Aplikasi Duit Ajaib Sudah Tamat

Aplikasi Duit Ajaib pernah meletop suatu ketika dahulu.Ramai yang terpengaruh dan terbeli kerana cair dengan ayat promosi.Ternyata ayat promosi untuk Aplikasi Duit begitu berkesan menakluki hati dan emosi pembaca.

Sebetulnya saya lama tak buat promosi Aplikasi Duit.Ada sebab saya tak berbuat demikian.Sudah pasti banyak sebab.

aplikasi duit

Kredit : FB

Aplikasi Duit merupakan aplikasi yang hebat.Inovasi yang terbaik untuk dipasangkan dalam telefon yang ada sistem Android.Fungsi asasnya untuk menjalankan proses promosi menggunakan teknik salin dan tampal ke media sosial.Tentunya lucu kalau Aplikasi Duit didakwa berjalan dengan automatis

Pendapat peribadi saya,Aplikasi Duit masih berpotensi untuk menjana duit terutama bagi mereka yang berfikiran positif.Cuma proses mendapatkan jualan memang mencabar tak terkata.

Untuk pengetahuan…

Kejayaan saya mempromosi dan mendapatkan jualan Aplikasi Duit memang dari penulisan blog yang menerangkan ciri-ciri dan kegunaannya.Saya tidak mempromosi Aplikasi Duit dengan khayalan atau memukau kata-kata yang lebih kuah dari isi.

WAJIB BACA :   Buat Blog Dapat Duit Hanya Dua Ringgit

Saya banyak menerima wasap dan email untuk bertanyakan Aplikasi Duit.Ternyata apa yang saya terangkan sama seperti apa yang saya tulis dalam blog.Yang peliknya ada yang sungguh sungguh untuk membeli dan sungguh-sungguh juga saya ‘melarang’ jangan beli.Pelik tapi benar.

Inilah nawaitu saya dalam penulisan promosi Aplikasi Duit..

Sebabnya saya tidak mahu pembeli menyesal selepas mengeluarkan sejumlah duit RM290.Jumlah ini memang berat untuk mereka yang kesempitan duit.Namun ringan sahaja bagi mereka yang banyak duit.

Orang yang banyak duit memang tak akan peduli Aplikasi Duit.Logik akal ada disitu.Betulkan?

Pengakuan jujur..

Dengan niat tanpa selindung,berani saya katakan bahawa kata kunci untuk Aplikasi Duit antara yang tertinggi masuk menyelinap dalam blog saya.

WAJIB BACA :   Makanan sihat untuk diet sempena Ramadan

Sejujurnya saya tidak akan beritahu berapa jumlah jualan saya dari Aplikasi Duit.Biasalah sejak dari dulu lagi saya malu nak tunjukkan berapa perolehan yang saya dapat dari blog sama ada program Affiliate,produk review dan pelbagai iklan yang lain.

Bagi saya pendedahan berapa saya dapat dari blog seperti membuka slip gaji kepada orang yang lalu lalang.Malunya tak terkata kerana saya ini jenis malu-malu kucing.Kalau ada dengan bakal isteri muda tak la malu sangat (gurau je).

Kepada yang sudah membeli Aplikasi Duit dan sehingga kini masih belum mendapat apa-apa pulangan,bersabarlah.Mungkin bukan rezeki.

Bagi mereka yang belum lagi membeli Aplikasi Duit saya sarankan fikirlah banyak kali.Kalau nekad juga nak beli saya tidak mampu menghalang hasrat pembaca .

WAJIB BACA :   Jana Pendapatan Pasif Jadi Cabaran Blogger

Kita tidak tahu rezeki masing-masing.Mungkin rezeki anda dalam Aplikasi Duit dan rezeki saya pula ada bersama Program FI$H.Ingat, rezeki tidak pernah salah alamat.

Cuma saya berpesan kepada anda bahawa menjana duit online tanpa menggunakan sistem memang sukar dan mencabar.Anda akan diuji dengan cabaran dan halangan yang perit lagi memeritkan.

Kita kembali ke pangkal jalan..

Berbalik kepada Aplikasi Duit, saya menjangkakan zaman kegemilangannya sudah ke penghujung.Saya tidak lagi mempromosinya

Hingga jumpa lagi dan jangan lupa untuk baca storytelling Kisah Ali Buat Duit Online.   

*kemaskini 9/9/2020

Comments 12

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge