Anak Cemerlang Ibubapa Jadi Tumpuan

Anak Cemerlang Ibubapa Jadi Tumpuan…Selepas kejayaan anak saya meraih keputusan 5A dalam UPSR 2015 tempohari, saya pula dibanjiri ucapkan tahniah oleh rakan-rakan blogger dan teman sekerja.

Tiba-tiba rasa popular la pulak.Sehingga terdetik dalam hati mengapa saya dulu tak dapat 5A agar ayah saya menjadi tumpuan oleh kawan-kawannya.

Itu dulu.Cerita yang dah lepas.Sekarang realiti masa kini.Pada zaman muktahir yang penuh cabaran getir.Saya akui bukan mudah mencipta kecemerlangan dengan hanya berimpian.Kejayaan cemerlang perlukan ‘sentuhan tangan emas’  yang bekerja keras dan gigih.

anak cemerlang

Mitos ‘sentuhan tangan emas’ masih wujud.Saya tak sentuh panjang lebar.Saya faham blog ini adalah catatan santai.Jadi lebih baik sentuhan emas yang saya maksudkan itu pemupukan budaya membaca.Ia resepi kejayaan anak cemerlang.

WAJIB BACA :   Selamat datang 2021, selamat tinggal 2020

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge