Bacaan Istighfar Jadi Solusi Ujian Gentir

Bacaan istighfar ini boleh meleraikan kekusutan fikiran dan minda dengan segera. Atas kesempatan itu saya nak buat sesuatu iaitu kes studi keajaiban Allah di dunia ke atas diri sendiri secara peribadi.

Apakah kesan dan solusi ke atas ujian getir yang saya alami sekarang ini? Saya cuba atasi  dengan usaha melalui bacaan istighfar. Lain-lain usaha cuma ikthiar dunia.

Mungkin ada pembaca yang nak tahu apa ujian gentir yang saya hadapi. Buat masa ini lebih elok kalau simpan dulu ujian gentir tersebut.

Ujian gentir ini menyebabkan saya risau dan gementar. Kerisauan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa gementar pula sulit untuk diterjemah dengan penulisan.

Fikiran seakan-akan buntu. Entah tidak mampu untuk berfikir dengan baik. Dalam keadaan begitu saya akan ambil tasbih dan memulai zikir taubat dan istighfar yang ringkas berulang-ulang serta banyak kali.

Ketika beristighfar itulah dapat melupakan seketika ujian gentir. Dapat ketenangan. Dapat kedamaian buat seketika. Biarpun sekejap cuma ia amat bermakna sekali.

Bacaan istighfar

bacaan istighfar

Habis sahaja bacaan istighfar maka ingatan terhadap ujian gentir datang balik. Saya teruskan kembali aktiviti beristighfar tanpa henti sehingga tiada rasa risau dengan apa-apa lagi.

Persoalannya adakah saya sudah dapat solusi sebenar pada hari pertama?

Belum lagi.

Saya teruskan bacaan istighfar tanpa henti. Saya cuma berhenti ketika menulis artikel ini. Selepas menulis artikel ini, saya sambung kembali istighfar. dan berharap mengikut ceramah ustadz Yusuf mansyur

Dalam masa yang sama, saya sempat membaca buku “Mukjizat Berwuduk” hasil karya Muhammad Rashid Dimas.

Ada masa dan peluang, in shaa Allah saya akan buat review buku tersebut. Tak janji. Kalau sempat saya buat. Tak sempat maka saya tak akan buat.

Kes studi pertama.

Saya selongkar dompet duit.  Harga dompet itu jauh lebih mahal berbanding isi yang ada didalam.

Nak tahu tak?

Kali ini saya tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.Duit yang ada cuma ada RM1.40

Itupun duit syiling.

Ada dua keping syiling 50 sen.

Sekeping duit 20 sen dan dua keping 10 sen.

Jumlahnya sama seperti yang saya nyatakan diatas iaitu RM1.40

Bayangkan dengan nilai duit sekecil ini apa yang boleh saya lakukan selain meletakkan dalam tabung masjid.

Nak bagi budak-budak.  Oh tidak!

Mereka akan kata “Apalah Abang nie.Muka sahaja hensem tapi duit tak de”

Demi menyelamatkan keadaan lebih baik saya hulurkan dalam tabung masjid. Tiada siapa yang tahu sedekah luar biasa.

Itu urusan saya dengan Allah SWT.  Pembaca cuma tahu saya letakkan duit syiling tetapi tidak akan tahu jumlahnya berapa.

Bacaan Istighfar

Kes studi kedua

Seusai solat Asar tadi saya berjaya beristighfar  1000 kali. Meskipun tidak begitu khusyuk saya tetap buat.

Paling bagus bacaan istighfar dengan khusyuk sehingga menitis air mata.

Kenangkanlah dosa-dosa besar [kalau ada],dosa-dosa kecil [pasti ada] dosa-dosa kering yang kita sengnaja atau tidak.

Mengapa dosa mesti dikenang?

Tujuannya supaya kita insaf dan tak nak buat lagi dosa tersebut. Barulah saya feel untuk merasai hebatnya istighfar .Begitulah kisah nyata kehidupan.

Kes studi ketiga

Saya paksa diri untuk offline. Saya tidak layan Facebook,Whatsapp atau blog dalam masa yang lama juga.

Paling dahsyat saya tidak angkat apa jua panggilan atau buka peti mesej.Saya nak rehat dan nak fokus kepada aktiviti bacaan istighfar.Apa orang kata, saya dah tidak kisah kerana hati dan perasaan saya cuma untuk beristighfar.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan perisai rezeki?

Yang peliknya saya tetap menulis artikel ini sehingga siap studi bacaan istighfar hari pertama.

Dalam fasa ini saya sendiri tidak tahu implikasi saya berbuat demikian.Apa yang saya tahu saya terus beristighfar tanpa memikirkan apa solusi kepada ujian gentir yang saya hadapi sekarang ini.

Sejujurnya saya rasa bahagia juga tatkala melupakan seketika dunia online.

“No social media at a moment”.

Entah betul kah tidak ayat English saya tu.Belasah sahajalah.

Kes studi keempat

Solat fardu Isyak agak lambat saya laksanakan. Urusan dunia membataskan urusan akhirat. Satu kesilapan jika tak buat bacaan istighfar setelah shalat

Utamakan soal akhirat selepas itu urusan dunia. Yang ini memang betul.In shaa Allah pada hari kedua saya akan perbetulkan kesilapan.

Kesilapan begini wajar dijadikan iktibar. Orang yang melambatkan solat [kes saya kerana terpaksa] patut diberi ujian getir. Dah diberi ujian getir barulah kita insaf dan sedar bahawa tiada daya dan kekuatan melainkan Allah SWT.

Kes studi kelima

Berikut adalah implikasi positif sekiranya saya berjaya atasi ujian getir yang saya alami sekarang ini.Minta-mintalah Allah SWT memakbulkan doa saya dan doa pembaca semua agar ujian getir berlalu dengan jayanya.

Saya tidak mengharapkan macam macam istighfar  semata-mata. Saya cuma berharap kepada Allah SWT yang berkuasa ke atas segala-galaNya. Saya sebagai hambaNya yang tidak berdaya sedikitpun dengan izinNya.

Saya bertawasul dengan bacaan istighfar sebagai ikhtiar manusia. Selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT. Biar Allah SWT yang menentukan segalanya

Kes studi keenam

Saya lebih suka menyenaraikan kesan positif berbanding kesan negatif  ketika saya menghadapi ujian gentir tersebut.

Sekiranya saya berjaya dalam ujian gentir ini,saya akan mendapat perkara berikut.

Bacaan Istighfar

1.Rumahtangga bahagia

Inilah satu nikmat yang saya dambakan dalam rumahtangga. Bahagia akan menyusul apabila berjaya. Belum berjaya belum bahagia.

Tiada pilihan kedua atau ketiga. Pilihan yang ada ialah kejayaan. Saya mesti berjaya. Saya paksa diri untuk berjaya walau apa keadaan sekalipun. Saya membayar harga kejayaan dengan debaran, harapan, usaha dan doa yang sentiasa dititipkan setiap masa.

Aamiin ya Rabbil Alamin.

2.Dikasihi anak-anak

Saya kasihkan dengan anak-anak melebihi nyawa saya sendiri. Saya wajib berjaya dengan apa yang saya inginkan. Anak-anak pasti suka ayah mereka yang berjaya.

Saya ingin menjadi role model bahawa saya adalah seorang ayah yang hebat. Seorang pejuang yang tidak pernah menyerah kalah kepada segunung halangan dan selautan rintangan.

Sejujurnya masih berjuang dengan saki baki kekuatan harapan dan impian.

3.Berbakti kepada orang tua

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu yang sangat hebat. Beliau memiliki kasih sayang tiada bersyarat. Begitu tetap menerima saya seadanya. Berjaya atau tidak saya tetap anaknya yang terbaik.

Wahai pembaca yang budiman, hargai ibu kita dimanapun mereka berada. Jika masih ada di dunia ini,tolonglah muliakan mereka selayaknya. Ingatlah ibu kandung cuma ada seorang sahaja dalam dunia ini kecuali ibu saudara,ibu angkat dan ibu tiri.

In shaa Allah dengan kejayaan menghadapi ujian getir ini maka impian teragung saya untuk memuliakan ibu saya tercapai.

Aamiin Ya Rabbil Alamin.

Kes studi keenam

Persoalan yang bermain dalam minda saya dan pembaca semua ialah bagaimana saya nak berjaya atasi ujian getir tersebut untuk meraih 3 nikmat yang telah saya nyatakan dalam kes studi kelima.

Jawapanya terletak pada doa istighfar yang dibaca Rasulullah saw .

WAJIB BACA :   Percubaan guna Mesotropin hydro whey protein

Adakah semudah itu?

Saya sendiri tidak mampu menjawabnya tetapi yakin memang boleh dengan keajaiban alam.

Bagi Allah SWT tiada suatupun yang mustahil pada jangkauan logik akal manusia.Perkara yang tidak logik pun boleh.Inikan pula ujian gentir saya itu sangat kecil pada pandanganNya.

Kes studi ketujuh

Ketika saya menulis artikel ini,hujan amat lebat turun.Saya hentikan beristighfar kerana saya tahu istighfar boleh menurunkan hujan yang lebat.

Tidaklah bermaksud kerana perbuatan keajaiban sedekah dan istighfar saya, hujan turun.Ada ramai lagi umat Islam yang lain ada tabiat suka beristighfar.Mungkin Allah SWT izinkan hujan turun dengan lebat kerana al sebab yang lain.

Mengapa saya perlukan bacaan Istighfar

Banyak sebab.Namun sebab utama kerana istighfar itu bukti saya tiada daya dan kakuatan melainkan dengan izin Allah SWT.

Dia Maha Berkuasa,Maha Besar dan Maha Mengetahui ke atas segala galanya di bumi dan di langit.Lantas tiada sebab lain saya mesti yakin bahawa hanya Allah SWT tempat kita sembah dan tempat memohon pertolongan.

Ketika kita tiada apa-apa lagi maka saat itulah keyakinan dan pergantungan kepada Allah tiada batasan. Betul betul pasrah dan reda dengan apa yang akan dan telah berlaku.

Saya terus beristighfar. Terus menerus sehingga mendapat solusi untuk ujian gentir yang saya alami.

Saya tetap berkeras untuk berjaya dan degil untuk mencuba dan terus mencuba peluang yang ada.Peluang untuk berjaya.

Cara lain selain istighfar

Memang ada.Kita boleh bersedekah, berselawat dan berzikir dengan Asmaul Husna. Sungguhpun begitu saya sarankan fokus pada satu amalan sahaja terlebih dahulu. Kepala tak pening dan hati tak runsing.

Dalam artikel ini saya cuma sentuh bahagian istighfar sahaja. Saya cuba melakukan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.

Itu sebab saya nak buat kes studi satu persatu. Saya tidak mahu mencampur aduk yang menyebabkan mesej tak sampai dan pemahaman luar topik selain keajaiban sedekah dan istighfar

Kelebihan beristighfar

Dah ramai tahu namun tak ramai yang mengamalkannya.Ramai antara kita beramal dengan kuasa logik akal dan usaha keras. Seperti dijangka memang boleh dan berkesan. Tak salahpun.

Namun kesan dari beristighfar lebih hebat dan mengkagumkan. Tak ramai yang berani mencuba. Lagipun amalan ibadah bukan untuk ditunjuk-tunjuk kepada manusia tetapi dipersembahkan kepada Allah SWT. Mudah-mudahan dapat keajaiban bersedekah kepada anak yatim.

Berikut adalah petikan dari Ayat Al Quran berkaitan lafadz serta maksud istighfar yang shahih:

“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu”. QS. Nuh: 10-12.

Berikut adalah petikan dari Al hadis berkaitan Istighfar :

“Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka” HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir.

Testimoni pengamal bacaan istighfar.

Saya sebelum ini pernah mengalami ujian yang gentir. Nama saya tercatit sebagai salah seorang kena dakwa di mahkamah rendah  atas kesilapan tidak membayar hutang pinjman kereta.

Saya merupakan seorang penjamin kepada kawan yang membeli kereta terpakai menggunakan pinjaman bank.

Ketika bank telah meluluskan pinjaman bernilai RM20K dia lesap dengan wang dan kereta.

Wang yang sepatutnya diserahkan kepada tauke kedai kereta telah lesap. Tidak tahu ke mana pula pergi. Kes khianat dan curi berstrategi.

WAJIB BACA :   3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara

Yang tinggal pula saya dan pihak bank pastilah mencari saya untuk membayar hutang tersebut. Saya berkeras tidak mahu membayar kerana percaya ada unsur kianat dan tipu helah.

Saya berunding dengan pihak bank dan mereka tetap berkeras untuk menyuruh saya membayar. Mereka mestilah mahu duit dan tidak mahu menerima pelbagai alasan yang saya berikan.

Untuk tujuan keselamatan saya membuat laporan polis dengan kes teraniaya. Alhamdulilah saya berjaya

Masa terus berlalu. Ketika dalam tempoh tersebut saya pasti dibebani stress dan pemikiran yang negatif.

Surat dari mahkamah bertimbun datang. Bukan itu sahaja.Nama saya turut terkeluar dalam suratkhabar untuk dimaklumkan pergi ke mahkamah.

Saya tidak tahu nak berbuat apa-apa lagi. Saya tak tahu pun khidmat Biro Guaman.

Saya cuma tahu tahu istighfar. Saya terus beristighfar siang dan malam. Saya beristighar banyak kali sehingga tidak tahu berapa dalam sehari. Tahun berganti tahun.

Kes saya dibacakan semula namun digugurkan di mahkamah kerana kawan saya berjanji untuk membayar secepat mungkin.

Namun saya tetap juga membayar sebahagian hutang tersebut. Bayar pula bukan secara bulanan melainkan bayaran tunai. Alhamdullilah saya dibantu oleh seseorang untuk menbayar wang tersebut.

Persoalannya saya tak terfikir langsung pun bagaimana saya boleh melunaskan hutang tersebut melainkan saya beramal dengan bacaan istighfar.

Ingatlah bahawa bacaan istighfar berkesan jika dilakukan secara berterusan. Terpulanglah kepada pembaca semua untuk percaya atau tidak. Yang pasti jika anda hadapi ujian gentir seperti saya jangan lupa dengan beristighfar sebanyak yang boleh.

Dalam artikel ini saya tidak menyatakan kesan kuasa istighfar yang segera.Namun memberi kesan yang luarbiasa kepada pengamalnya.

Saya pasti dan saya yakin kita boleh berjaya dengan bidang yang kita ceburi. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Pokoknya ada keyakinan untuk berjaya mencapai apa yang kita inginkan.

Belum berakhir tetapi inilah penutupnya

Saya akan terus melakukan istighfar. Buat dan terus buat. Saya pun tidak memikirkan sangat apa yang saya dapat.Malah tidak juga terfikir sangat ujian gentir yang saya akami.

Biar masa yang menentukan. Saya cuma pasrah dan redha. Sebelum itu saya mesti berusaha sedaya upaya.

Penegertian Istighfar

Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arabإستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Dalam Islam, istighfar adalah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah salah satu bahagian yang penting dalam Islam.

Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan (Bahasa Arab: إستغفار اللَّهَastaghfirullah, yang bermakna “Saya meminta keampunan Allah”.

Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain.  Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini. Setelah solat, seorang Muslim menyebut pernyataan ini tiga kali.

Sumber : Wikipedia

Jom kita perhatikan  istighfar youtube berkenaan keajaiban istighfar :

https://www.youtube.com/watch?v=2JnUSBGYVM0

Hukum Istighfar

Istighfar merupakan suatu ibadah yang mulia dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, baik hal tersebut untuk dirinya sendiri maupun untuk orang lain. Oleh itu, kedudukan hukum Istighfar itu sendiri adalah seperti berikut:-

  1. Sunat – istighfar pada asalnya adalah sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa.

  2. Wajib – istighfar yang dilakukan setelah berbuat dosa, seorang hamba diwajibkan untuk segera beristighfar jika ia melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt.

  3. Haram – istighfar untuk orang kafir, istighfar bagi mereka tidak ada manfaatnya sama sekali, disebabkan oleh kekufuran dan kefasikannya, walaupun ia saudara dekat kita.

[ Edisi kemas kini 03/6/2022]

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge