Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir

Kini Abee sudah ada baju raya lelaki.Tahun 2017 boleh beraya dengan sedikit gembira.Melupakan seketika derita 20 tahun hidup keseorangan.Abee, lelaki yang kesepian malam hari dan keresahan siang hari.Itupun setelah Abee teringat kisah silamnya.Selebihnya Abee okay je.

Cerita Abee mendapat baju raya lelaki merebak pantas.Ada yang suka dan tak kurang juga yang tak suka.Lumrah manusia tak suka dengan kebaikan orang lain.Tak semua tetapi memang ada.

Abee betul-betul dapat rezeki yang tak disangka.

Masih Abee teringat kisahnya di rumah Tok Penghulu 3 hari yang lepas.Saat yang manis dan terindah dalam hidupnya.

Baju Raya Lelaki

Baju raya 2017

kredit : FB Baju Melayu Murah 2017

siapa yang belum baca boleh terjah cerita  Baju Raya Terakhir Buat Abee

Menjelang Raya,Abee memperlahankan kegiatan mencari tin-tin aluminium.Dia tahu lubuk pembuangan tin dan sampah makanan ringan tepi jalanraya.Betapa jeleknya masyarakat di sini yang suka membuang sampah merata-rata.

WAJIB BACA :   Talian Celcom Ada Gangguan Perkhidmatan

Abee mengeleng kepala.Abee tahu rakyat Jepun tak seteruk tabiat masyarakat ditempat Abee.

Abee berehat dirumah.Matanya jauh merenung baju raya 2017 yang begitu indah berwarna hijau muda.Tiba-tiba Abee teringat anak lelaki dan bekas isteri yang pernah hidup bersamanya suatu ketika dahulu.

Terimbau kenangan silam..

Amer adalah satu-satunya anak lelaki Abee.Seorang anak yang lincah namun menjadi pendiam setelah masuk asrama penuh.

Puas Abee bertanya sebab.Namun Amer terpaksa juga mengalah pada satu hari.

“Amer,mengapa sejak masuk sekolah asrama macam tak seronok je.Ada masalah ke ?” Abee cuba mencungkil rahsia.

Amer diam membisu.Tunduk kaku bagaikan terhukum dengan kesalahan dengan sangat berat.Selang beberapa minit baru Amer bersuara.

“Amer dah bosan duduk asrama.Pakaian asyik hilang je.Sampaikan baju raya tradisional Amer tu pun mereka kebas.Yang tinggal seluar.Tak akan la nak pakai  seluar Melayu je.Pelik la bunyinya” Dalam kerumitan sempat juga Amer membuat humor kepada ayahnya.

WAJIB BACA :   Cara Memasarkan Produk Di FB

Abee tersenyum kelat sambil mencuri pandang Umme,isterinya.Kelihatan Umme anggun sekali biarpun cuma mengenakan baju kelawar.Cuma Umme sangat sibuk melayan media sosial terutama Facebook.

Sejak akhir-akhir ini Abee perasan Umme kurang memberi perhatian kepadanya.Abee tahu dia semakin kurang hensem.Rambut pula semakin kurang.Otot-otot kekar dan dada bidangnya tidak seperti zaman  dulu.Sekarang sudah kendur sejajar dengan usia yang meniti senja.

“Umme,apa kata raya tahun ini kita guna pakaian baju raya yang  sedondon.Baru ada feel dan happening.” Abe mengusul pendapatnya.

“Tak nak la.Macam persembahan boria je.Umme nak pakai fesyen baju kurung moden siti nurhaliza.” Isterinya menjawab tanpa memandang muka Abee.

Umme merengus tanda tidak puas hati.Jiwanya nak menjadi seperti anak dara.Baju,gaya dan segalanya mengikut peredaran masa.

WAJIB BACA :   Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017

Abee buntu akal.Pasrah dalam keberatan.Berat baginya dan ujian tersebut hampir-hampir memberi rasa putus asa dalam hidupnya.

“Assamualaikum Abee.” Sayup terdengar suara Tok Penghulu memberi salam.

Lamunan Abee terhenti.Hatinya tersentak seketika.Kerut-kerut keresahan sudah melingkari usia tua.

“Waalaikummusalam.Oh Tok penghulu rupanya.Jemputlah naik.”Tergesa gesa Abee mengesat air matanya yang hampir menitis ke tanah yang nan indah.

Kedatangan Tok Penghulu betul-betul mengejutkan Abee.Namun Abee sangat bersyukur kerana tak ramai tok penghulu yang sanggup bersusah parah untuk kepentingan anak buah.

Sifat manusia dari dulu sampai sekarang.Bukan semua.Masing-masing cuba melihat kepentingan diri sendiri dahulu sebelum memikirkan kepentingan orang lain.

Abee cuma tersenyum.

Tok Penghulu singgah untuk menyampaikan berita.Satu berita yang pasti membawa parut lama berdarah kembali.

Abee kelihatan tenang.Setenang air kolam di tasik madu.(eh macam judul lagu la).

BERSAMBUNG.

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge