Menjadi Penulis Sambilan Akhbar Suara Sarawak

Menjadi Penulis Sambilan Akhbar Suara Sarawak

Alhamdulillah baru-baru ini saya diterima menjadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak.Pada mulanya tidak yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.Namun setelah diberi penerangan, akhirnya saya bersetuju.

Saya akui belum mempunyai skill penulisan yang bagus.Penulisan dalam blog ini pun seperti tempat latihan.Saya berlatih mengarap idea dan menyusun ayat supaya sedap dibaca.Kadang kala merapu juga.

Kesan nyata dari menggalas tanggungjawab ini tentunya kekangan masa saya untuk berada dalam dunia blogger sebagaimana biasa.

Menulis untuk akhbar sangat berlainan dengan menulis dalam blog.Dalam akhbar perlu melalui etika dan prosedur tertentu.Dalam blog kita boleh belasah sahaja kerana pembacanya tidak sama.

Akhbar adalah bahan cetak dan rasmi.Penjagaan bahasa menjadi keutamaan.Kandungan artikel lebih berisi dan lebih bermanfaat untuk pembaca.

Sehingga ke saat saya ini, terdapat 5 artikel sudah diterbitkan.Ada dua lagi artikel yang sedang diproses untuk diterbitkan secara berkala.

Untuk kejayaan kecil ini, saya anggap hasil bantuan rakan-rakan blogger dan pembaca yang sering mendoakan kejayaan saya.Mungkin doa dalam bentuk komen dan lintasan hati anda.Saya ucapkan terima kasih dan sokongan tersebut amatlah saya hargai.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan maafkan saya kerana sudah memperlahankan rentak dalam dunia blogger kerana tuntutan kerja hakiki serta komitmen sebagai penulis sambilan akhbar.

34 thoughts on “Menjadi Penulis Sambilan Akhbar Suara Sarawak”

  1. Alhamdulillah, tahniah tuan.. menarik ni. Semoga mencurah2 idea menulis berkongsi inspirasi kpd pembaca dan terus maju bersama Suara Sarawak… aamiin. Salam sukses buat tuan!

Leave a Reply to nohas Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: