Ayat Power Promosi Online Buat Duit

Mrhanafi suka Ayat Power Promosi Online Buat Duit. Betul betul suka. Sebab apa. Sebab mrhanafi dan pembaca suka bab duit.

Cuma bab promosi sahaja ramai yang kurang suka.Alasannya mungkin malu.Mungkin segan.Mungkin kurang selesa dengan alasan apa kata orang.

Ayat power promosi online

Ayat Power Promosi Online Buat Duit

Mrhanafi suka perhatikan ayat power promosi online orang lain baik dalam Facebook maupun grup wasap.

Lain-lain mrhanafi tak ada. Mrhanafi tidak cukup masa untuk layan semua media sosial. Instagram tak ada main. Akaun tweeter ada tetapi tak digunakan.

Apatah lagi Wechat,Telegram dan sebagainya.

Pendek kata mrhanafi guna media sosial yang utama sahaja.

Sebenarnya mrhanafi nak menulis gaya storytelling dan copywriting untuk artikel ini. Idea pulak belum  datang.

Tanpa membuang masa mrhanafi tulis sahaja cara biasa atau yang lazimnya.

Menulis cara biasa memang senang. Sebab mrhanafi sudah membiasakan diri menulis gaya biasa sejak tahun 2012 lagi.

Kadang kadang sahaja rasa susah nak menulis. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada idea.

Baru-baru ini sahaja mrhanafi menulis gaya storytelling atau teknik bercerita.

Menulis kata-kata promosi online guna storytelling lebih pembaca sukai.

Mrhanafi  pun suka. Jadi kita geng kamceng.

Cuma nak tulis gaya bercerita perlukan seni dan gaya kreativiti. Tak kreatif maka tak menarik untuk dibaca.

Sepanjang pengalaman mrhanafi menulis artikel blog,jarang-jarang ada artikel percuma.

Dipenghujung artikel mesti disertakan link promosi. Mrhanafi faham ada yang kurang suka.

Namun memang itu cara mrhanafi.Nak cari makan.

Mrhanafi tiada iklan Adsense.Iklan untuk pop up pun tidak digunakan kerana mrhanafi tidak mahu lecehkan pembaca.

Bahkan loading blog mrhanafi jadi perlahan.

Mrhanafi suka blog yang laju, pantas dan santai. Bagaimana pulak selera pembaca ?

Kasil la komen sikit.

Dulu-dulu lagi sepatutnya mrhanafi mengutamakan blog berkelajuan tinggi kerana capaian internet perlahan.

WAJIB BACA :   Aplikasi Automatik Untuk Promosi Di Instagram

Signal Edge atau 2G mana cukup.Sekarang sahaja baru ada line internet laju seperti  4G lite.

Ayat Power Promosi Online

Jika dikaji dengan teliti ternyata penulisan mrhanafi belum touching hati pembaca. Ada sebab mrhanafi beri alasan demikian.

Lebih lebih lagi peratusan untuk klik agak rendah tetapi peratusan untuk view agak tinggi. Maaf tak bagi screenshoot.

Selepas ini,mrhanafi akan menukar perlahan-lahan gaya penulisan santai kepada gaya penulisan penceritaan.Cara ini lebih tepat kepada tujuan untuk kata-kata promosi.

Ada dua artikel yang mrhanafi tulis menggunakan storytelling.

Satu artikel sahaja sudah mencecah 1000 patah perkataan. Namun tak terasa menulisnya kerana menggunakan cara tersebut.

Promosi online ada pelbagai cara dan medium. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Bagi seorang blogger promosi online  memanglah menggunakan blog dengan kemahiran SEO.

Ada blogger yang mengabungkan semua kaedah dibawah.

Internet Marketer atau Digital Marketer masih menggunakan lead email bersama landing page atau minite webiste.

Sekarang mereka mula beralih ke FBAd dan Google Adword.

Hakikatnya dah lama juga.

Usahawan Online pula tetap menggunakan media sosial.Mereka aktif di Facebook.Instagram dan Whatsapp.

Ada yang berbayar dan ada yang percuma.Ramai yang dah kaya dan berjaya buat duit.

Tiga golongan ini mempunyai sasaran yang sama iaitu untuk menghasilkan jualan.

Kaedah sahaja yang berbeza.Namun ayat power atau ayat promosi tidak jauh berbeza.

Mrhanafi nak bawa pembaca kepada empat senario dibawah:

Senario pertama

Buat ayat power promosi online  memang mencabar. Banyak persaingan dan ramai yang kena kes penipuan.

Ada yang serik dan ada yang tidak serik.

Mereka yang serik dah tidak lagi mencuba atau ingin tahu apa-apa sekali pun berkaitan promosi online buat duit

Sebaliknya mereka yang tidak serik masih berfikiran positif.

Apa-apa kerugian masa lalu adalah harga sebuah pengalaman.Lagi besar rugi maka lagi tinggi nilai pengalaman tersebut.

WAJIB BACA :   10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

Ada juga yang belajar dari pengalaman orang lain.

Sebab buat duit online adalah satu perkara yang berbaloi dengan usaha,pelaburan dan ilmu sekiranya sudah berjaya.

Selagi belum berjaya maka selagi itu mesti mencuba.Siapa yang tidak putus asa boleh berjaya dalam bidang ini.

Namun kalau nak jimat masa dan tak nak gagal berkali-kali cuba dapatkan Sistem Duit Cepat.

Senario Kedua

Ahmad Suffian atau lebih dikenali Mat Terlajak sudah lama mecuba dan berusaha buat duit online.

Dulu dia bekerja.Baru-baru ini dia telah diberhentikan kerja kerana majikan menutup cawangan operasi.Mat Terlajak bukan orang senang.

Hidupnya susah dan sehingga sekarang belum lagi mampu berumahtangga. Mat Terlajak pernah rugi beberapa ribu ringgit dalam usahanya buat duit online.

Pernah satu kali Mat Terlajak nekad menggunakan wang simpanan selama-lama bertahun untuk sertai program pelaburan dari luar negara.

Ujian untuk Mat Terlajak kerana duit simpannya lebur begitu sahaja.

Pada suatu hari ketika Mat Terlajak mencari info di Google dia tertaip Cara Buat Duit Online.

Terjumpa kata-kata promosi yang mengorat dan mencairkan pendirian Mat Terlajak.

Mat Terlajak beranikan diri dengan wang tunai terakhir dalam poketnya untuk membeli Sistem Duit Cepat.

Senario Ketiga

Berita baik untuk warga Malaysia.

Berita ini pasti menghuru-harakan ramai orang.

Bayangkan sahaja dengan modal sekali bayar,anda mendapat ilmu yang diperakui bakal mengubah 360 darjah taraf kehidupan anda selepas ini.

Anda banyak hutang..

Anda terdesak nak duit kerana  isteri masuk hospital..

Anda dah bosan kerja dengan gaji kecil…

Jangan mengeluh dan jangan gusar.

Senario keempat

Ali dan Abu berkawan baik. Mereka tinggal dikawasan perumahan yang sama.

Ikuti perbualan mereka tentang Buat Duit Online.

Pada suatu hari mereka berjumpa di sebuah kedai kopi yang berdekatan.

Ali :Assalamualaikum Abu?

Abu : Waalaikumusalam Ali.

WAJIB BACA :   Usaha modal sekali untung berkali kali

Ali : Lama tak nampak sibuk sangat ke layan dua isteri.

Abu: Ish..ish..ish kamu nie Ali.Kalau betul bagus sangat.Alhamdulillah.

Ali : Buat apa sekarang.Dengar khabar dah berhenti kerja kerana nak fokus Buat Duit Online.

Abu : Ya.Saya dah berhenti.Lagipun kau kan tahu.Saya ini suka bisnes.Suka kerja sendiri dan suka buat kerja-kerja promosi.

Ali : Alang-alang dah tersasul kata.Engkau buat duit online apa benda.Kongsi-kongsi la sikit.

Abu: Memandangkan engkau beriya-iya nak tahu,jadi saya nak kongsikan satu rahsia hebat buat duit online.

Ali: Sekarang saya perlukan duit tambahan.Kos hidup semakin tinggi.Jika saya tak bertindak sekarang bila lagi saya nak bertindak untuk mengubah keadaan hidup saya ini.

Abu:Tahniah Ali. Engkau semakin bijak dan cerdik sekarang. Buat makluman Ali, saya buat duit online dengan Sistem Duit Cepat.Tak nak cuba menyesal nanti.

Penutup

Ada empat jenis senario telah mrhanafi kongsikan dengan pembaca.Senario tersebut membicara isu yang sama tetapi pendekatan yang berbeza.

Teknik promosi menggunakan penulisan biasa dan ayat power promosi online menggunakan gaya bercerita

Agak-agaknya senario yang mana satu boleh touching pembaca untuk mengetahu lebih lanjut dan ditukar menjadi pembeli.

Itu terpulang kepada pembaca untuk memilih yang mana satu dan yang boleh  menimbul keinginan yang tinggi untuk membeli.Jika sudi boleh nyatakan pendapat dalam bahagian komen.

Mrhanafi tengah belajar pengisian blog menggunakan konten marketing.Terima kasih kepada indirect mentor Sifu Wan Yusof.

Nama beliau sudah meningkat naik dalam bidang SEO dan Content Marketing yang berpengaruh di negara ini.

In shaa Allah mrhanafi buat apa yang dipesan beliau.Mana tahu boleh berjaya dan mencipta nama seharum beliau.Aamiin.

Sekian.Jumpa lagi

p/s :Pesan Orang Kaya Samarahan jangan berhenti belajar.

Teruskan belajar dan lama-lama jadi kaya.Bukan setakat kaya harta atau duit berjuta-juta tetapi kaya iman,akhlak dan budi bahasa.

Comments 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge