9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 5)

Hujan lebat macam manapun saya tetap turun kerja hari ini. Demi amanah dan khidmat untuk rakyat.

Eh! macam YB la pulak.

Dari jendela pejabat saya perhatikan ke luar. Kelihatan beberapa motosikal menjalar di jalan raya.

Meredah hujan dengan kesejukan. Mereka tentu kebasahan.

Bersyukur orang yang ada kereta. Mereka sejuk juga tetapi kesejukan kerana penghawa dingin. Malah duduk dengan selesa sambil-sambil mendengar lagu lagi tu.

Nikmat sungguh ada kereta. Selain selesa untuk dipandu, ia juga selamat ketika cuaca yang tidak menentu kini.

Kereta juga termasuk dalam 9 impian peribadi 2021 untuk saya. Bukan kereta besar. Bukan juga kereta mahal. Cukuplah sekadar kereta kecil yang selesa.

WAJIB BACA :   Ketahui 5 punca buah pinggang rosak…yang terakhir paling bahaya !

Kereta tersebut ialah Perodua Axia yang ada spekfikasi berikut:

Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
Transmisi: Manual lima-kelajuan
Penggunaan minyak: 22.5 km/l
Rim: Keluli 14-inci
Harga (RM24,090 dan ke atas)
Warna putih

Saya akan mendapatkan kereta tersebut dengan tunai.

Ia memang mengujakan kerana saya belum pernah berbuat demikian sebelum ini. Bayangkan saya buat tanpa perlu pinjaman atau hutang dengan pihak bank. Jadi hak milik dengan pegang sendiri kad hijau atau Green Card.

Saya sudah merasakan betapa seronoknya bila dipandu berhati-hati di jalan bandar dan perlahan-lahan di jalan kampung.

Fuh !Nikmat sungguh.

Malah saya memandu dengan ditemani seorang. Ada orang di sebelah. Dia belahan jiwa permata hati. Siapa dia kita tunggu dan lihat. hehehe

WAJIB BACA :   Menukar Yoast SEO dari All In One SEO Pack

Cukuplah dulu perkongsian impian saya kali ini. Ada empat lagi impian peribadi akan saya dedahkan selepas ini.

Tiada tujuan lain selain untuk minta didoakan oleh para pembaca tentang impian saya ini.

Doa itu percuma dan doa itu juga membawa kebaikan kepada orang yang berdoa.

Sama-sama kita berdoa.

Sekian…Jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge