Tidur siang satu kenikmatan sementara

Tidur siang sangat dianjurkan terutama sebelum zuhur untuk merehatkan badan. Jarang sungguh mrhanafi tidur siang dalam tempoh yang panjang.Dulu-dulu pernah.Biasanya zaman muda-muda.

Ketika itu ada kerja syif malam.Memang semalaman berjaga dan bertugas.Mesti tidur.Jika tak tidur waktu siang maka malam pasti akan mengantuk bagaikan nak terkeluar biji mata.

Baru-baru ini mrhanafi cuti sehari.Memang rutin cuti sehari dalam seminggu.Percutian ini mrhanafi isikan aktiviti tidur siang.Itu yang termampu dan dah tak larat untuk jalan-jalan ke luar rumah.

Anak-anak dan isteri ( ex wife ) pula pergi bercuti di Sematan selama dua hari.Nampaknya mrhanafi tak berkesempatan tahun ini sama seperti tahun yang lepas.Dulu mereka bercuti di Santubong.Mrhanafi bekerja kerana belum dapat cuti.

WAJIB BACA :   7 Rahsia Elak Poket Kosong

Ternyata peluang untuk bercuti begini memang bukan rezeki buat mrhanafi.Apa boleh buat.Reda sahaja dan janji mereka bahagia.Mrhanafi akur belum tiba masanya untuk cuti dan santai sebegitu.Lainlah dalam tahun 2016 nanti.In Shaa Allah.

Tidur siang

Jadi sebagai gantiannya mrhanfi cuti dengan tidur puas-puas.Tidur penuh kerehatan setelah mengerah tenaga minda selama berminggu-minggu.Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini memang mrhanafi agak sibuk berlatih dan mengisi minda dengan satu ilmu yang hebat.

Ilmu sebegini perlukan tenaga minda untuk menghadamnya.Bukan boleh dibaca dan difahami sebegitu sahaja.Sebaliknya dihayati dan diselami dengan penuh konsentrasi yang tinggi.Tindakan ini memberi beban kepada tenaga minda.

Tiada jalan terbaik selain tidur seketika.Dengan tidur segala sel-sel yang bekerja dapat berehat buat seketika.Meskipun cuma tidur siang.

WAJIB BACA :   3 sebab pergi gym yang lawak mencuit hati

Paling afdal tidur waktu malam  seusai solat Isyak.Bangun 1/3 malam dan selepas itu  boleh berjaga seperti biasa.

Amalan tidur begini dilakukan sollafus soleh.Mereka berjaga malam untuk mengingati Allah.Siang bekerja macam biasa dan tidur sebentar menjelang waktu zohor.

Kini kebanyakkan kita tidak begitu.Malam tidur banyak.Siang pun tidur sama banyak.Secara tak sedar masa tidur lebih banyak berbanding masa berjaga.

Secara peribadi mrhanafi tidak menggalakkan anda tidur siang sama seperti tidur malam.Tidur malam lebih nikmat dan penuh rehat.Tidur siang cuma boleh sekali sekala jika dah terpaksa.

Akhir kata tidur siamg hanya apabila keadaa memerlukan dan bukan satu tabiat setiap hari.

Comments 14

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge