Penglipur Raya Aidilfitri 2019 Yang Mengusik Jiwa

Hari Raya Aidilfitri 2019  saya raikan bersama-sama anak-anak sahaja.Syukur alhamdulilah saya diberi kesempatan walaupun tidak sampai separuh hari beraya bersama mereka.Ia pun kira lebih baik berbanding Hari Raya Aidilfitri 2018 yang lepas.

Atas sebab yang tidak mampu dielakkan, kami empat beranak beraya dengan bersalaman dan kemudian pemberian duit raya sebagai acara yang penuh simbolik.Sejujurnya saya tidak mampu menahan sebak pada pagi tersebut.

Suasana gembira dan sedih di pagi raya memang terasa.Gembira kerana bersama mereka.Sedih kerana tidak sempat beraya lebih lama.Namun saat-saat demikian sempat dirakam untuk kenangan pada masa yang akan datang.

Buat rakan pembaca semua, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 Maaf zahir dan batin.Tersalah bahasa dan terkhilaf tutur bicara saya memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.

WAJIB BACA :   Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang
Sebelum solat..posing la dulu sambil bertandimg rambut siapa paling lawak hahahaha
Masa makan wajib bergembira kerana rezeki pagi raya ada keberkatannya
Yang bongsu tidak mampu menahan sebak.Entah di mana silapnya kerana usia begini masih sukar untuk menerima hakikat kehidupan.
Anak kedua beremosi la pulak.Biasalah perempuan dan airmata tidak dapat dipisahkan.Bersabar ye kerana ujian itu nikmat kepada kehidupan.
Kasih seorang ayah kepada anak  sulung.Dia hero dan teman ayahnya ke masjid dari kecil hinggalah remaja..terima kasih ya nak.
Menunggu anak-anak bersiap dengan hati penuh keriangan..Tiada apa yang difikirkan selain berusaha mencipta kejayaan yang luarbiasa.

Comments 19

Leave a Reply to jalan dan makan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge