Sukar Pulak Nak Buat Keputusan

Sukar Pulak Nak Buat Keputusan …Ya.Betul betul sukar.Keputusan yang silap akan menyebabkan kesan emosi yang sukar untuk diatasi.Kita akan persalahkan.Kita akan dibebani dan dibayangi  kesilapan.Akibatnya kita kita tidak berani untuk membuat keputusan biarpun keputusan itu kadangkala tepat dan amat diperlukan pada masa tersebut.

sukar buat keputusan

Begitulah keadaan mrhanafi tatkala ini.Terdetik dalam hati untuk melepaskan pekerjaan yang ada sekarang.Nak cuba pengalaman dan cabaran yang baru.Nak rasa sendiri betapa nikmatnya menjadi usahawan tanpa berharap gaji tetap.Yang ada mungkin komisyen seperti hasil dari penjualan Aplikasi Duit.

Sebagai usahawan ada dua kemungkinan.Berjaya dengan gilang terbilang.Keduanya pula terpaksa bertahan dengan cabaran yang perit dan gentir sekiranya belum tiba masa untuk berjaya.Kemungkinan ini pasti ada hikmah.Pasti ada pengajaran yang ingin Allah SWT sampaikan secara tidak langsung.

Alhamdulillah sebagai orang Islam kita ada cara untuk memastikan pilihan yang meragu itu boleh mendapat keputusan yang tepat dan betul.Antaranya ialah solat sunat istikarah.Berdoa dan minta untuk diberi petunjuk serta dipermudahkan segala urusan.

Jawapan mungkin dalam mimpi,Mungkin dalam kejadian lain yang berhikmah dan apa sahaja yang berlaku.Semua ini adalah petanda dan jawapan kepada pertanyaan yang kita persembahkan kepada Allah SWT.Cara menggunakan solat sunat istikarah sangat digalakkan ketika buntu untuk membuat keputusan.

[nota mrhanafi]

Mrhanafi tenangkan fikiran dulu.Tak perlu runsing sangat.Tingkatkan doa dan redha dengan apa yang bakal terjadi.Biar susah manapun keputusan terpaksa juga dilalui.Sebab tanpa pengorbanan apalah erti sebuah kejayaan,

Salam sayang semua dan jumpa lagi.

IMG-20170110-WA0005_thumb2_thumb1_th

mrhanafi

Friendly Takaful Advisor

“ Endless Relationship Each Other ”

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 019-806-8007

Facebook Page : Takaful Anugerah Terindah

(Visited 34 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Sukar Pulak Nak Buat Keputusan

  1. InshaAllah tuan boleh punya..Orang yang berpengaruh luar biasa macam tuan ini jarang2 ditemui… Masa sahaja akan tunjukan keajaiban yang bakal berlaku… 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge