5 Tip Atasi Perkara Remeh

Mrhanafi ada 5 Tip Atasi Perkara Remeh ..Ketika ini mrhanafi cukup sibuk.Ada projek besar yang pernah diwar-war suatu dahulu akan dilaksanakan menjelang tahun 2017.Projek ini akan memberi impak besar kepada kerjaya mrhanafi sebagai blogger profesional dan punca rezeki sebagai bakal seorang  usahawan takaful.

Perkara remeh

Ini bermakna mrhanafi sudah tiada masa untuk melayan perkara remeh seperti kesunyian,kerinduan,kesayuan dan keresahan serta kesedihan yang sifatnya sementara.Apabila sudah ada kemampuan kewangan secara perlahan-lahan perkara remeh tersebut boleh diatasi.Fokus sekarang ialah menaiktaraf sumber kewangan sebagai blogger profesional dan usahawan takaful

Izinkan mrhanafi buat contoh jalan penyelesian kepada perkara remeh tersebut.

1.Kesunyian

Boleh diatasi jika sudah berjaya.Jika belum berteman boleh cari pasangan hidup.Jika dah ada pasangan hidup yang sah maka bawa pergi umrah.Jika pasangan hidup tak sudi dan tak suka bawa pergi umrah maka boleh pergi melancong.Seandainya tak suka juga carilah pasangan hidup yang kedua.Semoga cara ini boleh menghilangkan rasa kesunyian.

2.Kerinduan

Kalau berjauhan pasti akan timbul kerinduan.Oleh itu disarankan pada pasangan yang dah kahwin untuk berada didepan  mata masing-masing.Jika belum kahwin cepat-cepatlah tunaikan hasrat dan hajat tersebut.Jika belum cukup duit atau rezeki belum melimpah ruah apa kata cuba untuk mempelajari rahsia penarik rezeki melalui seminar Hukum Tarikan konsep Islam di http://lynk.my/odQM

3.Kesayuan

Punca sebenar rasa kesayuan ini ada banyak.Hati tidak gembira dan tidak ceria.Pokoknya kepada banyak cabaran hidup.Misalnya duit asyik sahaja tidak mencukupi.Nak beli barang kesukaan pun tidak dapat.Lama-kelamaan hati bertambah sayu dan pilu.Penyelesaiannya mudah iaitu pertingkatkan sumber kewangan diri dan keluarga.Kerja lebih untuk buat bisnes atau apa sahaja pekerjaan halal yang mendatangan kewangan.Dah banyak duit senang nak berlibur untuk melancong atau bersedekah.

4.Keresahan

Keresahan  dapat diselesaikan dengan mudah jika mengetahui puncanya.Sekiranya resah tiada teman hidup maka cari segera.Luaskan pergaulan.Ini tidak bermaksud bergaul bebas.Jangan salah faham pulak dah.Hidup ini memerlukan seorang teman yang sudi untuk sudi berkongsi kegembiraan dan kesedihan.Teman yang terbaik ialah isteri bagi suami atau suami bagi isteri.Lain dari itu mrhanafi tak nak komen lebih-lebih.Sebab tak pasti teman sesama jantina jadi pengubat keresahan.

5.Kesedihan

Hati akan sedih jika kita kehilangan sesuatu.Mungkin juga nak suatu tetapi tak dapat-dapat.Kesedihan begini boleh diatasi dengan mudah jika pandai memujuk hati sendiri.Katakan kepada hati untuk sentiasa bersabar dan bertenang.Usah terburu-buru atau berburuk sangka dengan apa yang berlaku terhadap kita.Setiap kejadian ada hikmahnya yang menjurus kepada kebaikan kita sendiri.Ingatlah kesedihan bersifat sementara.

{sekilas pandang}

Pendek kata perkara remeh akan menjadi sangat serius jika tidak diatasi dengan segera.Atasi perkara remeh dengan tip dan panduan yang mrhanafi nyatakan tersebut.

Sekiranya masih belum berupaya untuk atasinya maka mrhanafi sangat sarankan kepada pembaca untuk segera mengikuti Islamic Law Of Attraction oleh Tuan Ir Ezwan di http://lynk.my/odQM

(Visited 13 times, 1 visits today)

20 thoughts on “5 Tip Atasi Perkara Remeh”

  1. Walaupun remeh tapi bahaya kalau tak di atasi kan

    Semoga mrhanafi akan lebih berjaya dalam kerjaya dan keluarga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge