3 tips untuk lebih kaya dan berjaya

Pemuda ni memang kental. Pernah jatuh lebih 10 kali dalam bisnes sampai bankrap, namun dia tetap teruskan perjuangannya dalam bisnes. Pernah beliau takda duit langsung pun dalam poket.

Namun berbekalkan semangat dan pengalaman, beliau buat duit beratus ribu dalam tempoh 6 bulan sahaja selepas bankrap.

Hebat kan?

Beliau adalah CEO CoolHijab, Tuan Hafiz Mansor.

Akibat terlalu mempercayai orang lain, beliau membuat banyak kesilapan dan jatuh bankrap di usia yang muda. Ketika itu, hutangnya berjumlah lebih RM500,000!

Namun, beliau berjaya bangkit semula dan melangsaikan hutang-hutangnya satu persatu.
Beliau menulis, “Di sebalik masalah yang terjadi, saya berjaya bangun semula bangkit walaupun status masih bankrap sehingga kini.

Saya masih melangsaikan hutang, saya masih boleh buat duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.”

Mesti ada sesuatu yang kita boleh belajar daripada pemuda ini kan?

Di sini saya kongsikan di sini salah 3 tip yang beliau personally share dengan saya, supaya rezeki kita semua mengalir tanpa henti.

Dah ready?

1. SELALU BAHAGIAKAN ISTERI

“Saya perasan, sales kami akan meningkat bila saya buat isteri saya gembira.
Tak semestinya gembirakan dia dengan barang dan perkara yang mahal-mahal. Yang penting dia happy dengan apa yang dia nak.

Pernah saya belikan isteri handphone, pakaian, kasut dan barang yang dia idamkan. Lepas tu terus sales syarikat melonjak 10 kali ganda!

Isteri saya bukan jenis selalu minta. Sebab itu saya tak berkira dengan apa yang dia nak.
Apapun, ikutlah kemampuan diri masing-masing”, pesannya lagi.
.
2. ZAKAT TANPA HENTI

“Yang ini lagi penting sebenarnya, zakat. Pastikan kita bayar zakat on time, jangan culas.
Zakat itu bukan untuk asnaf sebenarnya. Zakat itu untuk kita!

Zakat itulah yang akan membersihkan dan menyuburkan harta-harta kita. Kalau harta kita makin banyak, bukankah itu untuk kita sebenarnya?

Pernah sekali tu saya bayar zakat dalam RM1,700. Ajaibnya, lepas tu sales ebook kami naik, termasuklah ebook lama-lama yang kami tak promotekan lagi.

Jualan shampoo pun naik mendadak. Padahal dah tak buat iklan pun..

Tahu tak berapa profit kami lepas bayar zakat tu? RM17,000 lebih!
Allahuakbar. Dulu-dulu saya buat tak tahu, tapi selepas dah sedar, baru saya jaga betul-betul.”
.
3. BELANJA DAN TOLONG ORANG SECARA RAHSIA!

“Ini antara favourite saya. Tolong orang tanpa dia tahu siapa yang bantu dia.
Saya pernah order burger RM100. Abang burger tu macam pelik sebab banyak sangat.

Kemudian saya ambil 2 biji jer. Yang lain saya minta abang burger tu sedekahkan kepada orang yang datang nak beli burger.

Lepas tu, saya perhatikan sales saya melonjak. Biasanya RM200-300 je sehari.

Tapi lepas sedekah burger tu sales kami jadi RM2,000-3000 sehari! Padahal kami bekerja dan buat marketing macam biasa jer.

Saya yakin membantu orang dan belanja orang makan secara rahsia ni buat orang terharu dan terkesan. Dia akan tertanya-tanya, siapalah orang yang bantu dan belanja dia.

Bila dia berdoa, dia akan berdoa sungguh-sungguh kepada Tuhan. Biasanya ‘terima kasih’ orang begini lebih ikhlas.
Kalau belanja orang yang kita kenal, mungkin dia anggap itu biasa jer. Esok-esok aku belanja pula, katanya. Kalau doa pun doa biasa-biasa saja.

Tapi kalau orang tak kenal yang belanja kita, mesti kita tersentuh kan?

Tertanya-tanya siapa yang bantu dan masa tu kita akan teringat Allah hantar bantuan malah rasa bersyukur.
Kan bagus tu bila teringat Allah. Pada saya, itu yang buat rezeki kita makin bertambah dan mengalir tanpa henti.

Tak salah nak bantu atau belanja orang yang kita kenal termasuk saudara terdekat. Memang ada ketikanya, membantu mereka lebih afdhal di sisi Tuhan.

Namun jangan dilupakan orang yang kita tak kenal. Kerana pada doa-doa mereka juga ada keberkatan!”

Kawan-kawan,

Sama-sama kita jadikan 3 perkara ini sebagai amalan dan panduan ya.

Tak susah pun untuk cuba. Nak atau tak nak saja. Pilihan di tangan kita.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang beliau share.

Dalam Buku Digital 55 Rahsia Rezeki, Tuan Zuhairi Nopiah adalah menulis tentang perkara ini. Boleh rujuk dalam pautan berikut :  BOLEH KLIK SINI

2 thoughts on “3 tips untuk lebih kaya dan berjaya”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: