5 Tips Atasi Bosan Bekerja

5 Tips Atasi Bosan Bekerja…Perasaan bosan bekerja adalah normal.Perkara biasa.Semua pekerja di seluruh dunia ada mengalaminya selagi mereka ada hati perasaan.Ia bergantung kepada cara individu menghadapi dengan cara dan teknik tertentu.

Dalam situasi ini saya juga tidak terkecuali.Perasaan bosan bekerja selalu sahaja datang bertandang.Kadang-kadang sebelum turun kerja.

Malah selepas balik kerja pun ada rasa bosan bekerja.Perasaan begini mesti diatasi segera.Jika tidak, anda dan saya yang senasibnya akan tua,mati dan seterusnya meremput dengan begitu ngeri sekali.( ayat ini cuba abaikan).

bosan bekerja

Berikut adalah tips yang pernah saya buat dan tak akan buat.Jadi pandai-pandai pembaca memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

1.Lakukan solat

Sebagai orang Islam memang sangat beruntung.Ada terapi solat untuk cas energi positif untuk lawan perasaan negatif.Solat Dhuha sangat berkesan untuk menghilang rasa bosan bekerja.

Perlu ingat juga solat Subuh wajib dilaksana sebaik bangun tidur pada waktu subuh.Selepas itu lanjutkan kepada solat wajib yang lain.Jika hati dan perasaan asyik ingat Allah maka secara langsung perasaan bosan bekerja akan hilang seketika.

2.Layan media sosial

Tips ini jangan ikut jika bekerja makan gaji.Kalau bekerja sendiri seperti blogger tak pelah.Layan media sosial akan melekakan minda dan perasaan.

Lebih-lebih lagi jika layan Facebook,Instagram,Youtube dan Whatsapp.Lagi banyak media sosial nak layan maka lagi leka anda semua sehingga bosan bekerja tidak terasa.Betul kan.

3.Berpacaran dengan teman sekerja

Awas kepada lelaki yang beristeri atau wanita yang bersuami.Sila abaikan tips ini kerana ia khas untuk mereka yang belum berpunya.Orang yang berpacaran di tempat kerja akan asyik dengan perasaan berahi dan cinta.

Kehadiran unsur-unsur ‘kimia’ ini akan melenyapkan terus rasa bosan dengan kerja.Kalau boleh bekerja 24 jam pun boleh selagi ada peluang untuk bersama dengan si dia.

4.Cari pekerjaan yang lain

Ingat dunia belum lagi berakhir.Jadi lebih baik cari peluang pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan perasaan.Bekerja macam biasa dan apabila sudah mendapat tawaran kerja yang diingini silalah letak jawatan secara bermaruah.

Jangan pulak cabut lari kerana anda akan mendapat kutukan maut dari majikan dan teman sekerja yang lain.

5.Jana pendapatan online

Pada hari ini penggunaan internet sangat luas.Selagi ada manusia yang menggunakan telefon pintar maka mereka bakal pelanggan anda.Dengan aktiviti online yang  menjana pendapatan sudah pasti melenyapkan perasaan bosan bekerja.Tambahan pula jika pendapatan online sudah stabil maka boleh merancang untuk bersara awal.Lepas itu buatlah perniagaan sendiri yang anda suka.

{sekilas pandang}

Bosan bekerja adalah hasil pergolakan jiwa setelah bekerja dalam bidang yang bukan diminati.Jangan risau kerana anda bukan keseorangan menghadapi sindrom dan fenomena ini.

Jadi langkah paling bijak ialah mencuba Program Terpantas Jana Income Online

(Visited 12 times, 1 visits today)

18 thoughts on “5 Tips Atasi Bosan Bekerja

  1. haha…banyak kali tergelak bila baca artikel ni
    menarik walau berbunyi serius tapi ada unsur humor
    mereput dengan begitu ngeri sangat menakut…haha

Leave a Comment

CommentLuv badge