Transfomasi Blog Bulan Mac 2016…Hari ini hari terakhir dalam bulan Februari 2016.Ini bermakna bermula dari Mac 2016 mrhanafi akan menyusun semula cara penulisan entri blog ini.
Memandangkan blog ini adalah jurnal kehidupan blogger maka tidak lari membicarakan secara santai penulisan berkaitan yang sewaktu dengannya.Selari dengan konsep tersebut maka blog ini akan ditulis dan diterbit setiap hari.
Boleh dikatakan seperti diari.Cuma diari sifatnya terlalu peribadi yang tidak boleh dikongsikan dengan orang lain.Blog lain.Blog adalah wadah perkongsian maklumat dan ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada pembaca.
Selebihnya adalah cara mrhanafi untuk mendekati dan menjalinkan silaturahim para pembaca yang terdiri dari rakan-rakan blogger,rakan-rakan media sosial dan pembaca organik.Sebagai tanda ingatan mesra tolongkan memberi komen.In Shaa Allah mrhanafi jawab dan balas kunjungan tersebut
Menulis dan menerbitkan blog setiap hari bagus untuk mengekalkan momentum aktiviti blogging.Momentum yang tidak didayakan dengan sempurna akan merencatkan perkembangan daya penulisan anda.
Jumpa lagi dan terima kasih
Wah, blog pun ada transformasi ya MH?
Noriza Rahman recently posted…Atasi Masalah Perut Sebu, Kurang Selesa dan Berangin
sudah semestinya supaya kejayaan dalam bidang blogger lebih terlaksana dengan baik..
semoga berjaya konsisten update setiap hari dan transformasi penulisan bagi bulan mac sok 🙂
cik tom recently posted…3 tip supaya rambut kekal wangi dan selesa walaupun berhijab
aamiin dan begitulah hendaknya..
Salam kenal dari Blogger Borneo, semoga proses transformasinya menjadikan blog ini menjadi lebih baik. Amin… 🙂
terima kasih mas atas kunjungan ini..