Kisah pelanggan air tak bayar ?

Kisah pelanggan air tak bayar adalah peristiwa ‘lucu bin sayu’ dalam hidup saya sebagai ahli perniagaan  setakat ini.

Kisah bermula di sini…

Sekitar jam 09.15 pagi, bos keluar dari pejabat. Katanya untuk ke bank atas urusan tentu.

Kebetulan pula saya ada masa lapang. Kerja siap lebih awal.

Tanpa melengahkan masa, saya pun berkata kepada rakan sekerja,

“Saya nak ke bank dan minum kejap.”

Sebenarnya, saya acah-acah saja. Bukan urusan saya untuk ke bank pada waktu tersebut. Tanpa dirancang dan diduga, lain pula jadinya.

Sebaik sahaja saya keluar dari pejabat, saya terkejut kerana bos masih dalam kereta dan belum lagi ke mana-mana. Bos buka cermin kereta.

“ Hanafi, nak ke mana tu ? ”, sapaan bos dengan senyuman.

“ Ohh…saya nak minum kat kedai ”, jawab saya spontan berbaur kaget.

“ Kalau macam tu, jom ikut saya ”

Kata-kata bos seperti arahan bersulam jemputan. Saya hanya mengangguk tanda setuju tanpa banyak bicara.

Beberapa minit kemudian kami sampai ke tempat di tuju.

“ Hanafi, duduklah di kedai dulu. Minum apa yang patut,” bos bagi idea bernas.

Sementara bos menyelesaikan urusan di bank, saya order air . Saya tidak order makanan kerana saya nak makan bersama bos setelah selesai urusan banknya.

Tidak lama selepas itu, bos datang dan kami duduk di kedai untuk menikmati mi kolok pada pagi tersebut.

air tak bayar

Untuk dijadikan cerita, seusai makan dan minum saya ke kaunter pembayaran. Juruwang pulak sibuk bersembang dengan peniaga gerai nun jauh di hujung kedai.

Jadi urusan pembayaran dilakukan oleh pekerja yang tengah bancuh air. Harga air yang kami minum sekitar RM4.30. Apa yang silapnya saya tidak diberi resit sebagai bukti pembayaran.

Bos  masih sibuk dengan urusannya dan masih duduk di meja tadi. Saya kembali duduk di situ dan membelai telefon dengan kasih sayang.

Telefon adalah alat pemasaran yang sangat bernilai kepada perniagaan online saya.

Apakah bisnes terbaik masa kini ?

Tak sampai lima minit, kami segera beredar.

Tiba-tiba juruwang yang duduk tidak jauh dari meja kami terus menyergah.

“ Air tak bayar! “

Nasib baik tiada pelanggan yang ramai. Kalau tidak malu juga, seolah-olah kami seperti pencuri.

Saya terus menjawab ,

“ Dah bayar la”… sambil saya menoleh ke arah pembuat air berbaju oren.

Ketika itu, si pembuat air pulak tiada di situ sebagai bukti dan saksi.

Tanpa melayan kerenah dia, kami terus beredar dengan rasa aneh dan lucu.

Kami tahu –‘pelanggan adalah raja atau pelanggan selalu betul’

Kalau betul mereka tak puas hati, boleh semak di CCTV bahawa saya memang ada buat bayaran atas dakwaan ‘ air tak bayar’

Inilah mesej dari kisah ini…

air tak bayar

Kalau nak tegur pelanggan jangan disergah. Pelanggan tak puas hati, confirm tak mau datang lagi.

Sebaik-baiknya bagilah resit kepada pelanggan walaupun bayaran hanya 5 sen.

Kami sebagai pelanggan, memang rasa malu dan segan untuk datang lagi. Walaupun kesalahan seperti kecil tetapi ia memberi kesan emosi yang kurang elok.

Memang lumrah manusia pernah buat silap dan belajar untuk tidak mengulangi lagi.

Atas sebab demikian saya maafkan pekerja tersebut bahkan  saya mohon maaf kerana mengundang tindakan salah faham yang tidak sepatutnya.

Saya juga berharap menukar cara yang lebih baik agar kes air tak bayar tidak berulang lagi seperti sistem ‘Cash On Deliver’ iaitu COD.

Setakat ini sistem netcommerce dalam Volten International jauh lebih baik dari yang ada dalam dunia perniagaan online.

Netcommerce: Model bisnes terbaik masa kini

Akhir kata, teruskan pula baca kisah ini ——-> Beli jajan kayangan.

16 thoughts on “Kisah pelanggan air tak bayar ?”

Leave a comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: