Teori Lelaki Berumur 40 Tahun

Teori Lelaki Berumur 40 Tahun…Ada orang kata umur cuma angka.Namun mrhanafi kata ia lebih dari itu.Umur adalah indikator kepada pencapaian hidup seseorang.Lebih-lebih lagi ketika lelaki berusia 40 tahun dan ke atas.

Diandaikan mrhanafi baru berumur 20 tahun.Kini ingin merasai bagaimana pengalaman ketika berumur 40 tahun demi membongkar teori tersebut.

lelaki 40 tahun

Teorinya ketika lelaki berumur 40 tahun maka dia sudah berada dikemuncak kerjaya.Sudah mengetuai jabatan atau organisasi.Pendapatan yang stabil.Kewangan yang mantap dan kukuh.Lebih hebat lagi jika sudah mencapai nikmat bebas kewangan dalam hidup mereka.

Hakikatnya tidak semua.Ada yang masih bergelut membina kehidupan.Dalam sudut lain ada yang masih mengharap duit ibubapa.Malah ada juga yang bergantung kepada duit isteri jika sudah berumahtangga.Tidak dinafikan kerana ia adalah realiti kehidupan masa kini.

WAJIB BACA :   Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai

Lelaki berumur yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai emosi yang paling stabil.Kini mereka bukan jenis pemarah.Sebaliknya seorang pemaaf dan amat memahami perasaan orang lain.Dengan ketenangan emosi maka lelaki yang berumur 40 tahun akan lebih matang dan disukai ramai.

Benar atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri.Jika diperhalusi masih ada juga lelaki kategori ini yang belum cenderung kepada kehidupan akhirat mereka.Lelaki begini tetap berfikir bahawa solat (orang Islam) hanya boleh dilaksana beberapa tahun lagi.Biar pada waktu begini fikir dunia dulu sebelum fikir akhirat.Memang sah cara pemikiran begini adalah salah.

Ada lelaki yang sudah mencecah umur 40 tahun akan menjaga penampilan diri,imej dan kesihatan pada tahap optimum.Mereka menjaga pemakanan supaya kekal cergas.Bukan itu sahaja boleh melaram dengan gaya pakaian yang terkini.Personaliti hebat ini membentuk karisma yang unggul sehingga mencairkan iman wanita muda melihat mereka.

WAJIB BACA :   Cara Betul Menggunakan Produk Delourva

Pesan mrhanafi kepada para isteri yang mempunyai suami kategori hebat ini agar berhati-hati.Silap hari bulan boleh jatuh ke tangan wanita muda yang lebih menawan.Takut nanti gigit jari dan mendendangkan lagu tanpa irama pulak.

Realiti sebenarnya tidak semua.Masih ada lelaki yang leka dengan dunia khayalan fatamorgana.Rokok tidak ditinggalkan.Makan sesuka hati sehingga perut terus maju ke hadapan.Raut wajah tidak terurus.Jambang dan misai berserabai.Itu belum termasuk bau badan yang asli.Ia sememangnya jauh sekali dari berbau wangi.

Jika si isteri nak pandang pun rasa loya.Namun terpaksa mengakui juga demi cinta sejati iaitu menerima banyak keburukan berbanding kebaikan.Sungguh tragis jika berada dalam kondisi tersebut.Lebih parah lagi jika pasangan ini macam dua kali lima.Sehati dan sejiwa tetapi tiada maknanya jika belum meletakkan kualiti hidup terbaik.

WAJIB BACA :   Broadband Internet Ke WIFI Hotspot

{sekilas pandang}

Seandainya ada lelaki yang berumur 40 tahun ke atas  membaca artikel ini jangan pulak terasa.Ambik pengajaran positif sebagaimana pepatah Inggeris ‘kehidupan bermula selepas berumur 40 tahun’

Hidup ini tak lama.Selepas berumur 40 tahun anda akan menginjak usia jubli emas iaitu separuh abad.Masa sebenarnya sudah kesuntukan.Tiada masa lagi untuk dibuang begitu sahaja kerana setiap detik yang berlalu adalah nyawa.

Comments 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge