Apabila orang tua berbicara…

Orang tua jangan dipandang sebelah mata.Sekali tersedar dari mimpi rupanya tua bukan sebarang tua.Mereka bagaikan otai masih berbisa.

Pepatah kata, semakin tua semakin menjadi.Macam nyiur atau kelapa.Lagi tua lagi banyak santannya.

Berlawanan pula dengan pick up line orang muda, “ kubur kata mari, rumah kata pergi ”.

Itulah dilema orang yang sudah menginjak tua

Macam saya.

Nampak sahaja muda tetapi jauh dalam hati memang menyedari bahawa kesan-kesan penuaan sudah ketara.

Mata sudah rabun.

Masa muda terang lagi bersuluh.

Sudah tua penglihatan semakin terhad.

Telinga pula semakin kurang awas.

Orang kata ya.Saya dengar tidak.

Awek kata, “hai abang sayang”

WAJIB BACA :   Kata-kata bahagia itu sederhana

Saya dengar, “sombongnya bukan main kepalang”

Nampakkan.

Nikmat penglihatan dan nikmat pendengaran sudah ditarik balik perlahan-lahan.

Jadi tidak ada sebab, manusia yang semakin tua boleh merasa sombong.

Rasa diri lebih baik dan lebih mulia berbanding orang lain.

Usia tua adalah nikmat.

Ada yang belum tua sudah pergi menghadap Illahi.

Berada di usia tua adalah satu kesempatan untuk memperbaiki segala kekurangan diri semasa muda dahulu.

Solat kurang khusyuk.Belajar lebih khusyuk.

Perasaan mudah marah.Belajar lebih sabar.

Hati kurang tenang.Belajar mengingati Allah banyak-banyak

In shaa Allah, dengan kesempatan usia tua begini kita lebih berusaha untuk lebih dekat dan lebih mencintai Allah serta Rasulnya.

WAJIB BACA :   Cerita Ketika Solat Tarawih Betul Betul Berlaku

Ingat lima perkara sebelum lima perkara.

1.Muda sebelum tua

2.Sihat sebelum sakit

3.Lapang sebelum sibuk

4.Kaya sebelum miskin

5.Hidup sebelum mati.

Setakat ini saya belum kaya lagi.

Namun berharap kekayaan akan dinikmati juga sebelum menutup mata buat selama-lamanya.

Aamiin.

Pembaca pulak macam mana ?

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge