9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 4)

Mata saya merenung lama skrin komputer. Langsung tidak ada idea untuk menyiapkan artikel hari ini.

Cukup terkesan juga keadaan begini.

Ini lumrah. Kadang-kadang sahaja. Selalunya lancar bagaikan air sungai.

Idea oh idea.

Sesiapa yang terlibat dengan dunia penulisan blog memang tahulah macam mana situasi begini.

Penglibatan saya dalam dunia penulisan blog memang agak lama juga.

Sekitar tahun 2009 lagi. Saya tidak begitu aktif sehinggalah tahun 2013.

Pada tahun tersebut baharulah saya aktif menulis blog sehingga ke hari ini.

Aktif menulis belum bermakna berjaya mencipta kejayaan besar.

Tahun 2021 ini, saya berazam untuk berjaya sebagai blogger terbaik Sarawak.

WAJIB BACA :   Kes Studi 2 : Mencari Niche Blog

Impian ini sudah tertulis dalam 9 impian peribadi 2021 atau LUA Dreamboard

Terbaik dari segi apa tu ?

Saya tidak mengharapkan anugerah yang berprestij.

Saya cuma mahu menulis perkara yang bermanfaat, memberi inspirasi dan menghiburkan pembaca.

Kata tuan sifu penulis terkenal Sarawak,

“Menjadi penulis wajib banyak membaca dan banyak menulis. Itu sahaja formulanya.”

Membaca buku berkualiti, novel terbaik dan artikel berautoriti di media cetak atau elektronik.

Tiada jalan singkat. Tiada cara mudah dan tiada istilah untuk merasa jemu untuk terus membaca.

Sama juga dengan kemahiran menulis. Teruskan menulis sekerap yang boleh dan istiqamah melakukannya setiap hari.

Kemahiran menulis semakin baik jika dilatih, diasah dan perbaiki.

WAJIB BACA :   Cuti Gantian 4 Hari Layan Facebook

Saya melihat inilah cara saya untuk berjaya mencapai impian tersebut.

Doakan saya untuk berjaya mencapai impian sebagai mana impian yang telah saya kongsikan sebelum ini.

Aamiin ya Rabbil Alamin.

Comments 2

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge