5 Ciri Isteri Meletop Yang Menjadi Idaman Suami Bossku

Mencari isteri yang ada ciri ciri meletop bukan perkara mudah.Perlu usaha berganda dan doa yang bertali arus.Hasilnya nanti memang kaw-kaw dan dijamin puas hati.Bukan sahaja di dunia tetapi berterusan hingga ke akhirat.

Berikut adalah ciri yang amat didambakan oleh suami yang hebat.Suami yang boleh digelar bossku.Jom kita lihat ciri-ciri tersebut.

istri sayang suami

1.Beriman

Wajib dan mesti kerana isteri beriman dan solehah adalah anugerah terbaik untuk lelaki yang beriman dan beramal soleh.Ada syurga di wajahnya yang membawa ciri-ciri sakinah, mawadah serta wal rahmah.

2.Akhlak

Akhlak adalah tuntutan agama selepas iman.Akhlak adalah cerminan sifat nabi dan para solehah.Akhlak yang baik adalah warisan untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.Boleh dibentuk semakin baik dan paling asas ada sifat menghormati.

WAJIB BACA :   Tangisan Pelarian Syria Semakin Sayu

3.Cantik

Cantik yang paling utama ialah cantik hati yang suci murni dan ikhlas.Qanaah dan redha dengan ketentuan Ilahi.Cantik paras rupa bonus sahaja dan ia tidak kekal selamanya.Kalau ada cun sangat la tu.

4.Putih

Ternyata seorang pembersih yang sentiasa menjaga aurat agar tidak kelihatan ‘hitam’ pada pandangan bukan mahram.Hati yang putih terjaga dari hasad dengki dan cinta akan dunia.Putih adalah lambang kejelitaan yang menawan kalbu.

5.Langsing

Ciri yang amat jelas kepada wanita mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan.Rajin berpuasa sunat dan makan mengikut sunnah Nabi.Langsing bukan sekadar pada tubuh badan tetapi ‘langsing’ dari dosa batin serta zahir.

Kesimpulan

Sungguhpun begitu bakal suami wajib cerminkan diri sendiri dahulu untuk dapatkan bakal isteri yang ada ciri-ciri meletop sedemikian rupa.

WAJIB BACA :   Kisah kejayaan Alieff Irfan beli McLaren 720S

Jika belum maka perbaiki diri sendiri sebaik mungkin kerana si suami adalah pemimpin kepada si isteri.Rumahtangga bahagia tanggungjawab bersama dan wajar berusaha untuk mendapatkannya.

Bak kata orang ” yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak ada datang bergolek.

Jadi apa pendapat anda dengan ciri-ciri isteri meletop ?

Comments 11

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge