Betul ke lelaki ini pernah jadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak ?

Alhamdulillah saya pernah diterima menjadi penulis sambilan akhbar Suara Sarawak.pada tahun 2019. Pada mulanya saya tidak yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.

Namun setelah diberi penerangan, akhirnya saya bersetuju untuk mencuba sesuatu yang baharu. Saya akui belum mempunyai skill penulisan yang bagus.

Penulisan dalam blog ini pun seperti tempat latihan menulis. Saya terus berlatih mengarap idea dan menyusun ayat supaya sedap dibaca. Kadangkala merapu juga.Penulisan tetap ke laut.

artikel blog

Ketika menjadi penulis sambilan akhbar ini tentunya ada kekangan masa saya untuk berada dalam dunia blogger sebagaimana biasa.

Nak tahu rahsia dapat income RM10K sebulan : KLIK SINI

Menulis untuk akhbar sangat berlainan dengan menulis dalam blog. Dalam akhbar perlu melalui etika dan prosedur tertentu. Bahan penulisan wajar ada fakta sahih, maklumat tepat dan nilai manfaat yang tinggi untuk pembaca.

WAJIB BACA :   Aktiviti Blog Bulanan Wajib Kena Buat

Dalam penulisan blog pula, kita ada kebebasan untuk ‘belasah’ apa saja dengan syarat tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Akhbar Suara Sarawak adalah penerbitan bahan cetak yang rasmi  Struktur bahasa yang standard menjadi keutamaan..Kandungan artikel dan berita lebih berinformasi, berintegriti dan lebih fakta untuk pembaca.

Akhbar Suara Sarawak

Akhbar Suara Sarawak

Akhbar Suara Sarawak

Sehingga ke saat saya ini, terdapat 5 artikel sudah diterbitkan. Ada dua lagi artikel yang sedang diproses untuk diterbitkan secara berkala.

Untuk kejayaan kecil ini, saya anggap hasil bantuan rakan-rakan blogger dan pembaca yang sering mendoakan kejayaan saya. Mungkin doa dalam bentuk komen dan lintasan hati anda.

Saya ucapkan terima kasih dan sokongan tersebut amatlah saya hargai.

WAJIB BACA :   Mee Kolok Kuching Menu Sarapan Pagi Yang Menyelerakan

Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan maafkan saya kerana sudah memperlahankan rentak dalam dunia blogger kerana tuntutan kerja hakiki serta komitmen sebagai penulis sambilan akhbar.

Sekarang ini saya tidak menjadi penulis sambilan lagi di Suara Sarawak kerana lebih menumpukan perhatian klepada penulisan blog  Volten Power

Kopi volten

Jom lanjutkan bacaan untuk artikel ini pula :

  • kemas kini  25/12/21.
  • kemas kini 15/4/22
  • Kemas kini 4/5/22
  • kemas kini16/5/22

 

Comments 34

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge