Bahagia bila shopping dan feel amazing

Saya suka shopping. Dengan shopping saya dapat perasaan bahagia. Mungkin ada pembaca yang sama dengan saya. Seandainya sama maka geng bahagia.

Jadi saya ucapkan selamat datang ke kelab termasuk geng blogger Sunah

“Therapy Shopping Club”

Bahagia

Sebelum shopping saya akan semak dulu wang tunai dalam tangan atau lebih tepatnya dalam dompet.

Alhamdulillah.

Bahagia

Bahagia

Masih ada duit untuk shopping. Jumlah duit tidak penting. Yang penting shopping feeling untuk dapat amazing feeling .

Perasaan ini bangkitkan rasa bahagia, rasa gembira dan rasa syukur.

Ini kisah saya dulu. Pada ketika itu saya masih bekerja di restoran segera yang terkemuka di Sarawak.

Apabila ada keperluan membeli barang, saya  akan menawarkan diri untuk pergi shopping. Peluang ini saya gunakan untuk menikmati rasa seronok dan gembira. Ada tiga sebab utama seperti di bawah ini:

WAJIB BACA :   Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun

Pertama – bahagia tengok barang yang tersusun rapi atas rak

Kedua – bahagia dengan rasa sejuk penghawa dingin dalam kedai.

Ketiga – bahagia kerana ada perasaan seperti orang kaya.

Saya tinggalkan kisah ini. Semuanya sudah menjadi memori silam yang begitu indah, seronok dan bahagia.

Berbalik semula ke topik asal tadi.

Wang tunai yang saya ada dalam dompet cuma sekeping duit seringgit dan beberapa keping duit syiling.

Setelah dikira berjumlah RM1.80. Jumlah ini lebih baik daripada kosong. Bersykur apa yang ada. Pada masa ini bajet saya memang agak ketat.

Syukur alhamdulillah. Saya bahagia melaluinya.dengan cara mengamali Selawat Nabi

Saya tetap mahu shopping walaupun hanya ada wang tunai RM1.80. Saya amat perlu kepada barang tersebut.

WAJIB BACA :   Pengalaman kena anxiety disorder….kisah benar dan pengakuan jujur

Jika tak beli bermakna ada sesuatu yang tidak sempurna berlaku pada hari seterusnya.

Seusai solat Maghrib, saya menapak ke supermarket. Dengan langkah penuh yakin dan rasa kecukupan, saya ke rak untuk membeli produk ini.

Bahagia

Ketika barang ini sudah berada dalam tangan dan selesai membayar harganya di kaunter, perasaan bahagia sukar untuk digambarkan.

Beginilah perasaan orang kaya kerana mampu membeli apa yang mereka ingini.Penuh bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.

Apa-apapun barang atau perkara dan berapa pun harganya tidak menjadi persoalan. Perkara utama ialah kewujudan rasa bahagia dengan shopping.

Namun demikian shopping hanya kepada keperluan dan bukan shopping semata-mata menenuhi kehendak.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri

Setuju tak ?

Penutup

Tujuan saya mendedahkan cerita shopping dengan hanya wang berbaki RM1.80 ini bukan untuk cerita kosong semata-mata.

Ini rasionalnya.

Saya cuma menyampaikan mesej agar kita semua wujudkan rasa bahagia dan gembira tidak kira semasa banyak wang atau hampir tiada wang.

bahagia

Kalau langsung tiada wang pun perlu bersyukur kerana masih boleh bernafas lagi.

Lalui sahaja hidup dengan tenang, bahagia dan bersahaja. Tidaklah bermakna pasrah tanpa berbuat apa-apa tetapi berikhtiar,berdoa dan beramal pada masa yang sebetulnya.

Jika ingin mengubah kehidupan cara ahli perniagaan boleh sahaja layari Bisnes apa paling senang nak buat?

  • Kemas kini 17/5/22

Comments 10

Leave a Reply to Dunia Zumal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge