Ais Batu Campur Spesial Penyejuk Hati

Baru baru ini plan mahu jumpa anak.Tak kesampaian.Akibatnya hati gundah gulana.Tidak tenteram buat seketika.Bayangkan sudah lama tak jumpa anak kesayangan.

Ayah mana yang tak rindu dengan anaknya?

Memandangkan malas nak layan perasaan, admin cuba pekena ais batu campur spesial.

Rasanya memang enak dan menyegarkan.Ada laici kang,hirisan lemon,cendol dan kacang merah.Disirami dengan sirap ros atas ais.Siapa yang tak tergoda tu memang tak ada perasaan la jawapnya.

Cewah!

Memang padu wei..

Kebetulan cuaca panas.Hati pun panas.Ditambah pula hajat tidak kesampaian.

Alhamdulillah kepanasan reda setelah menikmati ais batu campur spesial.

Kini hati pun sudah sejuk.

Ketika merenung tajam ais batu campur ini mengelamun seketika.

WAJIB BACA :   Makanan penguat tenaga batin lelaki [ Edisi kemas kini ]

“Alangkah sempurnanya hidangan ini jika dinikmati bersama isteri syantik.”

Dia tersenyum manja dan kami bertentang mata.Dalam hati admin berkata “Alhamdulillah, betapa bersyukurnya kepada Allah kerana dianugerahkan jodoh solehah sebagai peneman ke Jannah”.

Lamunan admin terhenti kerana ada mesej dari Whatsapp.Ada tugasan kerja hakiki menanti.

Admin tersenyum sendiri penuh bahagia.

Comments 31

Leave a Reply to Ibu Mifzal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge