Dalam kehidupan yang serba pantas dan amat melekakan ini kita akan berhadapan dengan dua perkara. Pertama, untung dan kedua, rugi dalam perspektif berkaitan rezeki.
Untung sebab dapat menikmati rezeki tersebut.
Rugi sebab tidak kesampaian dalam menikmati rezeki yang terhidang.
Inilah lima perkara yang melibatkan rezeki.
1.Hidup sebelum mati
Orang yang sudah mati menyesal kerana semasa hidupnya terbuang peluang dan sia-sia kerana kurang rezeki beribadah.
2.Sihat sebelum sakit
Hanya orang sakit saja tahu betapa nikmatnya rezeki jadi orang sihat. Walaupun sakit itu adalah kafarah dosa dan takdir Allah swt.
3.Muda sebelum tua
Setelah usia tua barulah tahu betapa nikmatnya jadi orang muda. Ketika muda kita lebih kuat, lebih cergas, tampan atau cantik serta jauh lebih bertenaga daripada orang yang sudah berusia.
4.Lapang sebelum sibuk
Pada waktu sibuk, kita akan terkenang betapa nikmatnya mempunyai banyak masa lapang. Ke mana saja tidak terikat dengan apa-apa.
5. Senang sebelum susah
Ketika susah barulah kita tahu betapa nikmatnya hidup senang untuk memiliki apa saja keperluan dan kemampuan yang bersifat duniawi. Cuma ada juga orang yang diuji dengan langsung tidak merasa senang kecuali susah sepanjang hayat.
Kesimpulan
Biarpun kita tahu bahawa masa lalu tidak mampu diganti pada masa kini dan apatah lagi masa akan datang terus menjadi misteri.
Yang terbaik, gunakan peluang yang berbaki untuk terus menikmati rezeki kehidupan dengan ibadah, riadah dan pekerjaaan tanpa leka serta alpa lagi.
Syukur selalu dan jangan mengeluh.
Semoga bermanfaat.
Salam singah..ada SEGMEN di blog saya ya, jika nak uji bakat silakan daftar..saya promot segmen ya
Etuza recently posted…Segmen Gempak Melukis Dan Mewarna Poster Sempena Bulan Kebangsaan 2025 Blog Pesona Etuza.
wsalam…
satu segmen yang menarik
Nanti ada masa boleh juga jenguk2 kan
Sebab itu kadang2 setiap perkara baik tidak perlukan masa utk dilakukan apa jua yang boleh dilakukan dihadapan kita teruskan sahaj dengan amal kebaikan .. sebab kita tak tahu bila lgi kita ada kemampuan utk melaksanakannya ..
Betul tuan…
berbuat baik jangan bertangguh kerana kita tidak pasti sempat lagi jika kita pergi bila-bila masa
Sangat tersentuh baca perkongsian ini. Betul sekali, kadang-kadang kita leka dengan nikmat yang ada sampai lupa untuk menghargainya. Bila hilang baru terasa ruginya. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk syukur dan gunakan masa sebaik mungkin sebelum datang penyesalan. Terima kasih atas peringatan yang bermanfaat ini 🙏✨
sama-sama
nikmat sihatlah yg ramai lupa… walau ada duut bertimbun sekali pun ia tak dapat nak kembalikan kesihatan seperti dulu
Itulah realiti kehidupan
sementara masih sihat bersyukur sebanyak-banyak yang mampu.
Salam singgah. Pola tidur berubah..awal tidur , terbangun jam 2 klik blog ..semoga sentiasa diberikan rezeki melimpah ..amalkan yang baik pesti dirahmatiNya.Aamiinn
wsalam….
jika tidur awal dan bangun awal merupakan tabiat yang hebat
A very inspiring post. Very true. Always be grateful and don’t complain.
Warm greetings from Montreal, Canada 😊 ❤️ 🇨🇦
A very inspiring comment as well! Thank you so much. Yes, gratitude is the key to happiness.
Warm greetings to you too.
teringat pulak lirik lagu raihan….
kan..itu adalah tanda ingatan buat kita semua
Itu la. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Nikmat sihat itu paling mahal. Selagi ada peluang kumpul amalan buat bekalan akhirat, buat je. Jangan tangguh-tangguh.
Bertangguh merupakan satu sikap yang bahaya dan membebankan diri juga tau!
Semua nikmat itu terutama sihat kalau kena tarik sekejap rasa menggelupur.
NA recently posted…Giveaway Mencari Saham Akhirat
betul…nikmat sihat jika hilang maka punahnya apa jua yang kita ada
ya betul bang. nikmat2 yg sekarang ini kita rasakan, banyak2 lah disyukuri. sebab jika terlalu banyak mengeluh, bisa saja Tuhan akan ambil balik semua nikmat tadi. baru nanti menyesal. ada banyak orang2 di luaran, yg pasti ingin bertukar posisi dengan kita, apalagi mereka yg selama hidup selalu susah.
Betul Fanny.
lebih kesian kepada mereka yang belum pernah rasa hidup senang..
susah dari kecil sampai tua
Datang membaca lagi..mengamamati usur merentap jiwa agar ada insaf dan lebih bertaqwa, benar kata MR Hanafi, gunakan sebaiknya kesempatan tersisa untuk beribadah..Sungguh hebat pesanan..InshaAllah semoga kita boleh melakukannya.Aamiin
In shaa Allah.
Moga kita semua ambil iktibar dan manfaat walaupun sikit
betul kata2 sdra napi tu..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna lagi..
abam kie recently posted…Pelajar Universiti Makan Bercatu Akibat Kekurangan Wang Belanja
bukan kata saya betul tetapi bidalan atu pepatah lama kan.. cikgu
“This is such a thoughtful post! It really makes you pause and reflect on the blessings we often take for granted—health, youth, free time, and ease. Truly inspiring reminder to be grateful and make the most of every opportunity. Thank you for sharing!”
Beribadahlah atau belajarlah beribadah/mengaji al-quran semasa sihat kerana saya dah melihat orang sakit yang tak tahu nak buat apa sedangkan ada pesakit lain tak henti berzikir dan membaca quran.
Insaf melihatnya.
Satu perkongsian yang cukup bagus dan boleh kita semua ambil iktibar
Tulisan yang sangat menyentuh hati. Mengingatkan kita betapa rezeki bukan sekadar harta, tetapi juga masa, tenaga, dan kesihatan yang sering kita lalai mensyukurinya.”
terima kasih dan moga ia memberi manfaat buat kita semua
Sangat menyentuh dan penuh pengajaran! Lima perkara ini memang sering kita abaikan sehinggalah semuanya sudah terlambat. Renungan seperti ini sangat penting untuk menyedarkan kita agar lebih menghargai nikmat yang Allah kurniakan — terutamanya kesihatan, masa, dan usia muda. Terima kasih atas peringatan yang bermakna ini. Semoga kita semua dapat manfaatkan sisa masa yang ada dengan lebih bijak dan berkat.
sama-sama