Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu

Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu..Sekali lagi mrhanafi nak membelai emosi pembaca dengan coretan yang jiwang-jiwang.Saje nak luahkan apa yang terbuku dalam hati.Dulu-dulu tak sempat.Sekarang macam dah terlambat.Tak pe.Selagi nyawa dikandung badan luahkan sahajalah.Biar lega rasanya.Kepada yang terasa tu,minta maaf lah ye.

graffiti

Cinta boleh datang dan boleh pergi.Datang tanpa diundang.Pergi tanpa disedari.Misterinya cinta terlalu rumit untuk dileraikan simpulannya.Hanya mereka yang bercinta tatkala ini tahu rasanya.Mungkin rasa rindu tak bertepi.Mungkin rasa bahagia menjalari seluruh jiwanya.Mungkin rasa cinta itu menerbitkan kedamaian yang berpanjangan.

Kehidupan ini sudah dipakejkan dengan unsur yang bertentangan..Ada malam dan siang yang silih berganti.Ada lelaki dan wanita yang saling melengkapi.Ada kebaikan dan keburukan pada cinta itu sendiri.Baik kerana dipandukan dengan keindahan iman.Buruk kerana dipenuhi gelojak nafsu.Apapun alasannya, cinta adalah asas kehidupan selepas makan dan minum.Dah kenyang perut barulah sedap sikit nak bercinta.Betul tak?

Andainya ada pembaca tengah mencari cinta.Teruskan pencarian,Cari sahaja dekat mana-mana.Telusuri seluruh pelusuk muka bumi ini.Kesukaran mencari itu pasti memberi nikmat cinta yang tak terhingga.Bak kata pujangga  cinta, sukar diperolehi maka sukar untuk dilepasi.Adilkan hukum dunia yang penuh fatamorgana ini.

Sungguhpun begitu ada juga cinta yang berada didepan mata.Cinta yang tersemai kerana pergaulan.Bersemi kerana keserasian.Terlena kerana  keindahan budi.Terulit dengan kseronokan mimpi.Rahsia cinta tiada siapa yang tahu.Cuma jangan cinta itu menjadi cinta terlarang.Berharap menjadi berdosa.Menanti pula perkara  tak pasti.Doanya minta dijauhkan kerana ujian itu kadang kala menolak tepi logik akal manusia yang dangkal.

Cinta yang terbaik adalah dambaan semua insan.Cinta begini diikat kuat menjadi jodoh dan menjadi teman hingga ke jannah.Susah diharungi bersama.Senang dinikmati bersama.Biar apapun dugaan melanda berpisah tiada.Bersatu lagi padu.Oh begitu syahdu kisah cinta klasik yang tertanam dalam hati mereka yang ikhlas,redha dan syukuri nikmat Allah SWT.

{sekilas pandang}

Cinta yang bertamu dalam hati kita sukar diduga.Menyerang sesiapa sahaja.Cinta tiada mata hingga dikatakan buta.Cinta itu gila kerana kewarasan akal  ditenggelami bayangan dan khayalan otak kanan.Otak kiri tolak tepi tau!

Tiada sesiapa yang mampu menepis.Apatah lagi menghambat dititian emosi.Yang pasti pasrah sahajalah selagi tidak membawa kemudaratan.

Ingat cinta boleh dikawal dan boleh diperolehi dengan sempurna melalui curahan rezeki dari ——–>>>>[ Aplikasi Duit. ]

Terima kasih kerana membaca dan jumpa lagi hendaknya.

(Visited 37 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge