7 Rahsia Elak Poket Kosong

Poket kosong merupakan perkara biasa untuk golongan marhaen.Mereka lalui kehidupan yang sukar kerana pendapatan tidak cukup, ala kadar atau langsung tiada.Mungkin ada yang berniaga, bekerja sendiri maupun makan gaji.

Jika rasa tidak selesa dengan keadaan poket kosong maka wajar membaca artikel ini sampai habis.Setelah itu cuba amalkan mana yang patut atau yang sesuai dengan kemampuan.

Rahsia ini saya perolehi dari buku The Richest Man In Babylon.Ulasan buku tersebut ada saya tulis dalam blog Obses Buku.

Saya teruskan kepada perkongsian rahsia untuk elak poket kosong.Ada bahagian yang saya ubahsuai.Selebihnya saya ulas dan kupas dengan gaya bahasa sendiri.Orang kata goreng sahaja ikut acuan tempatan.

Poket kosong

Rahsia pertama : Kumpul duit

Mudah saja kalau sudah ada duit.Misalnya dapat RM100 maka sisihkan RM10.

WAJIB BACA :   Amalan sebelum tidur yang sebaik-baiknya untuk diamalkan

Duit RM10 boleh dikumpul sama ada setiap bulan bagi pekerja makan gaji.

Kumpul setiap hari bagi mereka ada pendapatan harian.

Pokoknya jangan dihabiskan.Simpan biarpun sedikit.Kumpulkan biar perlahan-lahan.Lama-kelamaan jadi banyak.

Hasil simpanan ini nanti boleh atasi poket kosong jika keadaan terlalu mendesak

Rahsia kedua : Kawal belanja

Bahagian ini amat mencabar.Saya akui seronok sangat berbelanja.Rasa ‘heaven’.

Yang menjadi kesulitan apabila berbelanja mengikut nafsu.Membeli menurut kehendak dan melupakan keperluan.

Penyelesaiannya kawal belanja.Elak menjadi rambang mata dan membeli hanya kepada keperluan.

Jika tidak, poket akan kosong tak sampai hujung bulan.

Rahsia ketiga : Gandakan pelaburan

Duit yang telah kita simpan boleh dibuat pelaburan.Buat permulaan cukup sahaja di ASB.

Bila sudah banyak duit pilih pelaburan dalam bentuk emas, hartanah dan saham.

Namun perlu ingat.Jangan sesekali terleka kerana salah pelaburan akan menghilangkan duit dalam sekelip mata sahaja.

WAJIB BACA :   Pengalaman Sebenar Lelaki Jadi Pengasuh Bayi

Kesannya lebih dahsyat dari poket kosong.

Rahsia keempat : Lindungi pelaburan

Biasa tak dengan pepatah jangan letak semua telur dalam satu raga.Pepatah ini sinonim dengan cara kita untuk melindungi pelaburan.

Setiap pelaburan ada risikonya.Jangan tamak apabila mendengar khabar pulangan yang tidak masuk akal.

Ada kemungkinan penipuan.Lebih baik berhati-hati terutama mereka yang punyai pelaburan yang ratusan ribu.

Sebagai jaminan masa depan,duit yang ada perlu diperuntukkan untuk takaful, hibah dan wasiat.Buat awal-awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika berlaku, duit simpanan dan pelaburan tidak perlu diganggu kerana risiko tersebut ditambung oleh takaful atau hibah.

Rahsia kelima : Aset rumah

Rumah boleh jadi aset.Boleh juga jadi liabiliti.Cara terbaik jadikan rumah sebagai aset yang menguntungkan.

Rumah boleh dibeli dan kemudian dijual semula.Ataupun dijadikan rumah sewa.

Jika tidakpun boleh dijadikan homestay sahaja.Semuanya terpulang kepada pemilik rumah itu sendiri.

Tujuannya boleh menambah pendapatan dalam usaha mengelak poket kosong

WAJIB BACA :   Hadiah menarik menanti anda semua

Rahsia keenam : Tabung kecemasan

Cara ini boleh diulas panjang.Bagaimanapun saya ringkaskan begini.

Keadaan masa depan tidak dapat dijangka dengan tepat.Kita cuma merancang yang terbaik dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.Persediaan yang cukup akan memberi peace of mind.

Sediakan minimum empat bulan duit untuk kos sara hidup.Jangan diganggu duit ini melainkan dalam kecemasan.Terpakai sahaja wajib diganti walaupun itu duit sendiri.

Rahsia ketujuh : Gandakan pendapatan

Tidak boleh tidak mesti dilakukan.Jika tidak poket kosong yang kita alami boleh berterusan tanpa perubahan.

Banyak cara dan kaedah untuk gandakan pendapatan.Antaranya kerja sampingan, kerja lebih masa,bisnes sambilan dan sebagainya.

Berjaya melakukannya maka dilema poket kosong akan berakhir.

Kejayaan menggandakan pendapatan akan mengubah hidup kita jauh lebih baik.

Cuba amalkan tabiat sedekah dan sedekah waktu Subuh.

Di sini letakkan pintu rezeki agar pendapatan akan terus naik dan terus naik.

Kayo la kito hehehehe

Penutup

Apa yang saya kongsikan ini ada yang mudah dan sudah semestinya ada juga yang sukar untuk mengatasi poket kosong.Hanya diri anda yang menentukannya.Jangan biarkan poket kosong sama dengan otak kosong.

Semoga bermanfaat dan jangan segan-segan untuk buat perkongsian.

Salam hormat dan jumpa lagi.

Comments 10

Leave a Reply to at-tarmizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge