Saya terjumpa cara kempiskan perut buncit untuk wanita dalam saluran Youtube Theyaman Informasi tersebut cukup menarik dan amat praktikal untuk kita cuba.
Bukan sahaja untuk kaum wanita malah sesuai juga untuk kaum pria.
Saya faham, sebagai lelaki tidak kisah pun kalau perut buncit.
Yang penting poket atau dompet jangan kempis.
Kalau dompet kempis memang sukar untuk menjalani kehidupan ini dengan sempurna.
Kalau perut kempis, itu yang terbaik waima lelaki mahupun wanita.
Untuk lelaki perut sixpack manakala untuk wanita perut rata.
Ayuh tanpa berbasa-basi kita terus sahaja ke cara kempiskan perut buncit untuk wanita.
Cara kempiskan perut buncit untuk wanita
1.Pengambilan protein yang mencukupi
Menurut akak dalam video tersebut, kadar protein mesti 10 kali ganda sama dengan 1kg berat kita dalam unit gram.
Sebagai contoh, kalau berat 60kg maka protein yang diperlukan ialah 60g.
Sumber protein boleh saja dari daging, ayam, telur dan beberapa sumber nabati yang lain.
2.Ambik lemak baik
Lemak baik boleh menghapuskan lemak jahat dalam badan kita.
Lemak baik boleh diperolehi dari kekacang, minyak zaitun dan Omega 3.
3.Tingkatkan pengambilan fiber
Fiber menggalakan kehadiran bakteria baik untuk menambah baik proses penghadaman.
Sumber fiber yang alami dan murah cukup banyak di sekeliling kita.
Contohnya ulam-ulaman dan buah-buahan.
4.Hentikan pengambilan minuman manis
Jika ingin mengempis perut, banyakkan minum air kosong berbanding air manis dan air yang sewaktunya.
5.Hentikan makanan manis
Makanan manis banyak mengandungi gula yang tinggi kalori.
6.Hentikan makanan proses
Antaranya sosej, nugget, mee segera dan sebagainya.
7.Hentikan makanan bergoreng
Usahakan untuk mencari makanan yang direbus atau dipanggang kerana makanan yang bergoreng mempunyai kalori yang tinggi.
8.Hentikan makan yang berasas tepung.
Sukar dinafikan kerana makanan masyarakat kita memang banyak guna tepung seperti biskut, kek, kuih muih dan sebagainya.
Kesimpulan
Saya akui memang sukar untuk mengelakkan makanan yang dinyatakan di atas.
Namun sebagai langkah penyelesaian, boleh kurangkan sedikit demi sedikit daripada hentikan terus.
Lama-lama apabila sudah biasa, kita akan teruskan membudayakan makanan sihat tanpa rasa keberatan atau keterpaksaan.
Jom berazam unutk kempiskan perut demi kesihatan optimum dan penampilan awesome.
Pilihan di tangan sendiri.
stress sgt kalau perut buncit.. bila dah pregnant n bersalin ni.. perut cepat betul menggeleber.. makan terbyk sikit terus nmpk pd perut..
apapun…kalau sudah jadi ibu boleh dimaafkan kalau perut kurang cantik sebagaimana orang yg masik dara hehehe
sedang dlm proses hehehe
marilah kita berusaha ke arah tersebut
setuju!! zaty pun sekarang tengah usaha untuk kurangkan pengambilan makanan and minuman yang bergula sebab semua tu penjana lemak dalam badan bahahaha XD thank u for this sharingggg!!
makanan atau minuman kurangkan gula dan lebihkan protien supaya dapat bentuk badan yang ideal
beberapa jenis masih saya konsumsi, susah hentikan makanan gorengan,tapi memang gak banyak, tapi mengingat umur,memang harus mulai kurangi yang buruk “.
.Lebih kurang mulai sekarang…
mudahan dapat terus sihat hingga ke akhir usia
kurangi minuman manis sih bener sih
gula boleh diganti dengan stevia
saya sudah tukar gula kepada madu
Tips yang bagus namun sukat dilakukan kerana kita hidup bermasyarakat.
itulah bro..
memang sukar dan mencabar
kalau tak dapat buang kasi kurang pun ok juga
Penyumbang utama buncit wanita ialah pengambilan gula dan makanan manis. Kalau stop gula, perut akan kempis. Tapi kadang2 hormon pun memainkan peranan juak, lagi2 bila dah dekat2 bendera jepun mesti perut nampak buncit.
sistem dalam badan memang begitu
bagi lelaki…hormon testostrone kurang maka perut akan naik seperti bukit
pergi slimming center je cpt sket🤣🤣🤣🤣 tu pn kalau ‘bapak manis’ nak sponsor
slimming centre boleh tahan juga kosnya
untung kalau ada bapak manis yang boleh sponsor hehehe
tak dapat bapak manis, jadi je laa adik manissss walaupun perut buncit haahahahaha
hahahaha…pun boleh juga
Moga kuat semangat ni nak kempiskan perut.
ya…mudahan begitulag buat kita semua
Nak henti itu ini hurmmm susah sebenarnya hahahah… tapi kalau genetik keturunan semua buncit2 mcm mana eh hahahaa..
Kalau genetik memang sukar tetapi boleh cuba
tak cuba maka tak tahu la resulnya nanti
Yang sulit itu berhenti minuman manis ya. Apalagi air kemasan murah dan enak nian, padahal kandungan gulanya banyak
Sebab rasa manis itulah ramai yang suka dan merana dibuatnya
makan lebih banyak protein memang LBH bagus. apalagi itu bisa meningkat kan massa otot, dan buat kenyang lebih lama. jadi tak banyak snacking .
saya sendiri masih rutin lakukan sit up 50x tiap hari, squad 50x tiap hari.
itu juga bagus buat perut.
kalo tak bisa buat sekaligus, coba perlahan saja. misal pagi 15x, lalu siang 15 x, malam 20x. lama2 terbiasa 😊. perut pun jadi kencang
terima kasih Fanny bagi tips yang cukup baik punya..
itu memabg terbukti dan tak ramai yang sanggup nak buatkan
apalagi kalau konsiten setiap hari