9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 6)

Saya bersembang dengan seseorang lepas balik solat Jumaat.

Katanya, hospital amat perlukan khidmat pakar dalam perubatan. Golongan pakar ini tidak ramai. Sebab untuk menjadi pakar memerlukan masa, komitmen dan pengorbanan yang besar dalam bidang tersebut.

Itu kisah pakar perubatan.

Pernah saya terbaca satu teori. Untuk menjadi pakar sesuatu bidang perlu fokus minimum satu jam selama tiga tahun. Dari itu dapat kita lihat bagaimana sukar dan mencabar untuk menjadi pakar.

Salah satu impian saya untuk jadi pakar seo Malaysia pada tahun 2021. Mungkin ramai para blogger baik secara sedar atau tidak sedar menyimpan impian sama seperti saya.

WAJIB BACA :   Kes Studi : Artikel blog Yang Orang Tak Suka Baca.

Kalau sama, apa kita belajar bersama-sama. Saling menyokong antara satu sama lain.

Atas sebab itulah dalam 9 impian peribadi 2021 saya telah meletak impian sebagai pakar SEO Malaysia.

Sepintas lalu macam cakap besar. Namun dari segi matlamat murni apa salahnya untuk menjadi pakar dalam bidang ini.

Manalah tahu dengan kepakaran tersebut boleh membantu ramai blogger, peniaga online dan sesiapa sahaja berjaya dalam dunia maya.

Fungsi SEO untuk memastikan artikel dalam laman web, portal dan blog boleh berada di tempat teratas enjin carian seperti Google, Yahoo atau Bing.

SEO merupakan kaedah pemasaran alternatif di enjin carian.

Dengan pemilihan kata kunci pilihan ramai, konten yang bermanfaat dan setting offpage dan onpage, SEO bukan sesuatu yang sukar untuk diaplikasikan.

WAJIB BACA :   Kerja Sambilan Di Rumah

Biarpun secara pukul rata, kita masih bergantung dengan media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Telegram sebagai wacana pemasaran.
Malah ramai yang sanggup menggunakan Adword dan FBad untuk membantu strategi pemasaran masing-masing.

SEO adalah pemasaran alternatif dan sifatnya jangka panjang.

Jadi tolong doakan saya untuk berjaya sebagai pakar SEO Malaysia pada tahun ini.

Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge