Ada Apa Dengan 1 Jun ?

Tarikh 1 Jun amat penting buat admin.Malah tidak dinafikan tarikh tersebut cukup penting juga untuk komuniti Dayak.Mereka menyambut Hari Gawai Dayak hari ini.Selain itu admin juga mengganggap 1 Jun sinonim dengan enam perkara yang sudah berlaku dan sedang berlaku pada tarikh tersebut.

1.Hari Gawai Dayak

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut meriah setiap 1 Jun di Sarawak.Komuniti Dayak yang terdiri dari Dayak Laut dan Dayak Darat akan berpesta pada Hari Gawai Dayak.Cuti umum untuk negeri Sarawak.

Sebelum ini admin ada menulis satu artikel bertajuk Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya.

2.Hari Pernikahan Admin

Pada 1 Jun juga tarikh pernikahan admin dengan insan bernama Puan H.Kini sudah menjangkau usia 16 tahun usia pernikahan kami pada tahun 2018.Bagaimanapun ikatan pernikahan tersebut bakal dileraikan tidak lama lagi jika tiada aral melintang.

WAJIB BACA :   Layan Video Youtube Terbaru Adele

Berat sungguh hati ini namun admin perlu redha bahawa itulah ketentuan jodoh kami yang tidak mampu diteruskan hingga ke Jannah.

Dua tahun lepas  admin ada menulis artikel bertajuk Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun

3.Hari Menukar Theme

Kiri Theme lama VS Kanan Theme baharu

Sebenarnya admin sengnaja untuk memilih hari ini untuk menukar theme yang baharu.Theme yang lama sudah kurang seronok.Jadi apa kata kita menukar Theme yang baharu pula.Kebetulan kerajaan sudah bertukar baharu.Teringin juga nak merasai Theme yang baharu.

Pada bulan yang lepas, sebetulnya pada 1 Mei 2018 admin menukar Plug in SEO yang baharu.Nak tahu boleh sahaja baca Percubaan Guna Plugin SmartCrawl SEO

4.Hari Pelancaran Page

Admin ada banyak page Facebook.Ada page yang ramai follower dan tiada follower pun ada.Sempena bulan baharu admin ada melancarkan page yang baharu.Dengan keberkatan bulan Ramadan yang sangat mulia ini admin berharap agar page ini memberi manfaat kepada follower kemudian hari.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapat pelan rumah percuma ?

Buat pengetahuan semua admin lancarkan secara rasmi Page Netizen Kinektok pada 1 Jun 2018.Jom kita ramai-ramai sedekah Like.

5.Hari kelima bercuti

Ketika 1 Jun 2018 admin sudah lima hari berada di kampung untuk bercuti raya.Percutian admin dijangka selama sebulan.Perkara ini amat menyeronokkan kerana admin berada dekat dengan emak di kampung.Memang suasana kampung sendiri terbaik biarpun hati dan perasaan masih bersisa di bandar.

Cerita perjalanan admin ke kampung ada dalam artikel yang bertajuk Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah

6.Hari Sifar GST

Pada hari ini juga rakyat Malaysia bergembira dan bertepuk tangan kerana kerajaan baharu menguatkuasakan sifar GST.Sejak 1 April 2015 rakyat negara ini terkena GST yang tidak disukai sebanyak 6 peratus ke atas banyak barangan keperluan.Pelaksanaan GST dikatakan memberi kesan kenaikan barangan dan kos hidup.Rakyat berpendapatan kecil dan sederhana terhimpit dengan situasi tersebut.

WAJIB BACA :   Betul ke lelaki ini pernah jadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak ?

Pada tahun 2015 admin ada menulis rasa tidak puas hati akibat GST dikenakan pada reload kredit telefon.Artikel tersebut admin tulis dalam Peritnya GST Untuk Reload Telefon

Penutup

Dengan kesempatan ini admin mengucapkan selamat bercuti kepada warga Sarawak.Malah sekali lagi admin mengucapkan selamat Hari Gawai kepada rakan-rakan dari komuniti Dayak.

Akhir kata, permintaan seikhlas hati dari admin untuk memohon pembaca untuk sudi like page Netizen Kinektok

Terima kasih.

Comments 23

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge