Wow.Sentap juga tajuk entri Alangkah Bahagia Jika Masih Bujang.Sejujurnya mrhanafi tidak menggalakkan budaya tidak berkahwin di kalangan muda-mudi.Sebab perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia dan sunnah para ambia buat umat Islam.Dah jelas berkahwin merupakan cara kelangsungan hidup yang lebih tertib dan sempurna sifatnya.
Namun ada beberapa perkara yang perlu difikirkan jika anda masih bujang ketika ini.Tak kira anda seorang jejaka atau wanita.Sukar juga untuk dinafikan masih bujang ada kebahagiaan yang tersirat dan tersurat.Berikut adalah pandangan peribadi mrhanafi berkaitan perkara tersebut.Perlu dijelaskan ia adalah sekadar pendapat dan belum tentu benar atau tidak.Tak setuju atau bersetuju adalah hak pembaca yang membuat penilaian berdasarkan kewarasan akal sendiri.
1.Peluang untuk berbakti kepada ibubapa
Orang bujang boleh berbakti kepada ibubapa dengan capaian waktu penuh.Maksudnya peruntukan masa lebih kepada mereka.Bukan setakat masa,wang ringgit,tenaga dan kasih sayang bukan menjadi persoalan.Gembirakan hati ibubapa dan minta doa mereka untuk mendapat keberkatan dalam hidup ini.In shaa Allah dengan redha ibu bapa kita akan dapat rasa bahagia.
2.Peluang untuk membina kejayaan diri
Masih bujang maka banyak masa untuk bekerja dan berusaha mencari duit.Paling tidak pun terus mencuba dan mempromosi Aplikasi Duit.Kejayaan boleh dijana dengan mempelbagaikan sumber pendapatan.Semua ini boleh dilakukan tanpa kekekangan kerana banyak masa.Orang bujang katakan.Waktu bujang beginilah bajet diperuntukan untuk diri sendiri boleh mencecah 100 peratus.Jangan lupa untuk menyisihkan kepada simpanan dan perlindungan berbentuk takaful.
3.Peluang untuk mencari pasangan yang terbaik
Jangan terburu-buru memilih pasangan hidup.Tersalah pilih merana sepanjang hidup.Soal cinta bukan penentu kebahagiaan,Alam bercinta dan alam berumahtangga ada perbezaan.Malah ketika bercinta akal manusia hilang kewarasan untuk menilai mana yang baik atau mana yang buruk.Pasangan yang terbaik apabila ada persefahaman dan sanggup merendahkan ego diri sendiri untuk kebahagiaan bersama.Peluang mencari pasangan terbaik ini pasti mengambil masa dan sebagai orang bujang harap bersabar la ye.
[ Nota Admin ]
Mrhanafi yakin cabaran utama orang bujang ialah mengawal nafsu untuk berkahwin manakala cabaran orang berkahwin untuk menjadi bujang semula jika mendapati perkahwinan tidak seperti yang dibayangkan sebelum berkahwin.
Itulah dunia dan yang pasti dunia adalah permainanan serta pentas untuk menguji keimanan dan ketakwaan masing-masing.
Jika belum berkahwin maka cari bahagia sebagai orang bujang dan jika dah berkahwin cari kebahagiaan dalam perkahwinan.Usahakan sedaya upaya.
Yakinlah dihujung terowong nanti ada sinar yang menanti iaitu sinar bahagia.
Ada kebaikan & keburukannya kawin muda nih kan… tapi apa2 pun jgn di lupa ke2 ibu & ayah k..
yang baiknya ialah dapat elak perkara yang tidak diingini berlaku
Bersyukur dengan apa yang ada… ketentuan jodoh, rezeki adalah takdir yang ditentukan oleh Allah S.W.T..
anuar recently posted…Rekod Kejayaan 3.7 juta pengunjung menghadiri MAHA 2016
ya..begitulah sepatutnya…setiap kejadian ada hikmahanya
Hoho! Tp bro kalo kawin muda + muka awet muda…mahal sahamnya buat2 isteri2/gadis2/wanita2 kesunyian tue… 😀
hehehe…kesunyian itu pengalaman ngeri juga kepada si suami jika isteri asyik memanjang sibuknya
bagus point tuh, setuju tapi kita still boleh berbakti kepada ibu bapa even dah kahwin . in shaa Allah.
ira recently posted…L.A.T MAGIC SESSION – GRAND FINALE 2016
ya..betul …berbakti kepada ibubapa sepatutnya tanpa apa-apa alasan
Tanggungjawab orang yang dah berkahwin lagi banyak rasanya.. ibubapa,anak,isteri (1,2,3,4 kalau ada la) Hehehe.. 🙂
anak ramai atau isteri ramai bro..
dah tak mudah dah.
lagipun, tak best kalau masih bujang nih.
titan recently posted…Brainwash.
bagi yang dah kahwin boleh la cakap macam tu..
yang belum kahwin tu mesti takut-takutkan terutama golongan wanita
tajuk memang kontroversi hahaha… tapi semua yang bro nyatakan tu boleh dicapai walaupun dah kahwin, asalkan pasangan kita memahami. betul tak?
ya memang betul dan itulah yang sebaiknya…
bila kita dah kawin dan dah ada anak maka itulah kehidupan kita..perkahwinan bukan penghalang seorang lelaki berbakti kepada ibu bapa dan keluarga. Malah bukan juga sebagai dinding menghalang mencari kejayaan hidup
hehehe..pendapat tuan memang tepat dan itulah yang saya nak sebenarnya..
sama. saya pun kurang setuju..
nikkhazami recently posted…Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab
bersetuju atau tidak terpulang kepada kehendak individu itu sendiri..pendapat masing-masing
masa bujang kena rancang dengan baik terutama bab kewangan
ya..itu memamg betul sangat bro
Tajuk headline pada mulanya nampak misleading hehe, namun tersirat pelbagai nasihat berguna kepada insan yang masih bujang dan sudah berkahwin, doakan sy bro ketemu jodoh yg baik-baik.
oh ya….bro masih bujang lagi ya…in shaa Allah bro akan dapat pasangan yang terbaik..
berkahwin pun adalah membahagiakan ibu bapa kita.
raihanah recently posted…Family Day di Perak Sangat Menyeronokkan
ya memang benar terutama kepada anak gadis..terlepas tanggungjawab seorang ayah
Betul, andai masih bergelar bujang pastinya pilihan berbakti kepada ibubapa itu yang takkan dilepaskan. Sekali seumur hidup
Noriza Rahman recently posted…Herba untuk Cuci Buah Pinggang Serendah RM1
yalahkan ada betul tu..
Syok lagi hidup berumah tangga hehe 😀
sabree hussin recently posted…Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah
memang syok juga kalau jumpa pasangan yang sesuai dan terbaik..kalau jumpa yang sebaliknya tingkat kesabaran 100 kali ganda la jawapnya
Ok apa kawin muda. Mak muda lagi, anak dah besar 🙂
contohnya Fidah sendiri..ye tak?
macam saya juga..anak dah sebesar saya tetapi rupa saya bagaikan orang bujang..hehehe
Fitrah manusia dijadikan berpasang-pasang, berbuat baik terhadap pasangan masing-masing, kelak berbahagia di dunia dan juga akhirat.
Bagi yang masih membujang, semoga bertemu jodoh yang baik.
Aqil Adli Agro recently posted…Cara menyimpan daging korban yang betul
aamiin..
semoga mereka yang mencari jodoh …sudah ketemu la ya..
kahwin bila diri dah bersedia. jangan kahwin sebab rasa jeles dengan kawan2. rezeki dia kahwin awal. rezeki kita dalam benda lain.
izwan recently posted…Teknik Asas Jana Pendapatan Dengan Lubuk Dagangan FCPO
saya seolah-olah bersetuju dengan kenyataan ini…
cuma kalau dah jodoh tiba..
kita tidak mampu untuk mengelaknya