Memang dasar lelaki suka untuk berpoligami.Itulah ayat skema yang keluar dari mulut insan bergelar wanita.Terus terang sebagai seorang lelaki yang waras dan sihat walfiat, mrhanafi suka kepada konsep poligami berbanding kepada budaya skandal,perempuan simpanan dan istilah makan luar.Siapa yang setuju angguk kepala.
Poligami adalah satu bentuk perkahwinan yang lebih daripada seorang isteri.Agama Islam tidak melarang dengan syarat pihak suami mampu untuk adil, mampu memberi nafkah zahir serta batin dan kemampuan untuk memikul amanah yang berganda.
Secara azalinya memang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan pembimbing kepada ahli tanggungannya yakni isteri-isteri dan anak-anak.Sifat kepimpinan yang tinggi dan akhlak terpuji tersebut wajar sekali diteladani oleh anak-anaknya.Sifat ini amat terserlah jika lelaki tersebut mengetuai keluarga besar atau dalam erti kata yang lain berpoligami.
Sebelum mrhanafi mengemukakan 3 sebab lelaki suka berpoligami izinkan mrhanafi untuk meminta pembaca wanita untuk membuka minda seluas-luasnya.Jangan kecam mrhanafi dan jangan halang suami anda membaca artikel ini.Kepada golongan suami yang sudah beristeri satu jangan nak memandai mandai cari alasan untuk berbini dua pulak.Diharap jangan tersentap la ya.Yang baik jadi tauladan manakala yang buruk jadi sempadan.
Mrhanafi berpendapat,orang lelaki suka untuk berpoligami kerana sebab-sebab berikut:
1.Ego seorang lelaki
Ego adalah ciri pemimpin yang diasaskan oleh teori barat.Sebaliknya ego dalam Islam merupakan perasaan bangga diri.Jika ada niat lelaki nak berpoligami kerana merasakan dirinya hebat untuk menundukkan dua wanita atau lebih baik sila hentikan segera.Sifat ego dalam perkahwinan tidak akan membawa kemana.Tak kira ego seorang suami maupun ego seorang isteri.
Rumahtangga yang dibina atas sifat ego mengundang kurang bahagia dan kurang tenang.Apatah lagi alasan untuk berpoligami kerana ego seorang lelaki.Mana taknya jika kita rasa bangga disebut orang berbini dua berbanding berbini sorang.Perasaan bangga tersebut lama kelamaan akan memburukkan status perkahwinan poligami itu sendiri.Para isteri teraniaya dan anak-anak terabai kasih sayang.Perkahwinan tersebut tidak berkat dan cinta pula tidak ikhlas.
2.Jerat perasaan cinta
Elemen cinta bagaikan virus yang menjangkiti hati insan yang rapuh sama ada si lelaki atau si perempuan.Umum mengetahui hati perempuan sangat rapuh dan suka beremosi.Lantas kerana kehadiran lelaki yang hebat di depan mata mereka menyebabkan rasa tergoda.Disitulah bermulanya bimbit bimbit percintaan dua insan.Cinta yang bersemi dan terus mekar akan membuka ruang dan peluang untuk suami berkahwin lagi.
Ironinya ada pasangan yang kurang mesra dan kurang harmoni.Akibat terdesak begini si suami akan membuka pintu hatinya untuk wanita lain.Cinta dan perasaan sayang semakin dalam.Jika dah terkena jerat percintaan tentu sukar untuk berpatah kembali.Penyelesaian terdekat tidak lain dan tidak bukan ialah kahwin lagi yakni berpoligami jika itu jodohnya.
3.Suratan jodoh manusia
Sebab jodoh tidak mampu dirungkai oleh minda manusia.Tak kira dia pakar atau tinggi ilmunya pasti tidak mampu untuk menjawab mengapa ada suami boleh ditakdir untuk ada dua atau lebih isteri dalam hidup mereka.Buatlah kecaman paling tajam sekalipun lelaki terpilih ini tetap juga berpoligami.Mereka tidak takut pada manusia terutama isteri pertama.Mereka lebih takut kepada Allah SWT dan memelihara kesucian agama pada tertempat tertinggi.
Golongan ini tidak ramai dalam masyarakat kita pada hari ini.Mereka golongan terpilih dan dianugerahkan pelbagai nikmat di dunia sebelum terus menerus mendapat nikmat diakhirat.Mereka disukai ramai termasuk digilai wanita kerana karisma,ketokohan agama dan peribadi mulia.Wang,harta dan pangkat dunia terlalu kecil buat mereka.Mereka insan bersyukur dan memiliki tahap takwa yang tinggi berbanding insan biasa.Jadi usah hairan Allah SWT hadiahkan bidadari dunia iaitu isteri-isteri solehah buat golongan ini.
{sekilas pandang }
Hampir semua lelaki yang hebat suka untuk berpoligami.Cuma segelintir sahaja yang tetap mempertahankan kesetiaan dan keluhuran cinta untuk isteri pertama.
Yang peliknya hanya segelintir sahaja yang mampu merealisasikan impian untuk berpoligami.Selebihnya hanya mampu berimpian antara mahu dengan tidak.Mereka antara takut dengan berani untuk memulakan langkah ke arah perkahwinan poligami.
Jika ada diantara pembaca ada berhasrat untuk berpoligami jangan malu dan jangan segan.Usahakan dengan iman dan perniagaan.
Apa yang penting mempunyai pendapatan yang lumayan setiap bulan.Persediaan lain juga adalah pendapatan pasif yang boleh kita pelajari dalam Formula Income Seumur Hidup
Terima kasih kerana sudi membaca coretan mrhanafi.
Memang semua nak berpoligami….tapi antara mampu dan nafsu jer…
Ilmu pendapatan pasif 24/7 recently posted…Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.
nafsu perkara biasa tu..tetapi kita akal untuk berfikir
terjerat dengan perasaan cinta tu rasanya untuk perempuan kot.. hihihi..
dua-dua pun sama bro..kalau dah terjerat tu nasib la..
bila kat ofis duk lepak dgn kwn laki mesti diorg duk ckp bab ni…. ada wnita yg bekerja sanggup jd isteri kedua tanpa minta apa pun krn dia dh ada segalanya cuma mahu menumpang kasih syg…
kasihan kan pada wanita begitu..nak buat macam mana suami orang ini ada aura yang hebat dan tidak dimiliki oleh orang bujang..
kalau dah jodoh, dah tak boleh lari dah
nikkhazami recently posted…Tips Bisnes Aiskrim
tu jawapan yang biasa kita dengar..he..he..
Lagi satu bro klu isteri ckp aok mampu aok blh kawin..itu kan doa..bl allah swt tunjukkan kat isteri mcm mn..salah siapa..hehe
soal begini tak boleh main-main juga…kalau betul terjadi dan bawa kebaikan apa salahnya
Hakikatnya lelaki memang suka berpoligami tetapi cuma untuk diri sendiri. Bila terkena pada keluarga rapat, kakak @ adik, mereka kurang bersetuju juga nampaknya. Mungkin kerana mereka sendiri mengakui amat sukar untuk berlaku adil dalam poligami.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Mama Mudah Pelupa Selepas Bersalin? Ketahui Penyebabnya & Tips Atasi Masalah Ini.
biasalah tu..lain orang lain pendapatnya..yang pasti suka atau tidak dah jodoh memang tidak mungkin dapat dielakkan..
Teringin juga nak penuhkan kouta…hehe
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…Kelebihan/keperluan akaun semasa syarikat kepada perniagaan anda.
kalau setakat teringin..lebih baik jangan bro..setia pada yang satu itu meringankan kepala
pelaksanaan tu yang susah
raihanah recently posted…Selamatkah Suplemen Shaklee Untuk Jangkamasa Panjang?
susah jika tidak berlandaskan hukum Islam..
nak mudah..minta sahaja pertolongan Allah dengan berdoa..
Yep. Adil itu kena fikir dulu. Kerana akan dipersoal di akhirat sana.
Ira recently posted…Tahniah DTS Team Dan Doktor Haizal Serta Rokiah
banyak perkara yang perlu difikirkan..semuanya berganda he..he..
Hihi….ada hati ke.?/en hanafi
X salah kawin dua…yg penting lelaki mampu. Bg bibik pd setiap isteri. Sebab lelaki dah kurang ada dirumah…skjab isteri 1 kejab 2. Kalo bibik x mampu lg…lupakan la dulu…kuikuikui
saya sekadar berkongsikan info..
yang pasti masyarakat perlu faham poligami tidak seburuk yang disangkan.
Ramai yang nak berpoligami, mmg tuntutan tapi kalau tidak mampu berlaku adil, baik lupakan hasrat tersebut…
Jika nak juga.. Wajib belajar untuk bersikap adil
Poligami ni senang cakap je tapi susah sebenarnya. Nak tanggung dosa sorang isteri pun da susah ini kan pula nak tanggung dosa dua, tiga, empat orang isteri.
Kerja Sendiri recently posted…Pengalaman berniaga secara consignment 2
fikir tentang pahala juga tuan..pahala berganda juga sebab ada dua ‘enjin’ untuk dapat pahala
Kalau istri belum sia dipoligami, jangan paksakan poligami, kalau tidak mau rumah tangga hancur berantakan.
persoalannya sekarang ramai suami yang mahu poligami tetapi belum mampu emmosi dan iman hahaha