Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya

Saya dah lama khatam buku bertajuk “ Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”.Memang bagus cuma belum terbaik.Isi kandungan berkisar kepada perbicaran soal jodoh.

Amat elok untuk dibaca oleh mereka yang tengah mencari jodoh atau sedang mempertahankan jodoh masing-masing.

Gaya bahasa yang digunakan santai dan mudah dihadamkan oleh minda.Ketebalan cuma 331 mukasurat.Boleh dikatakan tebal juga.

Dalam buku tersebut terbahagi kepada 33 bahagian.Ia diterbitkan pertama kali pada tahun 2012 dan kini ( buku yang saya beli ) adalah cetakan yang yang keenam.

Penulisnya ialah Sakinah Salleh, seorang perunding motivasi, kaunselor dan dan jurulatih pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Rasanya itu saya yang boleh saya kongsikan kali ini.Jika nak lebih boleh cari sendiri di kedai buku yang berdekatan.

Jika ada pertanyaan boleh sahaja saluran pada ruangan komen.

14 thoughts on “Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”

  1. Sepertinya ulasan buku ini menceritakan signal-signal atau kode seseorang menunjukkan rasa suka kepada seseorang, ya … agar lebih peka menangkap signal itu, buku ini jadi panduannya.

    Buku yang menarik.

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Scroll back to top