8 tanda jodoh dah dekat, bersedialah untuk melaluinya

Artikel tentang tanda jodoh ini cocok dibaca oleh mereka masih bujang atau belum lagi berpunya. Mereka yang sudah berkeluarga boleh juga membaca tetapi sekadar untuk informasi semata-mata.

Bukan untuk dihayati atau dipercayai hehehe.

Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah. Tiada sesiapa yang boleh mengetahui dengan tepat selagi mana ia belum lagi berlaku.

Antara kedatangan ajal dengan jodoh, saya percaya ramai yang teruja untuk tahu jodoh berbanding ajal itu sendiri

Sebelum itu perlu ingat. Ajal itu pasti apabila tiba masanya. Jodoh tiada jaminan sama ada kekal, separuh jalan atau tiada di dunia ini.

Di akhirat juga tidak pasti dapat jumpa jodoh di syurga atau sebaliknya. Hanya fikir yang baik-baik kerana Allah bertindak atas apa yang kita sangkakan.

WAJIB BACA :   Shopee Express review : Lambat ke laju ?

Mungkin kita bersama si dia atau orang lain. Itulah dahsyatnya penangan jodoh pada kehidupan manusia.

Baiklah saya suka untuk berkongsikan lapan tanda jodoh sudah dekat dengan kita. Ilmu ini saya perolehi dari pakar spritual di Youtube.

Peringatan, jangan percaya bulat-bulat tanpa disertai maklumat sokongan yang lain atau bertanya sendiri dengan mereka yang lebih arif.

Jom kita lihat tanda-tanda berikut. Mana tahu ada betulnya.

Tanda jodoh

Tanda jodoh

1.Selalu mimpi indah

Setiap malam ada sahaja mimpi yang best-best. Habis sahaja mimpi, kita akan senyum keseorangan. Hati pula berbunga-bunga seolah-olah dalam hati ada taman.

WAJIB BACA :   6 tips kurus yang mudah lagi senang
tanda jodoh
Tolong jangan tidur menirap

2.Semangat perbaiki diri

Kita akan ada semangat untuk perbaiki diri dalam semua perkara yang diingini. Semangat itu lain macam. Lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

3.Jelas tujuan hidup

Seseorang itu sudah nampak tujuan hidupnya. Ingin berkeluarga, ada teman hidup dan memikirkan tangggungjawab dengan lebih serius. Tidak lagi untuk sekadar berfoya-foya atau tiada menghabiskan usia.

Wajar inilah tanda jodoh semakin mendekat.

4.Melihat banyak tanda cinta

Tanda jodoh

Mula perasan dikelilingi oleh mereka yang sudah berkeluarga. Pergi sahaja ke mana-mana. Pasti ketemu orang yang berpasangan.

5.Sudah jumpa ciri-ciri pasangan idaman

Wah, Ini menarik sebenarnya. Ciri-ciri bakal isteri atau suami sudah ada depan mata.

Menunggu masa sahaja untuk dimulai, dikenali dan diyakini. Kalau dah ada tanda jodoh teruskan sahaja.

WAJIB BACA :   Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?

6.Fleksibel dengan peluang baharu

Ada sahaja peluang untuk bisnes, naik pangkat dan apa sahaja. KIta tidak menolak. KIta ambil peluang tersebut untuk menambah rezeki dan pengalaman hidup

7.Energi tubuh semakin meningkat

tanda jodoh

Tenaga atau energi badan semakin kuat. Tidak tahu dari mana datangnya tenaga tersebut. Yang pasti tenaga ini amat berguna semasa dalam perkahwinan nanti.

8.Sudah move on dari kisah lalu

Tiada manusia yang lepas daripada permasalahan hidup. Mungkin pernah kecewa dengan kekasih hati yang terdahulu. Namun pada masa jodoh semakin mendekat mereka sudah boleh move on. Tidak lagi berduka lara dan berendam air mata.

Kata mereka. Yang lepas biarlah berlalu.

Penutup

Demikian lapan tanda jodoh semakin mendekat. Percaya atau tidak terpulang. Saya sendiri juga ada mengalami beberapa tanda tersebut sejak dari dulu lagi.

Semoga bermanfaat dan jika sudah naik pelamin jangan lupa doakan untuk saya juga untuk sama mengakhiri zaman solo ini.

p/s : Kini saya sudah menemui jodoh…alhamdulillah

  • Kemas kini 17/5/22
  • kemas kini 14/6/23

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge