3 Tip Untuk Elak Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Macau

Sindiket penipuan Macau dikenali sebagai Macau Scam.

Mereka licik perdayakan mangsa.

Mangsa yang terkena merana.

Bukan sikit.

Ada yang hilang beratus ribu.

Duit simpanan bertahun-tahun dikumpul.

Jika terkena.

Duit lesap sekelip mata.

Menangis la jawapnya.

 Menurut akhbar Sinar Harian, Macau Scam adalah sindiket didalangi oleh rakyat Taiwan dan mereka menghubungi mangsa melalui talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan. Sindiket ini akan menggunakan akaun bank milik rakyat tempatan untuk mengutip wang dari mangsa. Kemudiannya, wang yang diperolehi tersebut akan dikeluarkan secara tunai sebelum dihantar ke luar negara melalui khidmat ‘money changer’ dan seumpamanya.

Modus operandi mereka hampir sama.

Tipu helah.

Ugutan.

Pembohongan.

Yang hairan.

Mengapa ramai yang jadi mangsa?

Sedangkan media massa dan media sosial seringkali mewar-warkan Macau Scam adalah bahaya.

Sebab mangsa terpedaya dengan ugutan mereka.

Ugutan dalam penipuan seakan-akan betul.

Mangsa seperti tiada pilihan.

Mangsa digula-gulakan dengan keadaan terdesak.

Mangsa menjadi Pak Turut.Mangsa jadi Mak Turut

Mereka tunduk kepada sindiket penipuan Macau.

Sindiket tersebut menggunakan telefon memperdayakan  mangsa.

Si mangsa pula seperti hilang akal.

Mereka ikut tanpa soal siasat kerana sindiket penipuan Macau mempergunakan nama polis,SPRM,bank dan sebagainya.

Taktik umpan,tipu dan helah cukup bergaya.

Fikiran mangsa terperangkap dalam keadaan terdesak.

Mangsa tanpa berfikir panjang akan menyerah duit,nombor pin kad, akaun dan sebagainya.

Admin geram.

Tak nak mangsa yang  baik hati terus jadi mangsa.

Sebab itulah admin kongsikan  panduan untuk elakkan diri menjadi ulam sindiket penipuan Macau.

1.Jangan layan panggilan telefon orang yang tidak dikenali.

Jangan layan panggilan mereka lebih dari seminit.

Untuk panggilan kedua.

Jangan angkat.

Andai kata panggilan kecemasan, kita tahu hanya dari mereka dikenali.

Adalah selamat jika urusan penting menggunakan surat rasmi.

Tiada surat jangan percaya.

Layan  panggilan Macau Scam maka anda sudah masuk perangkap mereka.

Ingat.

Masuk sahaja perangkap susah nak keluar kecuali kita bijak.

Masalahnya kita kurang bijak.

Fikiran kita mudah percaya dengan orang lain.

2.Jangan mudah percaya jika tiada hitam putih

Rata-rata mangsa dipedaya kerana ugutan.

Yang pelik ugutan mereka tidak masuk akal.

Hutang kad kreditlah.

Akan kena senarai hitamlah.

Kena siasat SPRMlah.

Sedangkan logik akal semua perkara di atas perlukan surat.

Ada hitam putih perjanjian.

Ini tidak.

Arahan menggunakan telefon dan media sosial pun mangsa boleh percaya.

Alahai naifnya mereka.

3.Jangan bertindak sendirian menghadapi mereka

Sindiket Macau Scam melibatkan ramai pihak.

Bukan seorang dua.

Mana adil.

Mangsa seorang sedangkan mereka bekerja dalam satu kumpulan.

Bakal mangsa wajar hebahkan tindakan di media sosial sebelum terkena.

Jangan sorok-sorak.

Jangan jadi Superman yang guna seluar dalam kat luar

Macam kita hebat la sangat

Ceritakan dengan pasangan.

Ceritakan dengan keluarga.

Nak lebih selamat lapor sahaja kepada pihak polis ketika dalam proses rundingan.

Jangan ketika wang lesap barulah nak buat laporan polis.

Ketika itu bagaimana nak tolong.

Wang anda sudah dibelanja sakan oleh sindiket Macau Scam.

Menangis jelah.

Nangis la puas-puas.

Mungkin wang yang dikebas mereka  tak akan kembali lagi.

Penutup

Awasi perangkap sindiket penipuan Macau.

Mencegah lebih baik dari terpekik terlolong.

Sindikit Macau Scam mencari mangsa yang ada duit.

Mangsa yang terkenal dengan kejujuran.

Mereka pakar penipuan dan tipu daya.

Hanya orang jujur dan mudah percaya serta banyak duit akan terkena.

Selamat juga kalau tidak berduit.

Sebab itu berhati-hati untuk berurusan dengan mereka yang tidak dikenali.

Setakat ini sindiket Macau Scam bukannya kaum kerabat atau sahabat handai.

Mereka tidak dikenali dan cuba mengenali anda.

Lebih baik berburuk sangka daripada manjadi mangsa.

Katakan tidak kepada sindiket penipuan Macau.

p/s : Jika untuk masakan tanpa minyak memang digalakkan.

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge