5 Ciri Suami Yang Lulus Syarat Poligami

Syarat poligami mudah bersandarkan teori atas kertas.Namun secara praktikal tidak semudah teori.Ingat syarat poligami diwujudkan untuk mengelak isteri yang sedia ada dan bakal isteri yang baru tidak teraniaya dan dizalimi.

Dalam artikel yang santai dan ringkas ini anda akan didedahkan beberapa ciri suami yang boleh lulus syarat poligami.

Perlu diakui pendedahan ini bukan bersifat ilmiah.Artikel ini sekadar pandangan dan penulisan seorang insan marhean.Seorang blogger yang ada keinginan untuk berkongsi yang baik.

Yang nyata, tiada apa-apa melainkan buah fikiran untuk dibaca  agar memberi manfaat.Faham-faham sahajalah blogger.

Bukan ahli akademik.

Bukan pakar agama.

Bukan juga orang yang bijak pandai.

Jom kita baca ramai-ramai.

Lagi ramai lagi best jawabnya.

syarat poligami

Sebelum kita pergi jauh,saya nak kongsikan maksud poligami dengan bahasa mudah.

Poligami = kahwin lebih dari seorang [terhad 4 isteri dalam satu masa]

Syarat poligami

poligami best

1.Beriman dan bertakwa

Syarat ini paling utama.Tanpa syarat ini seorang suami tak layak untuk menyara dua keluarga dalam satu masa.Bahkan kendali satu isteri pun belum tentu boleh dengan sempurna.

Poligami dalam Islam sahaja dibenarkan mengikut hukum syarak.Jangan salah faham pula yang kata syarat poligami tanpa kebenaran isteri pertama tak sah.Pihak yang memutuskanya adalah mahkamah syariah dan majlis Islam di negeri masing-masing.

Itu persoalan perlu rujuk pihak yang pakar.

In shaa Allah kalau ada iman dan takwa kehidupan rumahtangga lebih mendapat anugerah Illahi berupa:

  • Sakinah
  • Maudah
  • Rahmah

Dengan iman dan takwa juga seorang suami akan lebih bersikap adil dalam mengendali dua atau lebih keluarga.

Terima kasih Bro Fareed Foo Sinchan yang sudi menyuarakan pandangan.Katanya poligami menuntut cara bersikap adil untuk pasangan.

2.Berilmu dan beramal

Nak dunia perlu ilmu.Nak akhirat perlu ilmu.Nak kedua-dunya sekali pun guna ilmu.

Dengan ada ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut maka  keharmonian rumahtangga bisa terpelihara.

Kita beruntung.

Di Malaysia ada kursus perkahwinan untuk bakal pengantin.Bila dah berumahtangga cabaran hebat dan dahsyat.Ada ilmu segala cabaran boleh diatasi dengan bijak.

Jika memiliki dua isteri pastinya cabaran juga berganda.

Cabaran emosi dan  cabaran macam -macam.

Ya.

Bukan main redah.

Bukan sesuka hati untuk berpoligami melainkan banyak perkara untuk difikir,dirancang dan dilaksana setiap hari.

Poligami bukan macam bisnes.Buat dulu baru belajar.

Poligami adalah ibadah terindah yang wajar dihiasi dengan penghayatan ajaran Islam.

Baru best dan seronok giler kahwin dua.

3.Bertanggungjawab dan berwibawa

Pemimpin perlu sifat bertanggungjawab dan berwibawa.Ahli keluarga yang terdiri dari isteri-isteri dan anak anak adalah orang yang dipertanggungjawabkan.Amanah berat dan serba mencabar.

Ketua keluarga wajib menyediakan:

  • Makan
  • Minum
  • Tempat tinggal
  • Pakaian
  • kesihatan
  • keselamatan
  • Pendidikan
  • Lain-lain.

Banyak tak ?

Banyak lagi kalau nak disenaraikan secara satu persatu.Perkara ini akan ditanya dan dihisab diakhirat kelak.

Dunia boleh lepas dengan pelbagai helah namun akhirat akan kena juga.Seribu dalih tiada membawa makna.

4.Berduit dan berharta

Untuk layak berpoligami kedudukan kewangan dan harta benda memang tidak boleh diabaikan.Duit yang cukup untuk keluarga besar.

Menurut Tuan Ikhwan Fahmi, poligami memerlukan ilmu urus wang untuk keluarga ramai atau pengurusan kewangan.

Pandai jana duit online atau offline ataupun dapat 6 angka dari InvolveAsia

Harta pula seperti rumah serta kereta yang baik sebagai kemudahan dalam kehidupan harian.

  • Isteri pertama duduk rumah banglo dan guna kereta Mercedes E Class
  • Isteri kedua juga duduk rumah banglo dan guna kereta BMW 5 Series.

Baru cun dan isteri-isteri akan bahagia untuk bersuamikan anda.

syarat poligami

5.Bertenaga dan berkuasa

Bab ini saya tak nak kata lebih-lebih.Risau kalau kalau makcik-makcik yang masih bergetah rasa kurang selesa pulak membacanya.

Saya sempat membaca perbincangan dalam group poligami di Faecbook.

Bahkan Bro Elih Japahar usik saya nak pasang seorang lagi ?

Doa-doakan untuk isu nombor 4  saya lulus, kira on la .

hahahaha

Hangat dan panas.

Terima kepada Tuan Azham Zainal yang memberi cadangan untuk masuk group poligami.Begitu juga kepada Tuan Nazir Aziz yang menyarankan saya membaca di page poligami.

Lucunya saya seperti calon suami yang bakal berpoligami la pulak

Berbalik kepada isu suami yang bertenaga dan berkuasa.Tidak dinafikan ada suami yang mempunyai tenaga batin yang kuat dan tahan lama.

Ada isteri memang tidak mampu untuk melayan kehendak batin suami mereka setiap malam.

Dah la berkuasa enjin 4 lejang lagi tu.Ketahanan untuk perjalanan jarak jauh memang terbaik.

Suami kategori ini sihat tanpa penyakit.Pemakanan terjaga dan paling penting sekali mengamalkan gaya hidup sihat.

Oh ya.

Hanya dengan lebih dari seorang isteri sahaja keperluan batin jenis suami begini dapat ditundukkan.Lagipun mereka sudah melepati 4 ciri yang telah saya cerita di atas.

No wonder !

Mereka insan terpilih untuk berpoligami.Kenyataan ini tidak bermaksud perkahwinan untuk fokus nafsu semata-mata.Namun ada  100 pengajaran dan 100 hikmah yang mampu difikirkan oleh mereka yang sudah berpoligami.

Sendiri mau fikir la kalau bab ranjang nie.

hubungan suami isteri

Kesimpulan

Selepas meneliti 5 ciri suami yang layak poligami di atas pasti memberi nafas lega kepada isteri.Sebab tak ramai yang lepas syarat poligami.

Jangan pula nak jadikan poligami diam-diam.

Pendek kata segelintir sahaja yang betul-betul layak.Jika suami dan isteri memahami poligami maka kebahagiaan dan keindahan akan tersirna juga.

Insaflah bahawa tanda suami tak sayang isteri bukan kerana poligami.

Baiklah.

Persoalannya kini nak pilih anak dara atau mak janda?

Kita tinggalkan itu dulu.

Demikian sahaja perkongsian kali ini dan semoga mereka ada keinginan untuk berpoligami sila usahakan 5 syarat diatas sebaik yang mungkin.

Jumpa lagi dan selamat bershopping Online di Lazada

Jika belum follow blog saya boleh pilih mana mana melalui saluran berikut:

 

p/s : Dah baca ke >> Bersangka Baik Untuk Mampu Berkahwin Dua

(Visited 287 times, 3 visits today)

18 thoughts on “5 Ciri Suami Yang Lulus Syarat Poligami

  1. saya tak kisah kalau lelaki nak berpoligami
    nak khawin 4 khawin la…
    yg saya kisah kan…
    rukun islam&rukun iman tu, si suami,
    dah betul2 faham ke idak…
    kalau dapat melakukan semua tanggungjawab ke dua2
    rukun tu…
    silakan…

  2. betul tu, perlu lengkapkan semua 5 perkara tu barulah boleh berhajat kalau nak poligami. kalau tak akan berlaku zalim saja kpd bakal2 isteri

  3. Banyak masksud, banyak ilmu dan terima kasih diatas perkongsian, so lelaki yang nak berpoligami sebelum meneruskan niat selidik dulu semua ciri- ciri tu ada ke tak..kalau tanya SA..setuju ke tak bab berpoligami…SA setuju tapi SA tak sanggup..muahahahaha….

  4. sy cukup menyampah kalau ada statement mcm ni, “kenapa nak kawen lg?” “ni kan sunnah nabi.” betul mmg sunnah nabi tapi masalahnya sunnah lain kenapa x ikut? knapa bla nk tmbh cawangan baru nk ikut sunnah nabi?

    • ada sebab musabab suami berpoligami.

      bukan saja-saja nak seronok dan ikut nafsu.

      selain ikut sunnah mungkin sudah suratan jodoh begitu..

      sebab perkahwinan itu sendiri adalah ibadah..

      cara untuk bawa isteri yang solehah dan suami yang soleh ke jannah.

      Selagi iman dan takwa belum cukup rasanya jangan berangan nak berpoligami

Leave a Comment

CommentLuv badge