Tabiat Ceria Jadi Ramuan Sukses

Tabiat Ceria Jadi Ramuan Sukses…Dulu-dulu mrhanafi masih ingat.Ada satu tagline tv swasta yang mempopularkan Saluran Ceria Anda.Sekarang mrhanafi tak pasti sama ada sudah bertukar atau belum.Lama tak melepak depan TV.Kalau dulu TV jadi peneman setia.Kini media sosial jadi teman akrib.Nasib baik belum lagi pengguna tegar sampaikan tak makan tak minum.Kalau ada memang parah la jawabnya.

Keceriaan seseorang boleh terlihat melalui wajah.Ada senyuman terukir dibibir.Butir bicara juga mudah terungkap melalui perbualan.Orang mendengar akan ceria.Apatah lagi orang yang menuturkan sesuatu yang ceria.Hebat penangan orang yang disinonim dengan ceria.Mereka bagaikan penglibur lara yang tak didendangkan.

Untuk menjadikan tabiat ceria hati mesti gembira dan tenang sentiasa.Fikiran yang dililitkan dengan muram durja perlu dilepaskan segera.Tidak boleh disimpan dalam minda untuk sekian lama.Jika buat juga akan menjadi nanah dan barah fasa empat dalam hidup seseorang.Perasaan yang terganggu memang penghalang untuk ceria.

WAJIB BACA :   Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang

ceria

Dalam pengamalan Hukum Tarikan, unsur ceria dalam diri seseorang mesti dikeluarkan sebaik mungkin.Gunakan untuk berniaga,meluaskan hubungan sosial dan yang paling penting penarik rezeki secara amali.Orang suka dengan orang yang ceria berbanding orang yang bermasam muka atau serius memanjang.Lainlah pekerjaan kita sebagai penjaga penjara.

Wajah yang ceria adalah cerminan hati yang bahagia.Sebelum bahagia seseorang wajib bersangka baik dan mensyukuri nikmat hidup ini.Seseorang itu perlu juga jadi optimis dengan jangkaan masa akan datang.Fikirkan yang positif dan pasrah dengan apa yang bakal berlaku.Sebab itu hati orang Islam mesti meletakkan Al-Quran sebagai asas yang paling kukuh dalam hidup ini.

Baiklah mrhanafi nak laporkan perkembangan terkini konsep bahagia semalam.Sepintas lalu mrhanafi memang bahagia.Mana taknya tidur nyenyak selepas zohor sehingga masuk waktu Asar.Tidur punya tidur sehingga tidak terasa separuh hari offday  habis begitu sahaja.Bahagia juga kerana bukan selalu tidur sebegitu.Masa bekerja macam biasa dan itulah rutinnya.

WAJIB BACA :   Nikmatnya makan cokelat hingga menjilat bibir

{sekilas pandang}

Biarpun tabiat ceria ada yang semulajadi.Namun ia boleh juga dibentuk dan dilatih.Proses latihan ada yang lama dan ada yang sekejap.Yang penting jika nak sukses tabiat ceria perlu ada.Bukan wajib.Kalau ada memang bonus.Sebab ada elemen lain juga yang menyumbang faktor kesuksesan seseorang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa ada cara ceria untuk mendapat wang tambahan ada di [ SINI ]

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge