3 Langkah Untuk Kaya Raya

3 Langkah Untuk Kaya Raya…Macam main-main pulak.Mana taknya boleh kaya dengan 3 langkah sahaja.Itu bukan mustahil.KIni mrhanafi masih dalam proses membina kekayaan harta benda dan wang ringgit.Niat dah ada.Usaha sedang rancak dilakukan.Strategi sudah dicuba dan diimplimentasi sebaik mungkin.

Sambil-sambil menanti masanya  maka alangkah elok mrhanafi berkongsi 3 langkah untuk kaya raya.Tidak rumit.Apatah lagi terlalu komplikated untuk difahami dan diamalkan sesiapa sahaja.Mrhanafi yakin 3 langkah tersebut.Mrhanafi juga berharap para pembaca juga faham dan terus melakukan tindakan segera tanpa bertangguh.

kaya raya

1.Bisnes

Buat bisnes boleh jadi kaya.Kenyataan ini sudah dibuktikan oleh ramai orang.Sebab 90 peratus punca rezeki dari bisnes.Hanya 10 peratus sahaja dari bekerja makan gaji.Bisnes maju maka hidup akan berubah.Dari susah menjadi senang.Dari senang akan menjadi kaya.Sungguhpun begitu mrhanafi ingatkan bahawa cabaran bisnes besar.Ujian pula pelbagai.Dah lepas semua ujian barulah diberi nikmat kaya raya.

Nak kaya boleh baca cerita ini >>KAYA LUWIT

2.Pelaburan

WAJIB BACA :   Ada Apa Dengan Softsell..?

Sekarang heboh buat pelaburan emas.Ada modal besar maka sangat bagus untuk menjadikan konsep duit cari duit.Adanya duit boleh dijadikan modal pelaburan maka keuntungan boleh dinikmati secara harian maupun bulanan.Anda sangat digalakan membuat pelaburan pada sumber yang sahih seperti Tabung Haji,Public Mutual,ASB dan pelaburan emas.Perlu mrhanafi ingatkan langkah begini berpotensi untuk kaya namun agak mengambil masa.

3.Sedekah

Setiap nilai sen atau ringgit maupun tenaga kerja yang disedekahkan pasti ada balasan tatkala kita berada dalam kesenangan atau kesusahan.Jika nak jadi kaya raya maka sedekah juga secara luarbiasa.Hukum matematik dalam sedekah senang difahami.Kita sedekah 1 maka balasan adalah 10.Cuba bayangkan dengan bersedekah RM10 sudah tentu balasan menjadi RM100.Angka ini boleh meningkat berkali ganda jika kena caranya seperti menjaga solat wajib dan menambah solat sunat.

WAJIB BACA :   Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun

{sekilas pandang}

Ingat anda boleh kaya kaya jika yakin dengan 3 langkah yang mrhanafi kongsikan tersebut

Bersempena bulan baik dan hari baik ini,mrhanafi nak minta pertolongan mereka yang sudi menghulur bantuan kewangan sebagai niat sedekah kerana Allah swt kepada sesiapa yang  amat memerlukan..

Dengan bersedekah turunnya segala rahmat dan hidayah Allah SWT kepada manusia dan kita boleh kena tempiasnya.Jadi soal kaya bukan sesuatu yang mustahil untuk diusaha oleh orang kebanyakkan seperti kita.Lakukan juga pelaburan dan jalankan apa jua bisnes yang diminati.

Baiklah itu sahaja.Mrhanafi doakan pembaca juga kaya dan raya.Terima kasih kerana sudi membaca.Teruskan bacaan pesanan Orang Kaya Samarahan

Comments 19

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge