100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas

Saya tersenyum membaca tajuk 100 Idea Perniagaan Kecil Blog Hidup Ringkas.Ketika memulai penulisan ini saya tercengang.Talian internet buat hal.Saya biarkan seketika.Saat begini masa sesuai untuk berehat.Asyik online sahaja.Sekali sekala bagus juga offline.

idea perniagaan kecil

Kredit : Facebook image

Entah macammana.Saya tidak tahu bagaimana nak bermula.Minda seakan-akan kosong.Mungkin kesan pembacaan novel Aku Bercerita hasil penulisan Ramlee Awang Murshid.Belum habis baca.In shaa Allah akan habis tak lama lagi.

Sesekali mata memandang telefon Alcatel One Touch yang dibeli tiga tahun lepas.Bukan apa nak pastikan ada isyarat internet atau tidak.Dah 30 minit berlalu.Hasilnya agak menghampakan.

“Ahh… biar jelah susah-susah sahaja.”.Hati kecil saya mula merungut.

Baiklah saya kembali ke tajuk asal.Saya nak mengulas sedikit berkaitan satu artikel yang popular dalam  blog www.hidupringkas.com

Siapa dah  singgah blog hidupringkas.com?

Rasa-rasanya ramai.Terutama kepada pembaca blog yang meminati niche perniagaan.Saya memang lama juga follow Tuan Mohd Shubhi Abdul iaitu penulis blog hidupringkas.com

Idea penulisannya memang kaw-kaw.Maklum sahaja orang bisnes sudi berkongsi ilmu perniagaan.Saya merupakan pembaca blog tersebut sejak tahun 2013 lagi.

Artikel yang sangat popular dalam blog tersebut adalah idea perniagaan.Memang seronok baca.Boleh dapat idea kalau nak buat bisnes.

Komen sahaja dah cecah 500 lebih.Orang yang komen bukan setakat blogger tetapi pembaca setia macam saya.

Jika diteliti dari 100 idea perniagaan kecil itu,saya tertarik dengan beberapa idea perniagaan.In shaa Allah saya telah dan sedang merancang untuk melakukan beberapa idea perniagaan yang telah disarankan dalam artikel tersebut.Saya suka untuk memilih perniagaan yang menggunakan sistem affiliate.

1. Affiliate FI$H

2. Affiliate Jamumall

Artikel idea perniagaan kecil telah ditulis pada 18 Disember 2014.Dah hampir tiga tahun.Namun isu yang bicara masih relevan.Boleh diterima pakai hingga ke hari ini.

Saya pegang kata-kata Tuan Mohd Subhi ..

“Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.”

Akhir kata kalau ada pembaca yang tercari-cari apa perniagaan yang sesuai untuk diusahakan boleh selidiki sendiri di >>100 idea perniagaan kecil

(Visited 111 times, 1 visits today)

8 thoughts on “100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas”

  1. Banyak tu ideanya sampai 100. Setuju, ramai dah berjaya dengan affiliate ni. Sehingga ada yang bergelar jutawan dalam senyap. Cuma strategi perlu betul dan tepat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge