Terbongkar Dah Rahsia Aplikasi Duit

Terbongkar Dah Rahsia Aplikasi Duit…Kini Aplikasi Duit berada dalam genggaman.Satu perkataan untuk menggambarkan perasaan mrhanafi ialah bestnya.Jujur dan ikhlas.Itu baru pertama kali guna.Mrhanafi belum cakap lagi duit dah masuk.Sebab mrhanafi mempunyai keinginan nak tahu lebih kuat dari keinginan nak dapat duit.Boleh dikatakan keinginan membongkar rahsia tersebut.

rahsia terbongkar

Apabila Aplikasi Duit sudah dimuat turun,mrhanafi bagaikan rusa masuk kampung dalam beberapa minit.Tak lama selepas itu dah boleh kuasai sedkit demi sedikit.Dah macam lama guna pun ada.Maksudnya di sini Aplikasi Duit memang mudah digunakan dan difahami oleh sesiapa sahaja.Perkara yang bagusnya juga tak perlu guna komputer.Guna telepon pintar jenis adroid sudah lebih dari cukup.Lepas itu klik sana.Klik sini untuk buat aktiviti promosi.

Sejujurnya mrhanafi faham ramai yang terpesona dengan ayat promosi Aplikasi Duit iaitu klik sahaja dah masuk duit.Hakikat sebenarnya tidak begitu.Kerja-kerja promosi mesti dilakukan sebanyak yang boleh.Buat tanpa henti.Buat tanpa rasa putus asa.Setakat ini mrhanafi masih bersemangat nak buat sehabis baik.Selagi ada daya,masa dan kemampuan usaha,

Aplikasi Duit adalah satu tool marketing yang bagus untuk digunakan.Paling sesuai digunakan oleh mereka yang ada blog,website,Fanpage dan sebagainya.Yang penting ada link bisnes untuk dipromosi ke media sosial.Kerja-kerja promosi dipermudahkan dengan adanya Aplikasi Duit.Bayangkan sahaja dengan satu klik boleh dikongsikan melalui Facebook,Wechat,Whatsapp,Google Plus dan selagi spesies yang bernama media sosial.

Mungkin ada pembaca yang tiada bisnes tetapi nak juga Aplikasi Duit.Tiada masalah.Biasa diatur itu bah.Untuk itu jadikan Aplikasi Duit sebagai produk promosi anda.Buat promosi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk dapatkan Aplikasi Duit.Komisyen yang diberikan boleh tahan.Mrhanafi sengnaja tak nak cerita lebih-lebih supaya keinginan anda juga semakin tinggi sebagaimana  mrhanafi sebelum memiliki Aplikasi Duit.Adil tak.Kalau adil bolehlah mrhanafi kahwin dua kan.he..he..

{sekilas pandang}

Mrhanafi belum mampu membongkar Aplikasi Duit sedalam yang boleh.Agak-agak jelah.Mrhanafi baru sahaja guna sehari dua menggunakannya.Itupun tengah sibuk buat promosi nie.

JIka dah seminggu dan semakin mahir atau semakin deras pendapatan masuk in shaa Allah mrhanafi akan kongsikan buat pembaca semua.Sebab nawaitu mrhanafi nak lihat juga para pengguna Aplikasi Duit tersenyum lebar setelah mendapat duit masuk dan terus masuk dalam akaun bank.

* Apa yang dikata tidak betul betul berlalu.Sebagai pembeli mrhanafi sarankan anda fikir banyak kali.Ini adalah testimoni mrhanafi sendiri.Jika nak juga buat duit boleh belajar Formula Income Seumur Hidup (FI$H)

Oleh itu mrhanafi amat sarankan untuk pembaca semua berani untuk mendapatkan Program FI$H seperti dibawah :

arrow

(Visited 1,327 times, 1 visits today)

38 thoughts on “Terbongkar Dah Rahsia Aplikasi Duit”

  1. Applikasi duit ni memang betul2 boleh buat duit ke. Tapi kat situ dia ada bagi jaminan pulang balik duit kalau x suka. Setakat ni pengalaman mrhanafi bagaimana ya dh berapa banyak hasil diperolehi dari aplikasi duit ni. Boleh shere x tuan. Hehehe..

    1. Aplikasi Duit boleh buat duit kalau berjaya jual aplikasi tersebut..

      tak dapat jual maka tak dapat duit..

      mudahkan

      berapa saya dapat dari Aplikasi Duit sangat peribadi untuk dikongsikan..

      kata Datuk Siti Nurhaliza..Biarlah Rahsia

          1. Assalamualaikum..mr hanafi
            Saya dah join applikasi duit ni dengan modal rm290.00
            Berapa lama saya boleh dapat pulangan semula..sebab saya sudah berusaha buat promosi link ajaib tu..tq

  2. Hurm… memang dah agak. Ni kerja duplicate. Si B perlu buat kerja sama seperti Si A buat. Promot…promot..
    Promot.. dan terus promot sampai orang daftar. Saya dah baca surat jualan dia. Memang guna ayat yang super gila2. Besi pun boleh cair. Huhu. Tertipu?. Ya pasti anda rasa tertipu. Jadi, jangan teruskan promot sbap tindakan anda itu akan membuat lebih ramai orang lain tertipu. Sebaliknya sebarkan kepada rakan2 benda ni indah khabar dari rupa. Biarlah rantaiannya berakhir dengan anda. Jangan biar orang lain juga tertipu.

    1. ramai yang terkeliru..aplikasi duit satu sistem promosi sahaja..sangat berguna kepada mereka ada bisnes..saya beli bukan kerana tertipu tetapi saya beli sekadar nak tahu kehebatan aplikasi ini..

  3. Nur Hamizah Shaari

    Assalammualaikum, mr.hanafi..saya nak tanya pasal aplikasi duit tu..adakah dengan perkenalkan apps tersebut kita akan perolehi byaran atau kena ada org yg join bru kite dapt komisen?

  4. Hmm akhirnya seperti yang saya jangkakan. Semuanya auta belaka. Busnes begini adalah seperti iklan kerja lipat risalah. Tiada kerja sah dan halal yg dilakukan, hanya promosi dan suruh orang lain ulang. Tiada kerja tanpa usaha tapi kerja dgn usaha menipu, terpulang pada tuan badan.

    1. Saya setuju, di zaman manusia tidak lagi memikirkan sumber penghasilannya sama ada halal atau haram, produk seperti ini banyak yang timbul bak cendawan selepas hujan. Yang penting matlamat dapat duit banyak tercapai, biarpun terpaksa menipu, mengkhianati perasaan pembeli dan berjanji palsu untuk mendapatkannya.

  5. Salam,

    Betul ker bukan semua handphone android blh guna utk aplikasi ini? Klau phone jenis one plus one boleh ker?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge