buat duit online

3 Cara Menyimpan Duit Bagi Pelajar Sekolah

Saya nak kongsikan cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah.Perkongsian ini santai dan mudah untuk sesiapa sahaja.Tak semestinya pelajar sekolah.Sesiapapun boleh.

Tidak dinafikan kos hidup semakin meningkat dari hari ke sehari.Ada yang ketara dan ada juga yang sedikit demi sedikit.

Begitu juga bajet untuk belanja anak-anak ke sekolah.Mahu atau tidak mahu ibubapa menambah jumlah wang saku anak mereka.

Dalam artikel ini saya nak bagi pendapat secara peribadi.

Cara Menyimpan Duit Bagi Pelajar Sekolah

cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah
stevepb / Pixabay

1.Ada kesedaran

Kesedaran sangat penting.Sedar bahawa mereka datang ke sekolah bukan untuk bersukaria.Datang ke sekolah untuk belajar supaya mendapat ilmu.

Tanpa ilmu yang mantap dan mencukupi seorang itu sukar menikmati kehidupan yang selesa pada masa akan datang.

Antaranya ilmu mengurus wang secara asas dan secara praktikal.Ilmu praktik lebih berkesan dari ilmu teori semata-mata.

Lebih awal.Lebih baik.

Ingatlah sekolah adalah tempat memperdalamkan ilmu urus wang saku.

2.Berjimat  cermat

Ada orang kata berjimat cermat seperti kedekut.Bagi saya jauh sekali tidak.

Kedekut merujuk kepada sikap orang yang tidak mahu menderma atau bersedekah.

Saya ambil contoh mudah.Seorang pelajar yang dibekal RM3 sehari.Memang tidak cukup pun kalau difikir secara logik.

Harga nasi lemak RM1.50 sebungkus.Air boleh bekal dari rumah.Paling bagus kalau air dari sumber mesin Coway.

Bakinya ada RM1.50 dan itulah wang saku yang boleh disimpan tabung untuk masa depan.

Ambil prinsip orang  lama.

“Bersakit-sakit dahulu dan bersenang lenang kemudian”

Ok .Kita teruskan.

RM1.50 x 20 Hari = RM30

Makanya dalam sebulan boleh simpan RM30 dalam akaun simpanan.

RM30 x 11 Bulan =RM330

Bayangkan dalam hampir setahun para pelajar boleh dapat RM330 walaupun menggunakan sumber wang saku semata-mata.

3.Bawa bekal sendiri 

Inilah penjimatan hampir 100 peratus.Sungguh beruntung jika mempunyai ibubapa yang rajin membuat bekal kepada anak-anak.

Cuma ada risikonya.

Emak atau bapa tidak bagi wang saku memandangkan sudah ada bekal.

Namun dalam senario ini saya anggap sahaja para pelajar sekolah masih diberi wang saku.Mereka tidak perlu membelanjakan wang tersebut sebaliknya menyimpan 50 peratus.

Baki 50 peratus lagi mereka boleh buat sumbangan untuk sedekah dan derma.Wang tersebut salurkan untuk anak-anak yatim atau tabung Pelarian Syria

Kesimpulan

Tujuan penulisan ini tidaklah memaksa  untuk para pelajar untuk mengikat perut semata-mata nak menyimpan duit.Mesej yang cuba saya sampaikan ialah berbelanja dengan bijak sehingga ada wang untuk disimpan.

Nafsu untuk berbelanja sakan di Shopee memang melonjak-lonjak.

Bersabar dan bertenang.

Ingat balik point 1 iaitu kesedaran para pelajar ke sekolah.

Saya harap pembaca dapat manfaat tentang cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah.

Sekiranya pembaca ingin mendalami teknik yang lebih baik  saya syorkan baca  >>> TIP BERJIMAT 

(Visited 93 times, 1 visits today)

30 thoughts on “3 Cara Menyimpan Duit Bagi Pelajar Sekolah

  1. Saya pun dulu RM2 sehari untuk belanja pergi sekolah… Anak-anak kita nanti apa la sangat dengan RM2 tu 😀

    elok ajar menabung ni. biar sampai ke tua ada kesukaan menabung 😀

  2. Didikan ttg kewangan termasuk menabung mmg patut dimulakan dari zaman sekolah. Bila dah terbiasa, taklah susah sangat berbelanja bila besar dan bekerja nanti.

    • aamiin..

      boleh tu.

      Simpanla sebulan dalam RM 2k

      5bulan x RM2K = RM10k

      itu cara simpan duit..

      cara sedekah pula lain…

      untuk dapatkan RM10k perlu bersedekah 10 % jumlah tersebut kepada mereka yang memerlukan..

  3. Teringat masa ana sek ren dulu. Duit belanja 20 sen. Waktu rehat makan yg mak bekalkan je. Kdg tu bila takde bekal dpt 40sen duit belanja. Masih ada baki 20sen utk masuk dalam tabung. Apa pun kena ada kesedaran diri sendiri dan galakan ibu bapa.

Leave a Comment

CommentLuv badge