaful atau dibidang yang sewaktu dengannya prospek adalah tunjang kesinambungan bisnes.Prospek yang ramai atau seramai yang boleh memang digalakkan.Paling cikai sekalipun mesti ada 100 orang nama prospek dan nombor untuk dihubungi sebagai permulaan.

Mrhanafi sudah mula mengumpul senarai nama prospek.Dulu-dulu sewaktu menyertai bisnes jaringan pun ada menggunakan senarai prospek.Cuma tak seramai yang mrhanafi kumpulkan ketika ini.Demi menjaga privasi dan bisnes strategi memang mrhanafi tak nak kongsikan dalam artikel blog.Boleh kan.Tak akan nak kecik hati kot.

Prospek ada banyak kategori.Ada yang kita kenali seperti ahli keluarga,sahabat handai,sanak saudara,teman sekerja dan orang-orang yang berada disekiling kita.Kategori ini adalah ‘hot prospect’.Mereka adalah prospek yang ada keperluan terhadap takaful.Cuma tidak semua yang berminat dan mampu.Sebab itu prospek yang kita kenali tersebut tidak mencukupi.Ia mesti ditambah dan diperluaskan.

Kita mesti memperbanyakkan senarai prospek kepada kategori golongan yang tidak dikenali.Kategori ini ialah ‘cold market’ .Jumlah mereka ramai.Mereka mungkin ada yang tercari-cari wakil takaful untuk mengurus wang mereka.Mereka golongan yang ada kesedaran tinggi terhadap keperluan takaful.Tentunya beruntung wakil takaful seperti mrhanafi (aamiin) menemui mereka.Minta doalah ya.Harap-harap golongan tersebut ada dalam senarai prospek mrhanafi.Sekarang menunggu panggilan telefon mrhanafi.Mungkin pembaca adalah diantarannya.Hehehe.

Para pembaca atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam bisnes yang berkaitan boleh menggunakan cara mrhanafi menyimpan senarai prospek.Mrhanafi menggunakan cara manual atau tulis dalam buku log.Boleh juga menggunakan komputer yakni Microsof Excel atau telefon pintar.Sejujurnya mrhanafi masih gemar kepada tulisan tangan.

senarai prospek

Senarai prospek yang bagus semestinya ada nama dan no telefon yang boleh dihubungi.Kita akan hubungi mereka untuk membuat temujanji.Kebiasaannya panggilan dibuat secara rambang dan panggilan juga jarang untuk diangkat oleh si penerima.Ramai yang akan menolak untuk membuat temujanji dengan alasan mereka ketiadaan masa.Wakil takaful jangan takut atau berputus asa untuk terus mencuba.Menurut mereka yang sudah otai dalam bidang ini ratio panggilan ialah 10 nisbah 1.

Faham ke tak faham nie.

Jika rasa sukar untuk membuat  promosi  apa kata mencuba APLIKASI DUIT 

[ Nota mrhanafi ]

Setakat ini dulu penulisan mrhanafi kaitan senarai prospek.Carilah dan senaraikan prospek yang sebanyak yang boleh.Dalam ramai-ramai tu sudah pasti seorang dua akan menjadi pelanggan kita.

Dalam artikel yang akan datang mrhanafi akan menulis pula berkaitan skrip panggilan untuk prospek.Skrip yang bagus dan menarik akan mengurangkan peratusan ‘rejection’ kepada prospek untuk diajak temujanji.

Sekian.Salam sayang semua dan selamat membaca

IMG-20170110-WA0002_thumb2

Mohd Hanafi Abdullah

Perunding Takaful Keluarga

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 019-806-8007

Facebook : Takaful Anugerah Terindah

“ Man Jadda Wa Jadda”

(Visited 44 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Senarai Prospek Sudah Siap Dikemaskini

  1. Pada pendapat sayalah kan…tulis saja secara detail info mengenai hibah di blog Mr Hanafi ni. Biar nampak padat sebab bila kita tahu apa yang kita tulis insyaallah pasti nanti ada yang berminat. Kalau orang lain tiru itu tandanya Mr Hanafi telah berjaya mendahului orang lain. Sebagai contoh , text copywriting saya untuk produk sebelum ni selalu di tiru malah testimoni pun .Walaupun sakit hati tapi saya tetap pandang dari sudut positif. ( Warning saya bagi jugak mana yang tiru bulat bulat tu he he ).

  2. Sebenarnya Mr. Hanafi tak susah pun nak mencari prospek.
    Dengan kepakaran menulis blog yang Mr. Hanafi sekarang akan dapat memudahkan Mr. Hanafi untuk mencari prospek.

    Kalau nak tahu caranya boleh baca ebook Belajar Buat Blog..

    In Shaa Allah, Mr. Hanafi akan dapat mengumpul lebih banyak prospek dengan lebih praktikal..
    Anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat BlogMy Profile

  3. Terbaik laa bro! Kurang dari 6 bulan bro join projek takaful nie mesti dah ribu2 prospek nie…. tak pelik kalo bro bleh menang award dari company nanti…ameen!

Leave a Comment

CommentLuv badge