ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) adalah hadiah yang mengujakan buat rakyat Malaysia.Hadiah untuk bayi yang  lahir  dari 1 Januari 2018 sehingga  31 Disember 2022.Jumlahnya adalah RM200 sebagai Dana Tabungan Permulaan.

Paling menarik ADAM50 terbuka untuk semua kaum di Malaysia.Yang penting warganegara.Bukan warganegara admin tak tahulah nak cakap apa.

Simpanan  bermula dengan RM200 ini adalah satu inisiatif kerajaan kepada ibubapa agar mengamalkan budaya menyimpan duit seawal usia baru lahir sehingga tempoh matang 18 tahun.

Orang bumiputera boleh mula menambah tabungan ADAM50 dalam ASB manakala bukan bumiputera pula dalam AS 1Malaysia.

Jumlah tabungan maksima  untuk para peserta ADAM50 adalah :

WAJIB BACA :   Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu [ edisi kemas kini ]

1.ASB = RM200 ribu

2.AS 1Malaysia = RM50 ribu

ADAM50 memang terbaik

Dalam artikel ini admin ingin berkongsi pandangan mengapa setiap ibubapa rakyat di Malaysia perlu ada tabiat menabung atau menyimpan duit.

Duit adalah keperluan masa kini dan masa akan datang.Nilai duit berubah-berubah akibat faktor inflasi dan sebab -sebab ekonomi.

Keadaan ini  bukan menjadi alasan untuk kita berbelanja sesuka hati pendapatan sehingga tiada langsung simpanan dalam bank atau unit amanah ataupun saham amanah.

Dengan pemberian kerajaan sebanyak RM200 kepada anak yang baru lahir akan memberi rangsangan kepada ibubapa untuk menambah tabungan ADAM50 setiap bulan atau tahunan.

Ibubapa yang mampu boleh terus menyimpan sehingga RM200 ribu dalam ASB manakala untuk AS 1Malaysia sehingga RM50 ribu.

WAJIB BACA :   Artikel menarik dan bermanfaat, ini tip paling sempoi atasi rasa malas menulis

Persoalannya kini ada ramai lagi yang kurang mampu untuk melabur dalam jumlah yang banyak.Cara terbaik menambungkan secara beransur-ansur sehingga 18 tahun umur anak kita.

Hasil tabungan itu nanti dapatkan meringankan beban ibubapa sekiranya anak-anak mula memasuki pusat pengajian tinggi.

Duit simpanan ini boleh dikeluarkan tanpa perlu kita meminjam bank atau PTPTN untuk membiayai kos pengajian anak-anak.

Dari sudut lain pula akan membentuk tabiat bijak mengurus wang  para penjaga kepada para peserta ADAM50.Pelaburan secara berdisiplin akan memaksa penjaga untuk berhati-hati dalam membelanjakan wang tanpa menuruti hawa nafsu.

Mereka cuma berbelanja mengikut keperluan dan bukan menghabis pendapatan mengikut kehendak.

Kesimpulan

Pembaca yang layak boleh merujuk cara-cara memohon ADAM50 melalui Semakan Online 

WAJIB BACA :   Terasa Nikmatnya Sihat Ketika Sakit

Comments 26

Leave a Reply to Elih Japahar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge