3 Tanda Jodoh Yang Cocok

3 Tanda Jodoh Yang Cocok…Sejak kebelakangan ini mrhanafi seakan-akan berminat dengan soal jodoh.Sebelum tu jangan pulak salah sangka.Takut pembaca cuba menghebohkan mrhanafi pulak tengah mencari jodoh.

Kalau ya apa salahnya,Seriusnya mrhanafi sudah menemui jodoh sejak 15 tahun dahulu.Mrhanafi sekadar nak berkongsikan informasi tanda jodoh buat para pria dan wanita yang belum berpunya.Manalah tahu bisa memberi manfaat kepda mereka.

jodoh terbaik

Soal jodoh adalah rahsia Allah SWT buat manusia sebagaimana soal rezeki dan ajal seseorang.Kadang kala ada jodoh yang pendek atau putus ditengah jalan.Ada pula jodoh yang berpanjangan sehingga ke syurga.Itu jodoh yang terbaik.Sebab itu Jodoh adalah rezeki terbesar dalam hidup manusia.

WAJIB BACA :   3 Sebab Lelaki Suka Untuk Berpoligami

Mrhanafi suka nak berkongsikan  3 tanda jodoh yang cocok buat pasangan yang berkahwin atau bagi mereka yang bakal berkahwin. Tanda-tanda tersebut boleh dijadikan panduan asas. Boleh dipercayai dan boleh juga dinafikan.Terpulang kepada pembacalah ya.

1.Berjauhan menyebabkan rasa tidak bermaya

Sama ada pasangan itu sudah bernikah (digalakkan) atau belum maka timbul rasa tidak bermaya.rindu dan resah jika berjauhan.Kalau boleh sentiasa bersama setiap masa dan ketika.

Memang ada pasangan suami isteri yang kurang selesa jika bersama.Itu menunjukkan pasangan tersebut kurang cocok.Ada sesuatu yang tak kena.Sebab fitrah bagi pasangan yang cocok ialah mereka tak boleh berjauhan antara satu sama lain.

2.Sentiasa rasa tenang yang mendamaikan

WAJIB BACA :   Harapan Emas Badminton Olimpik Rio

Tidak dinafikan pasangan yang cocok akan merasai perasaan tenang dan damai ketika bersama.Perasaan ini bukan dipaksa-paksa,Berlaku secara alamiah.Sebab itu tujuan asal perkahwinan untuk menyatukan lelaki dan wanita yang bukan muhrim supaya rasa bahagia dan seronok biarpun 101 masalah cabaran hidup yang mendatang.

Tidak ada istilah  sayang hanya ketika pasangan hidup senang atau tiada cinta ketika pasangan hidup menderita.Yang pasti mereka saling memahami dan salaing menerima pasangan seada-adanya.Pendek kata ikhlas dalam perhubungan.

3.Inspirasi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

Mrhanafi suka memerhatikan gelagat manusia.Paling menarik buat mrhanafi apabila melihat pasangan suami isteri yang rajin ke masjid.Ada yang mengerjakan umrah dan haji bersama-sama.Memang sweet kata orang sekarang.

WAJIB BACA :   Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam

Hidup pasangan cocok ini cenderung untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan solat bersama,mengaji al-quran berdua serta menghadiri majlis ilmu tanpa berpisah tiada.Ternyata nikmat hidup suami isteri begini.Mereka sudah memiliki sakinah wal rahmah serta maudah.

{sekilas pandang}

Tanda-tanda jodoh yang mrhanafi kongsikan ini bukan mutlak,Andaikata ada pembaca atau rakan blogger yang berpendapat yang lebih baik harap dikongsikan dalam ruangan komentar.

Selepas habis membaca artikel ini alangkah baiknya kita semua ada kelapangan masa untuk lanjutkan bacaan tentang Banyak Duit Adalah Lambang Kebesaran.

Selamat membaca dan jumpa lagi serta terima kasih.

Comments 23

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge