Berkampung Seminggu Sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019

Selama seminggu saya dan team Suara Sarawak akan di Tebingan Kuching.Kami berada di booth 24 untuk bersama-masa dalam Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019.

Pameran ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU ) dengan matlamat untuk menyokong aspirasi kerajaan Sarawak dalam memperkasakan warisan pintar.Dalam erti kata yang lain menjadi masyarakat setempat yang mendukung budaya digital dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sebanyak 40 booth untuk agensi kerajaan dan korporat manakala 42 booth lagi dikhaskan untuk komuniti setempat yang terdiri daripada Kampung Heritage dan Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (KJM DBKU).

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YBhg Datu Dr. Sabariah binti Putit pada hari pertama.

WAJIB BACA :   5 cara tarik line telefon supaya dapat internet laju
Kredit foto: Page Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS

Untuk makluman pameran berlangsung dari 25 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019 bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam ( tertakluk pada jadual atau pindaan ).

Gunakan kesempatan musim sekolah  ini untuk kita bersama sama memeriahkan Pameran Warisan Pintar Kuching Old 2019.Bawa keluarga dan sanak saudara.Jika bawa sekampung lagi molek rasanya.

Kedatangan anda kami alukan.

Kunjungan anda kami sanjungkan.

Ingatlah kami di booth Suara Sarawak sentiasa menanti kehadiran anda semua.

Jumpa anda di sana dan mohon like Page Facebook >>> Suara Sarawak

Comments 16

Leave a Reply to Ana Suhana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge